Assalamuualaikum wbt.

Saban tahun kita membaca di akhbar atau mendengar kisah ramai jemaah yang tidak dapat menunaikan Umrah disebabkan oleh kegagalan memperolehi Visa Umrah. Susah sangat ke nak perolehi Visa Umrah ? Sebelum kita menyalahkan mana-mana pihak kerana kegagalan memperolehi Visa Umrah, maka ada baiknya kita ketahui terlebih dahulu Prosedur dan Peraturan bagi mendapatkan Visa Umrah.

haram dataran

Perjanjian antara Travel Agency (TA) di Malaysia dengan Muasasah Arab Saudi

Kementerian Haji Arab Saudi memperkenalkan Peraturan bagi mendapatkan Visa Umrah harus melalui Muasasah Arab Saudi yang dilantik. Bermakna pihak Travel Agency (TA) di Malaysia mesti menanda tangani perjanjian untuk bernaung di bawah Muasasah yang menjadi pilihan TA.

Sebelum menandatangani Perjanjian ini perlu ada pesefahaman di antara keduanya terutama mengenai Terma dan Syarat yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak. Dan yang paling penting TA mesti menyediakan Jaminan Bank sebanyak RM100 ribu jika mahu menandatangai perjanjian ini. Jika tidak silap saya untuk musim 1437H ini ada 49 TA di Malaysia yang menandatangani Perjanjian dengan pihak Muasasah Arab Saudi dan TA ini bebas untuk menawarkan Perkhidmatan Pemprosesan Visa Umrah dengan dikenakan sedikit caj bayaran.

Tanggungjawab Muasasah Arab Saudi

Semasa di Tanah Suci Muasasah Arab Saudi ini bertanggungjawab mengenai soal kebajikan, keselamatan jemaah Umrah TA yang berkenaan. Kerana itu ada Muasasah yang meminta pihak TA supaya mengemukakan bukti Tempahan Hotel di Madinah dan Makkah sebelum memberi kelulusan permohonan Visa. Ini bagi memastikan jemaah Umrah TA berkenaan memperolehi penginapan hotel di Tanah Suci.

Hotel Penginapan di Tanah Suci pula mestilah sudah mendaftarkan hotel mereka dengan pihak Kementerian Haji di Arab Saudi. Dan pastinya hotel yang didaftarkan ini sudah mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) atau di Makkah dipanggil sudah ada “Tasreh” atau “Tasnif”. Peraturan ini bagi menjamin jemaah Umrah atau Haji tinggal di Hotel yang selamat diduduki.

anjum hotel

Hotel Anjum

Hotel yang tidak berdaftar dengan Kementerian Haji (biasanya tidak ada “tasreh”), sekiranya dipilih oleh TA boleh menyebabkan permohonan Visa Umrah awal-awal lagi ditolak oleh pihak Muasasah. Antara sebab mengapa Visa Umrah gagal diperolehi pada beberapa tahun lepas adalah kerana Hotel yang menjadi pilihan TA ini tidak ada dalam sistem di Kementerian Haji. Kerana itu Ajwa Travel lebih “prefer” Hotel bertaraf 5 bintang di Makkah (seperti Hotel Anjum) kerana pastinya jenis hotel sebegini tidak ada masalah dengan Kementerian Haji.

Kementerian Haji sememangnya mengambil berat mengenai kebajikan jemaah Umrah yang datang ke negaranya. Kerana itu peraturan yang dibuat walaupun dilihat menyukarkan pihak TA tetapi sebenarnya ianya untuk mempastikan jemaah Umrah dapat menjalani ibadah Umrah dengan selesa dan selamat.

Ada juga Muasasah yang mengenakan syarat sekiranya mahu permohonan Visa diluluskan maka pihak TA mesti mengambil Hotel pilihan Muasasah. Dan yang lebih parah apabila Muasasah mengenakan syarat mesti mengambil Pakej sepenuhnya dari mereka. Bermakna TA berkenaan tidak ada pilihan dalam menentukan pilihan Hotel dan juga catering makanan pilihan TA sendiri.

Tetapi ada juga Muasasah yang melonggarkan syarat iaitu hanya mewajibkan TA mengambil Bas Persiaran Muasasah manakala yang lain diberi kebebasan kepada pihak TA menentukannya. Di pihak Ajwa Travel lebih memilih Muasasah sebegini kerana Ajwa bebas memilih Hotel Penginapan yang dikehendaki dan juga catering pilihan sendiri. Pihak Muasasah hanya memantau jemaah TA yang berkenaan dengan syarat TA memberikan maklumat yang benar mengenai Hotel Penginapan di Tanah Suci, pergerakan jemaah di Madinah dan Makkah dan masa keberangkatan pulang.

bas saptco

Kabarnya bermula musim Umrah baru 1438H ini, Kementerian Haji mewajibkan hanya Bas Persiaran yang baru dan canggih sahaja dibenarkan beroperasi mengangkut jemaah Umrah. Saya yakin selepas itu, kos Transport pasti akan jadi lebih mahal dan boleh menyumbang kepada kenaikan harga Pakej pula.

Prosedur Pemprosesan Visa

Apabila pihak TA mendapat signal bahawa permohonan Visa Umrah sudah dibuka, maka pihak TA akan mula “key in” data Personal yang ada dalam Pasport Jemaah ke dalam sistem Komputer Muasasah. Bagi yang bersandar kepada mahram maka hendaklah dinyatakan hubungan pemohon dengan mahram.

