Assalamualaikum dan bertemu kembali.

Perjalanan Kembara Muslim Vietnam diteruskan pada hari ke3. Kami
check out Hotel di Dalat seawal jam 7 pagi. Sebelum berangkat ketika semua
Jemaah sudah berada di dalam bas, datang wakil Restoran Kg Pandan membawa
bekalan makanan sarapan pagi kami yang ditempah awal malam tadi.

Perjalanan menuju ke lokasi puncak bukit (tempat kami bakal
bersarapan pagi) melalui beberapa buah kampong pendalaman Vietnam. Kami dapati
kawasan di sini tanahnya subur dengan hasil pertanian seperti pokok kopi dan tanaman
kontan yang lain. Almaklum jalan pendalaman maka keadaan jalan raya tidaklah
sebaik jalan highway.

Ketika kami sampai tempat awal yang dituju iaitu di Café yang terletak di puncak bukit, Keadaan angin begitu kencang sekali ketika itu. Hajat hati nak bersarapan di bahagian luar sambil menikmati pemandangan pergunungan yang menghijau kami batalkan sahaja. Tiupan angin kencang boleh menerbangkan bekalan makanan yang kami bawa. Akhirnya kesemuanya bersarapan di bahagian dalam. Kami hanya order minuman panas sahaja di café ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_20190911_073017-1024x768.jpg

Sayang ketika kami tiba di kawasan ini langsung tidak kelihatan
awan seperti yang kami lihat melalui foto yang dikongsi oleh Tour Guide sebelum
ini. Apa boleh buat, tiada rezeki. Pasti pemandangan akan jadi lebih cantik apabila
melihat awan setara dengan tempat kami berada. 
Saya yakin keadaan akan jadi lebih sejuk andai awan meliputi kawasan
yang setara dengan kami.

Tak dapat rezeki tengok awan di kawasan ini, tiba-tiba datang
rezeki peraih durian muncul tiba2 ke tempat kami. Maka apa lagi penggemar
durian tak lepas peluang membeli durian Vietnam. Agak murah juga sebiji durian
berharga sekitar RM10 dan ada yang RM15 ikut nilaian duit Ringgit Malaysia.
Rasa durian Vietnam sama seperti durian kampong di tempat kita.

Menuju ke Muine

Perjalanan diteruskan lagi. Kali ini jalan menuruni bukit pula
dan keadaan jalan raya semakin baik. Kawasan Muine ialah kawasan Padang Pasir
Merah di Vietnam. Kami menaiki Jeep 4×4 yang dipandu oleh orang tempatan.
Muatan sebuah jeep ialah 6 orang.

Rasa teruja apabila menaik Jeep 4×4 meredah kawasan Padang Pasir
di Muine. Ada yang kata “tak merasa meredah padang pasir di Dubai, dapat kat
Muine pun jadi la” menggambarkan kepuasan hati Jemaah kerana dapat pengalaman
sedemikian.

Kami habiskan masa sekitar 30 minit di Muine..tak boleh lama2
kerana kawasan Padang Pasir Muine ni panas tak seperti di Dalat yang sejuk. Apa
pun memang menyeronokkan dapat merasa pengalaman meredah Padang Pasir dengan
Jeep 4×4 ni.

Fairy Stream

Seusai aktiviti di Muine perjalanan diteruskan menuju ke Nha
Trang. Dalam perjalanan kami dibawa singgah di satu kawasan kampong pendalaman
untuk merasai pengalaman berjalan kaki di satu anak sungai yang airnya cetek
separas buku lali kaki. Istimewanya tanah yang kami pijak ialah jenis tanah
pasir seperti di padang pasir Muine sebelum ini.

Tour Guide memaklumkan kami akan dibawa berjalan kaki sejauh 500
meter meredah anak sungai cetek ini, dan kemudian berpatah balik. Tetapi ada
juga yang teruja sangat sehingga berjalan kaki lebih jauh lagi. Mungkin seronok
sangat agaknya. Bagi yang tak kuat jalan kaki, ada juga yang cepat patah balik
ke lokasi asal kami bermula.

Sememangnya kawasan ini dijadikan salah satu objek pelancongan
kerana saya dapati ramai juga pelancong asing yang turut serta meredah anak
sungai cetek ini.

Makan Tengahari di Kampong
Melayu Champa

Perjalanan dari Dalat menuju ke Nha Trang sememangnya mengambil
masa yang lama kerana kami singgah di 3 tempat sebelum ini. Sememangnya diakui
ketika itu masing2 merasa kelaparan kerana sudah melewati waktu makan tengahari
seperti kebiasaannya. Untuk singgah makan di mana2 restoran tempatan memang
mustahil kerana kesemuanya tiada yang halal.

Syukur alhamdulillah akhirnya kami sampai juga di Restoran Halal
yang terletak di suatu Kampong Masyarakat Melayu Champa di sini. Ketika itu waktu
menunjukkan jam 3 petang bersamaan jam 4 petang di Malaysia.

Kampong masyarakat Melayu Champa ini terletak di suatu kawasan
sawah padi dalam laluan perjalanan menuju ke Nha Trang. Seusai makan tengahari,
kami singgah di satu masjid yang ada di kampong ini, tidak jauh dari restoran
tempat kami makan tadi.

Tiba di Nha Trang

Seusai Solat Jamak di Masjid Kampong Melayu Champa ini
perjalanan diteruskan menuju ke Nha Trang. Ketika kami tiba di bandar Nha Trang
hari sudah menjelang senja menghampiri Maghrib.

Kami terus check in Hotel di Nha Trang. Sekitar jam 7 malam kami
keluar semula menuju ke Restoran Muslim Karim iaitu satu2nya restoran Halal di
Nha Trang. Menu malam ini ialah Steamboat Seafood. Memang berselera kami makan
sambil berbual beramah mesra sesama ahli rombongan.

Seusai makan malam, bas terus menghantar kami ke hotel dan
agenda seterusnya ialah acara bebas samada balik istirehat di bilik atau keluar
ke Pasar Malam yang kedudukannya tidak jauh dari Hotel Penginapan kami.

Bersambung…..

Leave a Reply