Assalamualaikum wbt.

Setelah meneliti dan mengambil maklum balas dari beberapa rakan dan bakal jemaah yang mahukan agar Pakej Super Ekonomi ini menawarkan suatu kelebihan mirip Pakej Umrah Idaman tetapi mengekalkan paras harga ekonomi. Dan jika ada kenaikan pun masih di tahap yang munasabah. Ramai tidak mahukan flight transit, apa lagi jika terpaksa bermalam di negara ketiga. Dan ramai juga yang tidak mahukan hotel jauh dari Haram walaupun sebenarnya jemaah berjalan kaki tidak lah terlalu jauh. Maka saya harus mengubah wajah Pakej Super Ekonomi ini dari perancangan awal seperti yang saya utarakan terdahulu.

Perubahan Jenis Penerbangan dan Penambahan Hari di Tanah Suci

Jika awalnya saya merancang untuk mengambil flight Royal Brunei transit sebentar di Bandar Sri Begawan (tidak sampai 2 jam pun) dan jadual penerbangan pergi dan balik ialah 12 hari dan 9 malam. Kini saya merancang untuk menukar jenis flight daripada Royal Brunei kepada Penerbangan MAS Charter direct ke Madinah. Malah perjalanan pergi dan balik juga sudah bertambah kepada 13 hari dan 11 malam. Lebih 2 malam tinggal di tanah suci. Yang bestnya jadual flight berlepas ialah pada jam 10.30 pagi di KLIA dan sampai Madinah pada jam 1.30 petang pada hari yang sama. Maknanya bermula dari Hari Pertama lagi jemaah sudah boleh memasuki Masjid Nabawi dan melawat Raudah.

Jarak Hotel Ansar Golden yang hampir dengan Masjid Nabawi

Perubahan Hotel Penginapan di Madinah

Sebelum ini saya merancang memilih Hotel Rehab al-Misk untuk Pakej Super Ekonomi ini. Kini saya berhasrat untuk meletakkan jemaah di Hotel Ansar Golden sama seperti penginapan bagi jemaah yang memilih Pakej Umrah Idaman. Hotel Ansar Golden ialah hotel yang paling hampir sekali dengan Pintu Masuk Masjid Nabawi sebelah belakang. Dan jemaah wanita paling beruntung kerana laluan ke Raudah paling hampir dan mudah berbanding hotel-hotel lain di Madinah. Bukan setakat hampir dengan Masjid Nabawi, di kawasan ini juga ada deretan kedai makan, kedai Tukaran Wang, Kedai Runcit dan juga Kedai Farmasi dalam satu deretan bangunan yang dipanggil KUDU.

Perubahan Hotel Penginapan di Makkah

Sebelum ini ramai bakal jemaah yang rasa tidak seronok apabila saya beritahu hotel Ummul Qura jauh dari Haram, tetapi pihak hotel menyediakan bas yang beroperasi 24 jam menggunakan laluan khas untuk ulang alik ke Haram. Ramai yang tidak dapat bayangkan gambaran yang saya cuba utarakan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk menukar lokasi dari Hotel Ummul Qura kepada Hotel Qasr Qamar di kawasan sebelah Ajyad. Hotel Qasr Qamar hanya sekitar 200 meter ke Haram. Lebih hampir ke Haram berbanding Hotel Saraya Iman ataupun Hotel Meredian. Kemudahan bilik yang luas, dewan makan juga luas terletak di Tingkat M, di kawasan berhampiran juga ada kedai makan Ayam Golek dan Roti Canai memudahkan jemaah sekiranya terasa lapar.

Bilik di Hotel Qasr Qamar

Perubahan Tarikh Penerbangan

Pakej Umrah Super Ekonomi ini dijangka akan berlepas sama tarikh dengan Pakej Umrah Idaman iaitu pada 22hb Februari 2013 dan pulang ke tanah air sampai di KLIA pada 6hb Mac 2013. Bezanya Umrah Idaman menaiki flight Saudi direct Madinah berlepas pada jam 3 petang, manakala Pakej Umrah Super Ekonomi pula menaiki flight MAS Charter direct Madinah berlepas pada jam 10 pagi, hari yang sama. Saya lakukan demikian kerana memikirkan lebih mudah untuk saya memantau Pergerakan kedua-dua pakej ini semasa di tanah suci.