Untuk makluman, wanita yang berumur 45 tahun dan keatas biasanya akan di kategorikan sebagai permohonan “Women Group” dan tidak perlukan mahram. Kecuali jika wanita ini membawa anak bersama maka permohonannya mesti digabungkan bersama suami dan anak-anak dan bukan “women group”

Jika kouta ada biasanya proses mendapat kelulusan Visa (atau biasanya dipanggil MOFA) mengambil masa 48 jam dari masa “key in” data. Dan setelah MOFA diperolehi maka baru pihak TA akan “submit” Pasport berserta semua dokumen sokongan yang berkaitan ke pihak Embassy Arab Saudi di Kuala Lumpur. Sekiranya MOFA belum atau tidak diperolehi lagi maka bermakna pihak TA tidak boleh menyerahkan semua dokumen dan pasport kepada pihak Embassy.

Keperluan Permohonan Visa

Pemohon mestilah menyerahkan Pasport Antarabangsa Malaysia yang tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas. Bagi pemohon yang bertaraf Penduduk Tetap atau IC Merah, biasanya pihak Embassy mengkehendaki diserahkan IC Merah yang original kepada mereka. Manakala bagi warga asing pula syarat utama mestilah mempunyai Permit Kerja yang sah di Malaysia. Untuk Pembantu Rumah mestilah yang ada permit sah serta isteri majikan mesti ikut bersama selain dari majikan sendiri.

 

Gambar Untuk Visa pula saiz gambar mestilah 6cm x 4 cm, latar belakang putih, muka mesti 70%-80% dari size gambar, lelaki tidak bersongkok dan wanita pula mesti bertudung gelap.

Pemohon juga mesti menyerahkan bukti sudah mengambil Suntikan Meninggococal ACYW135 samada melalui Buku Suntikan (biasanya berwarna oren atau kuning) atau surat dari Klinik yang berkenaan.

Permasalahan Visa

Kerap berlaku Visa Umrah gagal diperolehi disebabkan oleh dokumen sokongan yang tidak lengkap atau tidak mencukupi terutama pemohon yang bersandarkan kepada Mahram. Jika pemohon ialah seorang isteri, ia hendaklah mengemukakan Salinan Sijil Nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama terdekat, dan kemudiannya salinan sijil Nikah ini pula mesti disahkan sekali lagi oleh Pihak Wisma Putra di Putrajaya.

Manakala bagi anak-anak pula mesti menyerahkan dokumen Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Wisma Putra. Bagi pemohon yang ingin membawa anak angkat, maka hendaklah serahkan Salinan Sijil Pengambilan Anak Angkat yang menunjukkan keterangan Penjaga kepada kanak-kanak tersebut. Ianya mesti disahkan oleh JPN dan juga Wisma Putra. Akan tetapi Dokumen Asal (yang original) juga mesti diserahkan bersama kepada pihak Embassy Arab Saudi.

Keperluan Pengesahan Dokumen di Wisma Putra

Semua dokumen yang telah disahkan samada oleh Pejabat Agama atau Jebatan Pendaftaran Negara mesti disahkan sekali lagi oleh pihak Wisma Putra di Putrajaya. Jika mahu segera, maka pemohon kena pergi sendiri berurusan di pejabat Wisma Putra Jaya.

Jika menggunakan khidmat TA biasanya dokumen berkenaan mengambil proses selama 3 hari bekerja. Saya mendapat maklum, ada TA yang mengenakan caj services ke Wisma Putra ini kerana ianya melibatkan kos ulang alik dari pejabat TA ke Putrajaya. Caj yang dikenakan sekitar RM10 untuk satu dokumen. Tetapi setakat ini Ajwa Travel tidak mengenakan caj untuk tujuan yang berkenaan.

Permasalahan Mahram

Semenjak Kerajaan Arab Saudi mengenakan Peraturan Tidak boleh lagi Tumpang Mahram, maka ianya banyak menimbulkan kesulitan dalam permohonan Visa Umrah. Hanya pemohon yang mempunyai Mahram yang sah sahaja yang boleh memperolehi Visa, dengan syarat semua keperluan dokumen sokongan yang mengaitkan dirinya dengan Mahram yang berkenaan mencukupi.

Siapa yang boleh dijadikan Mahram ?

Jika seorang isteri semestinya bermahram kepada suaminya. Jika anak-anak perempuan pula mesti bermahramkan kepada ayah kandungnya. Dan syarat tambahan, ibu kepada anak-anak perempuan mesti menyertai sama. Bagi cucu yang bermahramkan datok, ia mesti disertai oleh nenek (isteri kepada datok) atau ibu kepada anak-anak yang berkenaan.

Bagi pemohon yang tidak mempunyai ayah (kerana meninggal dunia), abang kandung berumur 18 tahun ke atas juga boleh dijadikan mahram. Pemohon mesti menyertakan salinan Sijil Lahir Pemohon, salinan Sijil Lahir abang kandung bagi menunjukkan kaitan Mahram dan Salinan Sijil Mati bapa Pemohon. Syarat tambahan ialah mesti ada “consent letter’ iaitu surat dari datok pemohon (jika masih hidup) atau bapa saudara pemohon yang membenarkan pemohon pergi menunaikan Umrah bersama abang kandungnya dengan cop Pesuruhjaya Sumpah.

Anak Saudara ?

