Assalamualaikum wbt.

makkah city

Jemaah Runcit imerujuk kepada kumpulan jemaah yang tidak ramai. Bilangan jemaah biasanya antara 2 orang atau lebih yang terdiri dari kaum keluarga atau sahabat handai. Biasanya paling ramai pun hanya berbelas orang sahaja. Kumpulan Jemaah Runcit biasanya sudah mempunyai Jadual keberangkatan pilihan sendiri samada tiket dibeli sendiri atau pihak agensi yang membelikannya mengikut pilihan tarikh yang dikehendakinya.

Saya selalu diminta atau ditanya untuk menguruskan Jemaah Runcit ini. Di pihak Ajwa tiada masalah untuk menguruskannya, asalkan Jemaah faham bidang dan tanggungjawab Ajwa semasa di sana nanti. Dan biasanya jemaah memilih untuk menjadi Jemaah Runcit samada kerana mendapat tiket yang murah (diperolehi melalui belian tiket online AirAsia atau Staf MAS yang mendapat Tiket yang amat murah) atau inginkan “privacy’ atau kerana mempunyai tarikh sesuainya sendiri yang tidak sama dengan Jadual Umrah secara berkumpulan.

Dan baru-baru ini Disember yang lalu, Ajwa ada menguruskan 2 kumpulan Jemaah Runcit yang berkebetulan tempoh masa mereka di sana bersamaan dengan kehadiran Kumpulan Jemaah Ajwa di tanah suci. Memang rezeki mereka kerana mendapatkan harga tiket AirAsia yang murah yang dibeli pada awal tahun lagi. Kumpulan pertama seramai 19 orang dan kumpulan kedua seramai 13 orang. Dan pengangkutan yang digunakan semasa di sana ialah Coaster muatan 21 orang. Lucunya semasa keberangkatan tiada bagasi yang di”check in”. Tetapi bila balik hampir penuh coaster santak dengan “beg yang beranak.”

Jika Disember 2013, jemaah runcit datangnya dari kumpulan kecil jemaah yang sudahpun mempunyai tiket yang dibeli sendiri pada harga yang amat murah (AirAsia online), tetapi di Musim Umrah 2014 ini lain pula ceritanya. Mereka terdiri dari Kumpulan kecil jemaah yang ke Tanah Suci bukan disebabkan oleh faktor Harga Tiket Rendah tetapi kerana sebab lain.  Kumpulan pertama kerana ingin melawat anak mereka yang belajar di Mesir dan selepas itu ke Tanah Suci. Manakala Kumpulan yang satu lagi kerana kesuaian masa bagi mereka untuk ke sana.

Syukur alhamdulillah, jemaah Runcit ini mengambil flight sektor “landing” di Madinah. Maka urusan lebih mudah untuk menyambut mereka. Tetapi jika¬† “landing” di Jeddah pun O.K juga kerana semua Jemaah akan di “transfer” ke Terminal Antarabangsa yang membolehkan Wakil Ajwa menyambut mereka di sana nanti. Semasa pemergian saya Disember yang lalu dikabarkan Terminal Haji ditutup sementara kerana ada Kerja-kerja Pengubahsuaian. Sebelum ini semua jemaah Umrah ditempatkan di Terminal Haji yang menyebabkan tiada wakil syarikat yang boleh menyambut jemaah.

Perancangan Awal

Sebelum membuat keputusan untuk membeli tiket flight secara online dan meminta Ajwa menguruskan “Ground Handling” mereka di Tanah Suci, pastikan kesemua jemaah layak untuk memperolehi Visa Umrah. Terutama bagi jemaah wanita (45 tahun ke bawah) yang menumpang mahram dengan anggota keluarga mereka. Peraturan baru Musim 2014 ini dimaklumkan semua Sijil Nikah dan juga Sijil Lahir Anak-anak perlu disahkan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Pendaftaran Negara sebelum disahkan sekali lagi di Wisma Putra.

gambar umrah 2012 210Hotel bertaraf bintang di Makkah

Jenis Hotel Pilihan

Biasanya Khidmat “Ground Handling” merujuk kepada penyediaan Hotel Penginapan di Makkah dan Madinah. Dan bakal jemaah perlu nyatakan jenis standard Hotel yang diingini samada Hotel bertaraf bintang atau Ekonomi. Juga nyatakan jumlah dan jenis bilik yang dikehendaki samada sebilik berdua atau bertiga atau berempat. Dan yang terpenting nyatakan nak hotel dekat dengan Masjid atau nak yang lebih murah dan jauh ssedikit dari Masjid tidak mengapa.

Penyediaan Makanan

Bagi jemaah runcit, biasanya Tiada Penyediaan Makanan untuk mereka. Pihak Catering keberatan untuk membekalkan makanan kerana kuantiti jemaah yang sedikit. Kecuali sekiranya Hotel yang diduduki ada terdapat ramai jemaah dari Travel lain dari Malaysia atau ada jemaah Indonesia, maka bolehlah jemaah tumpang makanan mereka dengan dikenakan sedikit caj.