Semasa di KLIA saya berada bersama-sama untuk menguruskan Daftar Masuk Jemaah Pakej Super Ekonomi pada jam 7 pagi (awal 3 jam dari waktu berlepas) dan selepas jemaah berlepas, saya pula akan turut bersama jemaah dalam Penerbangan seterusnya dengan membawa Rombongan Jemaah Umrah Idaman. Kedua-dua pakej ini akan tinggal di hotel yang sama di Madinah dan semua aktiviti program di Madinah seperti Ziarah Luar Madinah akan dilakukan serentak. Begitu juga masa keberangkatan ke Makkah dan program Ziarah di Makkah juga dilakukan serentak bagi kedua-dua pakej.

Bezanya jemaah Pakej Umrah Idaman menginap di hotel 5 bintang depan laman Masjidil Haram, manakala jemaah Umrah Super Ekonomi menginap di Hotel Qasr Qamar di Makkah.

Perubahan Harga Pakej

Hal ini tidak dapat dielakkan kerana banyak faktor. Pertama ialah kadar sewaan hotel Qasr Qamar lebih tinggi berbanding Hotel Ummul Qura. Begitu juga bagi kadar sewaan hotel di Madinah. Kedua, ialah bilangan malam di tanah suci yang sebelum ini 9 malam sudah bertambah menjadi 11 malam. Ketiga kerana fator perubahan jenis Penerbangan iaitu dari flight Royal Brunei transit Bandar Sri Begawan ditukar kepada Penerbangan MAS terus ke Madinah.

Maka saya tawarkan Harga Pakej Umrah Super Ekonomi ini hanya RM 6,000 sahaja seorang. Kenaikan RM 200 sahaja dari harga lama. Untuk mengekalkan paras harga RM5800 tidak mampu saya lakukan atas faktor-faktor yang saya sebutkan di atas tadi. Tetapi saya yakin perubahan yang dilakukan untuk Pakej Super Ekonomi ini jauh lebih baik dari sebelumnya.

Jika ada yang berminat, mendaftarlah dengan segera. Tempat terhad untuk 49 orang sahaja kerana seorang Ketua Rombongan akan bersama-sama dengan jemaah untuk mencukupkan 50 orang dalam satu bas. Berikan nama penuh jemaah dan no telefon/handphone untuk dihubungi ke alamat email saya hjiqbal.safwan@gmail.com atau hubungi saya di 019-350 5395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822.

Jumpa lagi, insyaAllah.

17 Replies to “Berita Baik Untuk Pakej Super Ekonomi”

  1. SALAM TUAN,
    SEKADAR BERTANYA…….SUPER EKONOMI – SUAMI ISTERI DAN DUA ANAK DEWASA LELAKI DAN PERMPUAN. MUNGKIN KAH KAMI TINGGAL 4 ORANG SEBILIK DI MEKAH DAN MADINAH.
    TERIMA KASIH.

  2. Assalamu’alaikum wbt

    Harga pakej umrah super ekonomi ini sangat sesuai memandangkan jemaah ditempatkan di hotel Qasr Qamar di Makkah dan Ansar Golden Hotel di Madinah. Hotel-hotel ini memang sangat dekat dengan Haramain. Harga ini sama dengan Wira Saujana tetapi hotel mereka di Makkah ialah Nada Deyafah di belakang Miridien tetapi kena naik bukit sejauh 30 meter – tidak sesuai untuk yang berkerusi roda. Sayang sekali saya tidak dapat mengikuti pakej ini sebab akan mengadakan walimatul ‘urus pada bulan Mei. InsyaAllah tahun 2014 rancang untuk lakukan umrah bersama keluarga dan harap dapat ikut pakej tuan, insyaAllah.

  3. Salam, saya berminat dgn pakej umrah ekonomi tetapi saya bhajat pergi bulan Mac dan kalau dpt waktu dekat dgn cuti sekolah lebih baik…..Minta Hj maklumkan kalau ada jadual waktu itu…tkasih

        1. group idaman saya combined dgn group ekonomi..di madinah tinggal di hotel yg sama Ansar Golden cuma di Makkah berbeza hotel. bergerak dari Madinah ke Makkah sama dalam satu bas..

  4. Tn Haji,
    Ada tak package pertengahan Mei 2013 Dan klu ada berapa harga untuk super ekonomi dan hantar detail package ke e-mail. Kalau timing is right saya perlukan untuk 6 org.

  5. Salam..tuan haji…
    pakej umrah super ekonomi ni ada tak tuk tarikh cuti sekolah akhir thn nov-dis 2013? Sekiranya ada mohon inform sya..syukran..by email pun bole..

Leave a Reply