Bagi pemohon wanita berumur 45 tahun ke bawah, jika tiada suami, abang kandung atau adik kandung lelaki atau datok, ia boleh menjadikan bapa saudara samada sebelah ayah atau ibu sebagai mahramnya. Dan pastinya banyak dokumen yang diperlukan dalam permohonan ini. Dokumen yang biasanya diperlukan ialah salinan sijil lahir pemohon, salinan sijil lahir bapa saudara pemohon, salinan sijil lahir ibu atau ayah pemohon (kaitan adik beradik samada sebelah ibu atau ayah), salinan sijil mati ayah, salinan sijil nikah ibubapa pemohon selain dari “consent letter” dan kesemua dokumen yang berkenaan perlu mendapat pengesahan dari jabatan kerajaan yang berkenaan dan juga Wisma Putra.

Masalah boleh berlaku sekiranya nama ayah bapa saudara (datok pemohon) dan nama ayah kepada ibu atau bapa pemohon mempunyai ejaan yang berbeza. Contohnya nama bapa saudara Kasim bin Mohamad Ali, dan nama ibu pemohon Kalsom binti Mad Ali. Dalam kes ini Mohamad Ali dan Mad Ali adalah individu yang sama. Dalam sijil lahir sudah tertera nama ibu masing-masing yang mempunyai nama yang sama kerana adik beradik. Jika berlaku hal sebegini, maka satu surat rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara diperlukan yang menyatakan bahawa individu berkenaan ialah orang yang sama. Jika tidak ada pengesahan rasmi dari JPN, biasanya permohonan Visa Umrah pemohon ditolak.

Pencerahan

Prosedur dan peraturan dalam permohonan Visa sememangnya semakin sukar dewasa ini. Kita kena menyertakan semua keperluan dokumen sokongan yang pihak Embassy kehendaki. Kegagalan menyertakan salah satu dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan Visa Umrah ditolak oleh pihak Embassy. Amat malang sekiranya kita sudah sampai di KLIA tetapi mengetahui di saat akhir Visa Umrah gagal diperolehi.

Ada juga kes di mana seorang isteri yang ingin menunaikan Umrah tanpa suami tetapi menyertakan nama suami dalam permohonan Visa Umrah. Sungguhpun Visa Umrah diperolehi tetapi belum tentu ia selamat terbang ke Tanah Suci. Samaada ianya ditahan di KLIA lagi atau mungkin semasa di airport Jeddah atau Madinah. Jangan cuba-cuba menipu dalam permohonan Visa.

Sekian dan Wassalam.

101 Replies to “Visa Umrah – Apa Yang Perlu Kita Ketahui”

  1. As slm..saya mempunyai ibu yg berumur 63 tahun . Masalahnya ibu saya warganrgara indonesia dan tinggal d malaysia atas jaminan warga emas pas visa sosial di beri oleh kerajaan 6 bulan sahaja..memandangkan imigration tidak boleh memberikan pas lebih dari enam bulan..adakah jalan untuk ibu saya pergi umrah..untuk makluman ..saya orang malaysia..dan pasport ibu saya sah sehingga 2018..minta pencerahan..terima kasih

  2. Assalamualikum wbt. Saya ingin bertanya sekiranya visa umrah tamat tempoh pada 19Feb 2017 masih bolehkah kite untuk menunaikan umrah pada 9-19 Feb 2017 atau diperlukan untuk memperbaharui visa dahulu? Terima kasih

    1. waalaikum salam..bila dah dapat visa kita ada masa 30 hari untuk ke Arab Saudi…jika lebih dari itu maka visa dikira expired…bila dah masuk Arab Saudi kita ada masa 30 hari untuk tinggal di sana sebelum keluar balik ke tanah air

  3. Assalamualaikum tuan… Saya ingin mengerjakan umrah bersama adik beradik saya. Adik lelaki saya akan jadi mahram saya. Saya berhajat membawa 2 orang anak saya yang berumur bawah 12 tahun. Suami saya pula sudah meninggal dunia. Jadi macam mana proses untuk dapatkan visa anak2 saya? Consent letter perlu dapatkan dari siapa sebab bapa kandung mereka telah meninggal dunia.

    1. Waalaikum salam..keperluan yang diperlukan ialah salinan sijil lahir anak2, salinan sijil lahir adik lelaki (18 tahun keatas) dan salinan sijil lahir puan..selain itu salinan sijil mati suami, salinan sijil nikah puan..consent letter boleh dibuat atas nama abang puan yang tak ikut sama atau ayah puan..kesemua dokumen berkenaan mesti disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra di Putrajaya.

  4. Salam. Ayah saya dijadualkan akan menuanaikan umrah pada bulan awal hulan puasa ini. Tetapi hari ini baru dikhabarkan bahawa visa umrah ayah saya ditolak kerana nama di dalam passport tidak sama seperti nama di dalam ic. Untuk pengetahuan, nama ayah saya mempunyai @(dua nama) tetapi semasa membuat passport, pihak imegresen sendiri menytakan bahawa ayah saya hanya perlu memberi satu nama sahaja. Apa nasihat tuan ?

    1. Wassalam..biasanya maklumat dalam pasport yang dihantar semasa proses permohonan visa dan tidak menggunakan ic..jika pasport ada satu nama pun biasanya di muka surat lain ada dicatit bahawa Pemegang Pasport ini juga dikenali sebagai (nama kedua)..

