Assalamualaikum wbt.

Sungguhpun blog ni banyak fokus mengenai Umrah tetapi tanpa saya sangka entry mengenai Lawatan ke Vietnam iaitu Pengalaman Melawat Ho Chi Minh antara yang sering dikunjungi oleh pembaca.  

Saya percaya ramai yang teruja untuk ke sana, maka Ajwa bercadang untuk setting satu Pakej Melawat Ho Chi Minh selepas Hari Raya Idil Fitri dengan menaiki Pesawat Airasia dari 29hb Jun 2019 hingga 2hb Julai 2019. Tempoh perjalanan ialah 4 hari dan 3 malam pada kos seorang RM 1550 sahaja.

Harga Pakej meliputi kos tiket penerbangan Airasia pergi balik ke Ho Chi Minh @ Saigon (nama lamanya), penginapan sebilik berdua di hotel bertaraf 3 bintang, makan minum Halal (mengikut Iternary), pengangkutan bas berhawa dingin, lawatan di tempat-tempat menarik di sana beserta seorang Tour Guide yang boleh berbahasa Melayu. Sengaja saya ambil seorang Melayu Champa sebagai Tour Guide bagi memudahkan komunikasi dengan peserta rombongan.

Bagasi semasa pergi ialah 10kg seorang, dan bagasi semasa balik ialah 20kg seorang. Di samping itu Ajwa Travel juga akan menempah makanan dalam flight semasa pergi dan balik nanti.

Jadual flight adalah seperti berikut :-

TARIKH SEKTOR NO
FLIGHT
MASA
BERLEPAS
MASA
KETIBAAN
29 JUN 2019 KUL / SGN AK 528 1110 1210
02 JUL 2019 SGN / KUL AK 529 1240 1540
reunification palace

Destinasi Lawatan

Hari pertama, ahli rombongan dikehendaki berada di Airport KLIA2 pada jam 7.30 pagi untuk urusan “check in” bagasi dan boarding pass. Flight AK 528 akan berlepas ke Ho Chi Minh pada jam 11.10 pagi dan sampai di sana pada jam 1210 tenghari (waktu tempatan)

Sebaik melepasi Imigresen, ahli rombongan akan disambut oleh Wakil Ajwa di sana iaitu seorang lelaki Melayu Champa yang boleh berbahasa Melayu. Ahli rombongan akan dibawa “check in” hotel terlebih dahulu sebelum dibawa makan tengahari dan juga melawat tempat-tempat bersejarah di Ho Chi Minh seperti Museum Perang, Reunification Palace, Notre Dame dan Pos Office Lama.

pos ofis lama vietnam

Untuk makluman, di sepanjang tempoh lawatan, ahli rombongan akan Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam di Restoran Muslim yang Halal dan terjamin kebersihannya.

Ben-Thanh-market
Ben Thanh Market

Hari ke 2

Selepas sarapan pagi, ahli rombongan akan dibawa ke My Tho yang terletak di Delta Sungai Mekong. My Tho ialah pusat wilayah Tien Giang yang terkenal dengan keindahan orchid dan sawah padi. Ahli rombongan akan menaiki bot menyusuri Sungai Mekong dan singgah di “Orchard Island” sambil menikmati keenakan buah-buah tempatan di sana.

MyTho

Mengikut iternary yang diberikan kepada saya, antara destinasi lawatan pada hari ke-2 ialah melawat Pagoda Vinh Trang iaitu salah satu pagoda purba yang terdapat di dataran Mekong. Tetapi besar kemungkinan aktiviti lawatan di tempat ini saya kecualikan kerana tempat ini ialah seperti kawasan Kuil Buddha yang tidak sesuai dengan falsafah kewujudan Ajwa Travel sendiri. Begitu juga lawatan ke Temple juga ditiadakan dan diganti dengan lawatan ke Masjid yang terdapat di Ho Chi Minh.

Cu_Chi-Tunnels

Hari 3

Lawatan ke Ho Chi Minh tidak lengkap tanpa melawat Terowong Cu Chi yang terkenal iaitu Kubu Pertahanan Tentera Viet Cong semasa Perang Vietnam dengan Amerika dahulu. Maklumat mengenainya ada saya muatkan dalam entry saya sebelum ini di bawah tajuk Terowong Cu Chi – Destinasi Terbaik Pengunjung di Vietnam

Sekembali dari lawatan ke Terowong Cu Chi, ahli rombongan akan dibawa kembali ke bandar Ho Chi Minh. Di Bandar Ho Chi Minh antara tempat-tempat menarik yang dibawa nanti antaranya ialah melawat China Town, melawat City Hall atau berbelanja di Ben Thanh Market.

Jika ada kesempatan, ahli rombongan juga akan dibawa ke Binh Tay Market atau dibawa ke Pusat Jualan Kasut Sukan berjenama seperti Adidas dan Nike.
Kita boleh bawa pulang kasut-kasut sukan yang diperolehi pada harga yang jauh lebih murah berbanding di negara kita.

Hari 4

Selepas sarapan pagi, sementara menunggu masa untuk pulang ke tanah air, ahli rombongan masih ada kesempatan akhir untuk berbelanja di Ben Thanh Market kerana lokasi hotel terletak berhampiran dengannya.

Pendaftaran

Kepada yang berminat menyertai boleh call atau whatsapp nama-nama Peserta  ke no handphone saya 019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822.

Tempat adalah terhad dan mengikut siapa cepat. Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd,

Leave a Reply