Atau jika jemaah ambil Fullboard dengan Hotel, maka jemaah boleh mengambil makanan Hotel. Untuk makluman Hotel 5 bintang di Madinah memang menyediakan Pakej Fullboard iaitu bilik termasuk makanan sekali. Contoh Hotel 5 bintang di Madinah ialah Oberoi, Shaza, Dar Taqwa dan lain-lain.

Ada juga Hotel 4 bintang seperti Al-Haram Madinah dan juga Safir yang menyediakan kemudahan makanan untuk penghuni Hotel. Hotel bertaraf 3 bintang biasanya membenarkan Catering Luar membawa masuk Makanan untuk jemaah yang tinggal di hotel mereka. Jemaah juga boleh memilih untuk tidak dimasukkan Kos Makanan dalam kiraan Kos Khidmat Ground di sana.

Pengangkutan

Oleh kerana musim ini jemaah ditempatkan di Terminal Antarabangsa Jeddah (bagi flight selain Saudi) atau Terminal Saudi (bagi yang menggunakan flight Saudi), maka Wakil Ajwa boleh menyambut ketibaan jemaah. Sebelum ini jemaah ditempatkan di Terminal Haji. Jemaah boleh memilih samada menggunakan Perkhidmatan Teksi Airport atau sewa GMC atau menaiki Coaster jika jumlah jemaah ramai.

Jemaah tidak perlu ragu menggunakan Teksi Airport untuk ke Madinah. Setakat yang saya ketahui belum pernah berlaku kes yang tidak diingini seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh jemaah. Yang penting kumpulan jemaah mesti ada jemaah lelaki bersama. Bagi jemaah yang tidak kisah mengenai Kos, maka sewa GMC lebih baik lagi.

Khidmat Mutawif

Bagi yang pertama kali menunaikan Umrah, dan memerlukan bantuan Mutawif untuk Tawaf dan Saie, maka Ajwa tiada masalah untuk menyediakannya. Tetapi bagi yang sudah biasa. ibadah Tawaf dan Saie boleh dilakukan sendiri sahaja.

Berapa Harga Ground Handling ?

Bergantung kepada jenis Hotel yang diambil, jenis bilik (samada Double, Triple atau Quad) dan juga bilangan malam di Tanah Suci. Juga jenis Pengangkutan yang diambil dan juga Khidmat Mutawif.

Jika berminat untuk menunaikan Umrah dalam Kumpulan Kecil, bolehlah bertindak dari sekarang untuk mencari Tiket Murah yang masih available. Yang penting tiket berkenaan biarlah berstatus “Confirm” dan bukannya “Standby”. Saya pernah melihat Staf MAS yang terkandas di Airport Jeddah kerana tiket mereka berstatus “standby” dan kena menunggu di Jeddah beberapa hari untuk Trip yang berikutnya.

Jumpa lagi.

9 Replies to “Menangani Jemaah Runcit”

  1. As Salam Hj Iqbal. Maklumat spt inilah yg saya cari. Terima kasih kerana menjawab persoalan individu/kumpulan yg mahu pergi sendiri @ yg digelar sbg jemaah runcit ini. Saya berhajat ke Tanah Suci bersama isteri & seorang anak berusia 4 tahun. Tarikh dirancang ialah pada 22hb Mei 2014 hingga 2 Jun 2014 (kira-kira 12 malam) dan berminat menggunakan perkhidmatan Saudi Airlines. Bagi perkhidmatan menempah tiket, hotel, pengangkutan serta visa umrah, pihak Ajwa Travel sudah pasti boleh bantu menguruskannya kan? Sesetengah org kata, baik ambil saja pakej kalau semua mahu agensi yg urus tetapi saya lebih berminat untuk tempah secara ‘ala carte’ kerana saya boleh pilih masa dan hotel pilihan sendiri, di samping dpt menjimatkan sedikit kos kerana pendapat saya membawa anak kecil tidak perlu dikeluarkan apa2 kos selain drpd kos tiket penerbangan saja. Katil boleh berkongsi saja. Makan pula apalah sgt. Untuk makluman, ini bukan kali pertama saya ke Tanah Suci namun pergi secara ‘runcit’ ini merupakan yg pertama. Secara kesimpulannya, pihak Hj Iqbal bolehkah membantu saya mengatur ‘pakej saya sendiri’ ini? Terima kasih.. Wassalam..

    -Fairol-
    Email: fairolredza@gmail.com

  2. Sya adalah salah seorg yang menyertai pakej runcit ajwa travel pada bulan disember lepas. Alhamdulillah urusan di sana berjalan lancar tanpa ada kesulitan. Cume cdgn mutawif yg d sediakan diharap lebih arif tentg soal ibadah dan suasana di mekah dan madinah.syukran

  3. Salamualaikum,saya minta tolong,saya hendak ke Tanah Haram,minta tolong saya inggin pergi tanpa Mahram,boleh Tuan Hj uruskan tak?

    1. waalaikum salam. sekiranya wanita berumur 45 tahun ke atas memang boleh diuruskan. jika bawah 45 tahun memang harus ditemani mahram.

Leave a Reply