  5. macam mana nak mohon visa utk pelajar yg belajar di luar negara? biasanya cuti yg diberikan utk pelajar hanyalah 10 hari. sempatke buat visa dalam masa 10 hari

  6. Salam Haji, saya telah menunaikan UMRAH beberapa kali dgn Agen Msia pd tahun2 lepas, SO utk tahun depan 2018, saya bercadang utk menunaikan UMRAH DIY, Soalan saya – Bagaimana caranya utk saya memohon VISA UMRAH sendiri ? Submit sendiri ke Kedutaan atau Boleh mohon melalui Agen AJWA TRAVEL ?

    1. Wassalam..mengikut peraturan jemaah UMrah harus pergi dengan agensi travel yang berlesen dan menjadi kesalahan jika pergi bersendirian..dan kebanyakkan travel agensi enggan untuk memproses Visa Umrah bagi yang mahu pergi sendiri kecuali sudah kenal betul dengan individu yang berkenaan. Telah banyak kes berlaku jemaah Umrah DIY ini yang tidak mendapat hotel di sana walaupun telah booking awal dan akhirnya apabila hal ini diketahui maka pihak Kementerian Haji Saudi akan menyaman pihak Muasasah dan kemudiannya pihak Muasasah sendiri akan menyaman pula Travel agensi yang berkenaan…walhal Travel agensi berkenaan hanya menolong proses Visa sahaja…bagi jemaah Umrah DIY ni saya nasihatkan ikut aje travel agensi yang sah kerana jika berlaku sebarang masalah seperti kematian jemaah maka kepada siapa perkara ini akan dirujuk ?

  7. Salam Haji,

    Saya dan ibu saya bercadang menunaikan umrah tahum depan. Permasalahan kami adalah mahram. Ibu saya 51 tahun dan saya 30 tahun masih belom berkahwin. Ayah sudah lama meninggal dan tiada adik beradik lelaki. Persoalannya, bagaimanakah saya mahu dapatkan visa?

  8. assalam haji,

    bln 12 ayah saya bercadang utk pergi umrah bersama ibu saya, saya dan suami serta anak sedara berumur 10 tahun dan abg ipar. adakah masalah akn timbul untuk visa bg anak saudara saya kerana ibunya tidak turut serta utk menunaikan umrah?

    1. boleh bawa anak sedara dengan syarat bermahramkan kepada bapa saudara atau datok kepada anak sedara…penting segala keperluan syarat permohonan visa sudah dipatuhi..

      1. sekiranya datok yg pergi menunaikan umrah adalah datok sblh ibu boleh ke haji? sbb saya diberitahu pihak kedutaan saudi membenarkan bermahramkan datok sblh bapa sahaja. betul ke haji?

        1. datok sebelah ibu juga boleh..sediakan copy sijil lahir ibu sebagai bukti anak kepada datok pemohon, copy sijil lahir pemohon, copy ic datok dan surat consent iaitu kebenaran bapa kanak-kanak memberi izin kepada isteri untuk membawa anak menunaikan umrah bermahramkan datok (bapa kepada ibu pemohon) di Pesuruhjaya sumpah…salinan sijil lahir kesemuanya mesti disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra.

  9. saya telah menunaikan umrah pada februari 2017, bersamaan 1438 Hijrah. saya bercadang untuk pergi kali kedua pada Disember 2017, bersamaan 1439 Hijrah, adakah saya dikenakan bayaran fee umrah SR2000

  10. Salam Tn. Haji tahun ini ibu dan bapa saya mahu mengerjakan umrah dan mereka berusia lebih 60tahun. Mereka tidak ada sijil nikah dan kalau ada pun sudah tidak tahu dimana kerana telah lama.

  11. slm tn haji…ibu saudara saya ingin menunaikan umrah..dia dh berumur 54 tahun..sudah tidak perlu mahramkan?tapi dia nak bawak anak perempuan yang berumur 13 tahun..blh ke?

  12. assalamualaikum, saya ingin bertanya. saya akan menunaikan umrah bersama ibu dan abang no.4 saya. saya telah kematian ayah saya. persoalannya, letter of consent tu perlu diisi oleh abang sulung saya atau bapa saudara?

    tk

  13. Salam haji,nk ty sy berniat nk tunai umrah bln 11 ni.sudah berpisah dgn suami tp kedua ibubapa kandung ikut.adakah boleh dikira mahram

  14. Salam TN.haji..sya ingin bertya…kalau sya ingin pergi umrah bermahramkan datuk sebelah ayah boleh ka???tetapi ibu Dan ayah sya x ikut Serta

  15. assalamualaikum wbt,saya berniat menunaikan umrah pada okt ini.berumur bawah 45 tahun dan pakcik (adik kepada ibu) sebagai mahram ke sana.Masalah saya ibu sudah bercerai dgn bapa sudah lama dan beliau tidak dapat dihubungi.Abang sulung yang memberi izin (consent letter).Adakah selagi bapa masih hidup abang tidak boleh mengisi borang keizinan itu,walaupun bapa sudah lost contact??

  16. Assalamualaikum,
    Sy nak tanya,sy dan suami merancang utk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini(insyaallah disember 2017). Ini adalah umrah pertama saya dan umrah kedua utk suami. Persoalannya, umrah pertama suami adalah pada bulan Mac 2017. Apa yg saya tahu, ada xtra caj utk visa jika umrah kedua@keatas dlm tahun yang sama. Tp definisi tahun yang sama tu adalah tahun 2017@tahun hijrah? Mohon penjelasan. Terima kasih.

  17. Assalammualaikum…
    Sy wanita 45 thn ke bwh dan belum berkahwin… Ayah telah tiada… Bolehkah Abg kandung sy mnjadi mahram tetapi pd masa yg sama dia pergi membawa isteri bersama?

  18. saya telah menunaikan umrah pada 26 safar 1438 dan saya bercadang untuk pergi lagi tahun ini pada 24 rabiul awal 1439.. untuk urusan visa, adakah saya akan dikenakan apa2 bayaran tambahan sptmana yg dihebohkan spt tahun2 lepas?

  19. Assalamualaikum..saya telah menunaikan umrah pada januari lepas…jika saya nak pergi lagi pada bulan November..adakah saya akan dikenakan 2000sr untuk visa?

    1. waalaikum salam..mengikut kabar terkini yang dimaklumkan memang kena caj sr2000..mungkin dengan menukar pasport yang baru boleh mengelakkan caj yang berkenaan..tergantung jika pihak imigresen membenarkan diperbaharui pasport walau belum tamat tempoh

  20. Assalamualaikum.. saya ingin mengerjakan umrah bersama keluarga saya. Saya ingin membawa semua anak2 saya.. tetapi suami tidak mahu ikut serta.. hanya saya anak2.. kedua ibu bapa saya danadik beradiksaya sahaja.. bolehkan anak2 saya ikut umrah ustaz? Mohon bantuan

    1. Waalaikum salam..anak-anak boleh ikut umrah dengan bermahramkan datuk sebelah ibu..dokumen yg diperlukan selain pasport, gambar dan buku suntikan ialah salinan sijil lahir anak2, salinan sijil lahir ibu (menunjukkan kaitan ibu kanak-kanak dan datuk kanak2 berkenaan), consent letter iaitu surat izin si ayah membenarkan anak-anak pergi mumrah ditemani mahram bapa mertua

  21. Assalamualaikum tn hj
    Apakah surat sokongan yang diperlukan sekiranya seorang ayah membawa anak perempuan untuk mengerjakan umrah? Ibu kandung taknpergi, tetapi anak perempuan itu ditemani oleh ibu saudara kandung (adik ayah nya)? Ibu dan ayah kepada anak perempuan itu sudah bercerai dan sudah mendapat keizinan dari ibunya utk pergi ke sana.

  22. Assalam tuan,
    Saya ada dua permasalahan
    1) sy ibu tunggal dan ada anak lelaki 8thn.perintah mahkamah hak jagaan anak pd saya. Jika sy bawa anak,perlu kah sy minta consent letteruntuk dr bekas suami?jika bekas suami telah terputus hubungan dan tifak dpt dikesan bgaimana?
    2) berapa lama visa umrah boleh dibuat? Katakan sy akan pergi umrah pd 30nov tapi pd 12nov sy perlu ada passport utk ke luar megara atas urusan kerja. Jadi bgaimana?

  23. salam, saya bakal menunaikan umrah bersama ayah, ibu dan abg. suami saya tidak ikut serta. sya masih perlu serahkan sijil nikah bersama pengesahan kepada agent ke? atau sy perlu serahkan sijil kelahiran sebab saya bermahramkan ayah sy?

    1. salam Hj, saya bakal menunaikan umrah bersama ayah, ibu dan abg. suami saya tidak ikut serta. sya masih perlu serahkan sijil nikah bersama pengesahan kepada agent ke? atau sy perlu serahkan sijil kelahiran sebab saya bermahramkan ayah sy?

  24. Assalamualaikum haji, sy dan kelurga merancang mahu mengerjakan umrah pada 17/12/2017. Tetapi pada 17/11/saya akan ke jepun dan pulang pada 23/11. Adakah masih sempt untuk membuat permohonan visa?

  25. Aslm. Saya bercadang menunaikan umrah bulan Dec ini bersama tiga orang anak saya berusia antara 20 hingga 24 tahun. Saya telah lama berpisah dengan bekas suami Dan bekas suami tida dapat di kesan.
    Adakah kedua2 anak lelaki saya boleh menjadi mahram kepada anak perempuan saya? Adakah dokumen yang diperlukan selain Dari sijil cerai dan sijil lahir anak2.
    Terima kasih.

  26. Assalamualaikum..sy nk pergi umrah hujung bulan Nov ni melalui agensi umrah di Singapura. Ibu dn adik lelaki sya warganegara Singapura. Suami izinkan sya pergi. Persoalannya, visa saya harus dibuat di KL atau di Singapura? Bagaimana pula dgn document. Memandangkan mahram sya singaporean. Bapa sy pula bankruptcy.

  27. Assalamualaikum Hj. Adakah web online yang boleh dibuat semakan status permohonan visa umrah kita telah diluluskan/ditolak oleh pihak Kerajaan Arab Saudi

  28. Assalamualaikum tuan haji. Saya PR Msia (ic Spura). Suami saya warga Thai menggunakan sosial visa lanjutan 3 bulan. Saya difahami suami perlu mohon visa dari thai yakni 2 minggu sebelum tarikh keberangkatan umrah dan terbang bersama dari Msia. Soalan pertama saya adakah cara-cara lain untuk buat permohonan visa suami di Msia, soalan kedua boleh kah permohonan visa suami dibuat 1atau 2 bulan lebih awal dan boleh kah suami mendapatkan tempoh visa 3-6 bulan?

  29. Salam, suami saya warga America dan mempunyai spousal visa 5 tahun di mana dia boleh duduk sini selama tempoh visa tersebut (tetapi bekerja di luar Negara bukan malaysia). Kami berkahwin di malaysia dan dia masuk Islam di malaysia (kad masuk Islam hilang tapi kami Ade fotokopi). Bolehkah kami menunaikan umrah Dari malaysia?

  30. Assalamualaikum Haji. Saya seorang ibu tunggal bercadang nak mengerjakan umrah bermahram kan bapa kandung saya . Masalahnya saya infinity membawa anak lelaki saya yg berumur 7 tahun …..tapi saya tak dapat nak cari bapa atau keluarga bapa anak saya untuk mendapat Surat kebenaran. Boleh kah saya mendapatkan visa untuk anak saya tanpa Surat kebenaran Tu?

  31. Assalamualaikum Hj Iqbal, semoga sentiasa dlm rahmat Allah. Saya dan isteri pernah umrah bersama agensi, tetapi kali ini ingin buat umrah sendiri (DIY) tahun 2018, sebab selepas umrah nanti, saya ingin ziarah beberapa bandar lain di Arab Saudi sebelum pulang . Dimana dan bagaimana mohon visa? Bolehkah saya mohon sendiri atau mesti melalui TA?

  32. Assalamualaikum Haji.. visa utk umrah memang dapat pada saat2 akhir sebelum berlepas ke? Kami dijangka berlepas pd 10 Dec ini. Semua dokumen dah Kami serah pd Agen kecuali buku suntikan.(Agen belom minta). Adakah ini procedure biasa?.t.k Haji.

  33. Salam ustaz,
    Saya nak tanya, saya berniat ke umrah tahun depan sekitar Januari atau Februari bersama ibu dan kakak saya. Ibu saya atas 45, saya dan kakak saya bawah 30 dan belum berkahwin. Adik lelaki saya berumur 18 pada Januari tahun hadapan. Adakah dia boleh menjadi Mahram? Ada sesetengah Travel Agent memberi info Mahram yg di benarkan hanya 19 tahun ke atas. Adakah kami memerlukan surat consent dari ayah kami?

  34. Assalammualaikum tuan. Maaf saya bertanya. saya akan mengerjakan umrah pada 9/12 ni. Tetapi masih belum mendpt kelulusan visa sbb nama ayah saya pada surat beranak saya dan ic beliau tidak sama.. Sedangkan beliau adalah ayah kandung saya. Bagaimana harus saya menyelesaikan permasalahan ini? Mohon juga tuan doakan agar urusan kami dipermudahkan.

  35. Salam tuan haji. Sy merancang utk melalukan ibadah umrah pd 26/1/18. Pihak TA mengarahkan sy utk menyerahkan passport sebulan awal sebelum berangkat ke tanah suci utk urusan permohonan visa. Masalahnya sy perlu ke hong kong pada 18-22/1/18 utk urusan kerja. Bolehkah sy hanya memberi fotostat passport shj kepada TA utk urusan permohonan visa atau mereka memang memerlukan original passport?

  36. Assalamualaikum wbt. Hj. Semoga senantiasa dlm rahmat Allah swt. Bolehkah saya warganegara Malaysia melakukan umrah melalui agen berdaftar di Thailand. Agen ini adalah saudata saya yg telah menjlnkan kerja ini lebih dari 6 tahun? Mohon pencerahan Tuan Hj. Syukran.

  37. Assalamualaikum,

    Saya telah bercerai. Saya bercadang untuk tunaikan umrah bersama sama 2 anak perempuan berusia 13 dan 9 tahun. Bekas suami saya masih ada dan tiada halangan dari pihak nya.

    Bagaimana untuk memohon visa bagi saya dan anak anak?

    T. Kasih

  38. assalamualaikum. saya ingin pencerahan. saya dijadualkan menunaikan umrah pada 6.12 2017 tetapi visa keluar 7.12. oleh sbb ta tidak dapat menyediakan tiket yang baru kami tidak dapat menunaikan umrah. jika saya nak pergi dengan ta lain pada bulan 3. adakah saya akan dikenakan caj tambahan bagi visa.

  39. Assalamualaikum haji , saya, suami dan keluarga merancang mahu menunaikan umrah pada 12/1/2018. Kami juga ingin membawa pembantu rumah kami ( warga Indonesia ) bersama untuk menunaikan umrah. Permit kerja pembantu rumah kami akan berakhir pada 4.3.2018 manakala passportnya sah sehingga December 2018. Adakah pembantu rumah saya itu layak untuk permohonan visa umrah ? adakah permit kerja perlu sah sehingga 6 bulan ? adakah kami perlu sambung permit kerjanya sehingga tahun depan ?

    Terima kasih.

  40. Assalam ustaz…sy nk menunaikan umrah pada 12.2.18 masalahnya nama sy pd ic/surat beranak x ada tulis binti (lina adam) mgkin kesilapan daripada jpn sewaktu memohon surat beranak dehulu..pertanyaan sy, adakah ianya menyebabkan gagal mendapatkan kekulusan visa?

  41. salam. saya ingin bertanya. Bolehkah saya ingin menunaikan umrah dengan abang kandung sebagai mahram ? Bapa masih ada, tetapi tidak ikut untuk menunaikan umrah.

  42. assalam ustaz, sy nak bertanya… sekiranya saya nak pergi umrah bersama kakak saya dan emak saya, dan tiada siapa mahram saya nak ikut.. bagaimana saya nak teruskan niat saya untuk mengerjakan umrah.. lagi satu ustaz, sijil nikah luar negara boleh guna ke ustaz, sebab proses pendaftaran pernikahan masih dalam proses.

  43. As salam tuan,saya ingin bertanyakan berkenaan visa umrah..bapa saya seorang pemegang passport indonesia manakala ibu saya warganegara Malaysia..saya telah mengambil pakej menunaikan umrah utk kedua org tua saya..masalah pihak travel agent tidak tahu jika bapa saya blh memohon visa umrah di malaysia..passport indonesia bapa saya menyatakan bahawa bapa ada suami kpd warganegara malaysia.Bolehka bapa saya menggunakan agent tersebut utk mendapatkan visa umrah di malaysia tanpa perlu ke indonesia.

    1. Wassalam..jika bapa ada ic merah sebagai pemastautin boleh mohon visa dari Malaysia..atau pasport indonesia bapa multiple entry atau ada permit kerja pun boleh apply dari Malaysia.

  44. saya berumur 56 tahun. Kematian suami. Ingin menunaikan umrah dan membawa anak lelaki berusia 11 tahun bersama saya. Selain daripada surat beranak, sijil kematian dll ,perlukah saya menyediakan salinan sijil nikah untuk mohon visa umrah?

  45. assalam tuan, saya ingin bertanya. Ibu saya, kakak ibu saya ( ibu saudara saya) dan suaminya ingin mengerjakan umrah, boleh ke suami ibu saudara saya itu menjadi mahram saya kerana saya masih bawah 45thn dan belum berkahwin, Ayah kandung telah meninggal dunia dan abang kandung tidak mahu turut serta.
    terima kasih

  46. Saya nak tanya boleh kah ibu dan anak perempuan bawah umur pergi mengerjakan umrah tanpa mahram lelaki kerana bapa dan datuk meninggal dunia dan tiada abang. Bolehkah mereka pergi berdua sebagai ibu dan anak sahaja?

  47. As salam Tuan Haji. Adakah benar bahawa permohonan visa umrah hanya boleh di key in pada 1hb setiap bulan sahaja? Contohnya, saya dijangka berangkat pada 14 mac 2018. Maka permohonan visa hanya boleh dibuat oleh TA pada 1 Mac 2018. Mohon pencerahan Tn Hj. Terima kasih.

  48. Assalamualaikum tuan Hj, saya dan anak saya berumur 24thn saya akan menunaikan umrah pd 23april bersama abang saya, kakak saya dan anak saudara saya.Mahram kpd anak saya ialah abang saya kerana suami saya telah meninggal dunia. Mungkin menjadi masalah kerana ejaan nama bapa dan ibu saya dlm sijil lahir saya dan abang tak sama. Ejaan nama bapa saya dlm sijil lahir saya ialah Husain tetapi dlm sijil lahir abang saya pula Husin, ejaan nama ibu dlm sijil lahir saya pula Fatimah binti Mohd Noor tetapi dlm sijil lahir abang saya pula Fatimah binti Md Nor, jadi apa perlu saya buat seblm semua dokumen di hantar kpd pihak embassy dan di reject. Adahkah perlu Consent letter dr anak saya sebagai waris ? Bolehkah bg contoh consent letter?.

  49. Assalamualaikum. Saya hendak bertanya. Adakah wajib perlu ada bin/binti dlm pasport pada nama seseorang itu yang hendak menunaikan umrah? Jika tiada berkemungkinan visa umrah tidak lulus walhal didalam kad pengenalan org itu jelas nyata tiada bin/binti begitu juga dalam pasport nya kerana pasport akan mengikut apa yang tertera pada kad pengenalan org tsebut. Mohon penjelasan.

  50. Assalamualaikum. Sy nak bertanya. Ibu sy mahu mengerjakan umrah dan membawa sy bersama. Sy ber usia 23 tahun dan belum ber kahwin. Bapa sy tidak dapat ikot bersama atas Sebab tertentu. Bolehkah sy pergi tanpa mahram ?

  51. Assalamualaikum tuan. Saya nak tanya. Jika mak saya yang berusia 54 tahun dah pernah pergi.umrah mac tahun lepas 2017. Tetapi tahun ni akhir mac 2018 mak ingat nak pergi lagi. Boleh ke? Dari segi visa atau passport masih hidup. Dia nak pergi seorang sahaja.

  52. Assalam mualaikum haji , saya nak tnya. Mak dan nenek merancang nak pergi mekah untuk melawat anak nenek yang menetap disana dan bercadang untuk tinggal disana dalam tempoh 3 bulan atau 4 bulan sambil menunaikan umrah dan haji. Bagaimanakah cara untuk memohon visa untuk tempoh itu?

    Terima kasih

  53. slm hj. sy ingin bertanya betul ker kelulusan visa ada kaitan dgn status kesihatan seseorang jemaah?

  54. Assalamualaikum,
    Kedudukan saya ialah sy bruneian manakala isteri malaysia.Kitorg bercdg gi umrah ramadhan under syarikat malaysia.So cmne dgn urusan visa sy selaku suami rakyat Brunei, mengikutti isteri..minta pencerahan ye

  55. Salam tuan haji..saya berniat untuk menunaikan umrah bersama keluarga saya pada tahun hadapan..tapi saya ada masalah dimana saya dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf..boleh ke pergi menunaikan umrah dan bagaimana caranya kerana sijilnkelahiran saya berbinti kan Abdul Hakim iaitu buksn nama kepada bapa saya

  56. Assalamualaikum haji, saya ingin menunaikan bapa saya ke umrah. Tetapi die gagal mohon visa.

    Dia pr malaysia dan memegang pasport indon dan malaysia.
    Masalahnya die kena reject karena nama dia takda bin.

    Mohon mintak bantuan macam mana saya mahu atasu masalah ini.
    Karena saya org singapore dan saya tk faham embassy malaysia requirement.

    Adakah document bapa saya ini mencukupi.
    1) pasport pr malaysia
    2) pasport indonesia
    3) card pengenalan indonesia dan malaysia.

  57. Assalamualaikum tn hj,
    Saya nak tahu, kalau tersilap dapat visa 1 ramadhan, sedangkan penerbgn saya mula 19 ramadhan. Boleh tak dapatkan visa lain sebb sy belum sampai ke Haramain?

  58. As Salam tuan haji, sy baru kembali dari menunaikan umrah pd 15/6/18 dan sekiranya saya nk pergi lagi pada januari 2019, adakah saya akan dikenakan denda?

  59. Assalamualaikum tn hj,
    Saya ingin bertanya, bolehkah nama yang tidak mempunyai bin menunaikan umrah cth:- Ahmad ( bg passport dan ic)

  60. Assalamualaikum..makcik sy berstatus ic merah.. Tp bile pergi kedutaan utk endorsement sbb tiada nama bapa mereka tidak mahu endorsed.. Tp dlm syarat kene ade cop binti.. Sbb ic merah tiada nama bapa

  61. As salam tuan haji,sy ingin bertanya.sy nk ke mekah dgn bermahramkan bapa saudara sebelah bapa..nk tnye agent boleh uruskan urusan cop semua dokumen tanpa kita kena pergi ke jpn ,wisma putra kan?dan surat beranak bapa saudara hanya perlu salinan bukan original kan?ape yg boleh terjadi bila dh tiba klia tp visa tak approve?risau pulak.

    1. Biasanya urusan ke JPN dan Pejabat Agama diuruskan oleh jemaah sendiri dan urusan ke Putrajaya banyak yang Travel Agent uruskan dengan bayaran tertentu sebagai servis. Yang penting semua dokumen perlu disahkan dan biasanya pengesahan lebih mudah dilakukan bila ada dokumen asal yang original.

      1. Assalamualaikum, sebelah keluarga saya, mak saya pergi seorang shj memandangkan ayah saya sudah meninggal dunia. mak saya pergi bersama keluarga besan, ibu ayah serta anak-anaknya. Boleh tetap pergi? atau masih perlukan mahram sebelah keluarga saya? Mak saya berusia 60 lebih.

  62. Assalam,maaf tuan haji saya keliru berkenaan visa umrah..saya telah menunaikan umrah pd thn disember 2016 dan insyallah akan menunaikan disember 2018..adakah saya perlu kna kan visa rm2k sbb dalam 3hijriah?
    Mohon pencerahan sbb ada kt ats kata tahun yg sama..

  63. Assalam.tuan haji,saya nak tanya adakah cara lain bagi seorang perempuan yg sudah berkahwin untuk pergi menunaikan umrah tanpa suaminya,tetapi pergi bersama ibu,ibu saudara dan sepupu2 sebelah ibu yg pergi bersama suami masing2,tanpa mahram?(mahram2 yg layak belum berpeluang pergi atas faktor kewangan dan kesihatan)

  64. Assalamualaikum.. Apakah syarat bagi mengerjakan umrah bagi anak yatim lelaki berumur 16 tahun yang juga kematian datuknya? Boleh kah datuk saudaranya menjadi mahram bagi dia?

  65. Assalamualaikum..sy ingin bertanya..blh atau tidak sy membawa anak angkat berumur 1tahun (lelaki) utk menunaikan umrah?sedangkan Sijil anak angkat akan terima pd anak angkat itu berusia 2 tahun? adakah visa dpt diluluskan? Mohon pencerahan..sekian terima kasih

  66. Assalamualaikum ustaz.. bgaiamana prosedur permohonan visa bg isteri warga negara asing yg tlh berkahwin dgn rakyat tempatan… isteri trsebut tlh dpt taraf warganegara ttp IC sedang dlm proses dikeluarkan dn mengambil masa. Apakah dokumen yg diperlukan utk dptkan kelulusan visa umrah selain sijil nikah, paspot, visa pendudukan tanpa tempoh.. sbb last minit diberitahu kena dptkan surat declaration berkahwin dgn warganegara… mana nak dptkan surat tersebut..terima kasih ustaz

  67. Salam Tuan, saya ada satu pertanyaan. Jika saya telah apply visa untuk umrah pada bulan Disember 2018 , dan telah di approve oleh embassy, tetapi oleh kerana hal yang tidak dapat di elakkan, saya tidah dapat pergi kesana dalam masa 30 hari yang telah dibenarkan, adakah saya perlu membayar RM2000 jika saya ingin memohon visa sekali lagi untuk menunaikan umrah pada bulan April 2019?

Leave a Reply