Assalamualaikum wbt.

Oleh kerana musim Umrah bermula tahun hadapan, maka ada baiknya saya promosikan Pakej Melawat Jakarta-Bandung untuk bulan Oktober, November dan Disember 2012 ini. Sementelah saya tidak mahu pembaca ingat Hj Iqbal ni hanya fokus Umrah sahaja, sektor non-Umrah tak buat. Untuk makluman, beberapa kali saya telah membawa group melawat Jakarta-Bandung samada Group Keluarga mahupun Persatuan. Sebenarnya melancung ini bukanlah sesuatu yang lagha selagi mana ianya tidak melalaikan kita kepada Allah. Malah kita akan bertambah kagum melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Agung.

Tangkuban Perahu, Bandung

Apa istimewanya Jakarta-Bandung ?

Sebenarnya trip ke Indonesia ini belanjanya murah. Lebih murah dari melawat Kuching atau Kota Kinabalu. Dengan kos yang murah, ahli rombongan bebas untuk berbelanja barangan yang diminati atau hajati selain dari melawat tempat-tempat yang menarik di sana. Kita boleh melawat 2 bandar sekaligus iaitu Jakarta dan Bandung kerana jarak perjalanan 2 kota ini hanya mengambil masa sekitar 3-4 jam, bergantung kepada keadaan jalan raya di sana. Makanan di sana juga tiada masalah, halal dan memenuhi selera kita. Tukaran wang juga agak murah iaitu Rupiah 1 juta bersamaan RM330 sahaja. Atau satu kaedah yang selalu saya guna Rupiah ni kena bahagi 3 bila nak convert ke Ringgit Malaysia. Misalnya Rp30 ribu, kiraannya kita buang nilai ribu rupiah kepada 30/3 bersamaan RM 10, lebih kurang.

Keterangan mengenai pakej ini ada saya post dalam entry Non-Umrah di bawah tajuk¬† Tip Melawat Jakarta dan Bandung”¬† Kita boleh pilih samada nak 5 hari 4 malam atau 4 hari 3 malam. Boleh juga 3 hari 2 malam, ikut kesesuaian.

Bagaimana dengan harga ?

Saya lebih suka memberi Harga Ground Handling kerana ianya lebih tetap. Untuk makluman, harga “ticket group” sebenarnya lebih tinggi dari harga tiket yang dibeli secara on-line. Cuma belian tiket online ini akan selalu berubah-rubah bagi belian tiket seterusnya. Kerana itu, harga tiket ahli rombongan pasti tidak akan sama apabila kita beli dengan kaedah ini. Tetapi saya yakin, kaedah ini masih murah berbanding jika kita beli tiket harga Group.

Kerana itu, saya beri pilihan samada tuan/puan boleh beli tiket ahli group secara online dan saya cuma beri sebutharga Ground Handling di sana. Atau saya akan belikan tiket secara online dan ahli Group harus bersetuju jika wujud perbezaan harga tiket sesama mereka dicampur dengan Harga Ground Handling. Dan cara ini sebenarnya lebih menjimatkan. Tetapi jika sudah rancang bila nak pergi, boleh juga minta saya beri satu sebutharga iaitu harga tiket secara group dicampur harga Ground Handling yang mungkin lebih tinggi berbanding kaedah yang saya mentioned awal.

Harga Ground Handling meliputi kos penginapan di Hotel Jakarta dan Bandung, makan minum selama di sana (breakfast di hotel, lunch dan dinner di Restoran Tempatan), pengangkutan dan lawatan di sana termasuk Yuran Masuk sesuatu tempat, Tour Guide dan yang berkaitan. Harga ini tidak termasuk cukai airport di Jakarta semasa balik, bernilai Rp 150 ribu (lebih kurang RM50 sahaja).

Untuk ahli Group 20 orang keatas, bagi 3 hari dan 2 malam ialah RM470 sahaja. Ahli Group menginap sebilik berdua di Jakarta 1 malam dan Bandung 1 malam. Boleh juga sebilik bertiga bagi yang berkeluarga.

Harga untuk 20 orang ke atas

Untuk Pakej 4 hari 3 malam, menginap di Jakarta 1 malam dan Bandung 2 malam ialah RM620 sahaja.

Untuk Pakej 5 hari 4 malam, menginap di Jakarta 2 malam dan Bandung 2 malam ialah RM740 sahaja.

Aturcara Lawatan ?

Bergantung kepada tempoh perjalanan. Jika ada yang berminat, saya akan email cadangan aturacara lawatan mengikut jadual penerbangan yang diambil. Aturcara pasti berbeza untuk flight yang “landing” Jakarta pada sebelah pagi dan petang.

Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya segera kerana tempahan bilik hotel dan tiket flight harus dibuat dari sekarang. Ini bagi memudahkan urusan pengurusan, al-maklum hujung tahun dan musim cuti sekolah pasti berduyun-duyun orang nak bercuti. Tempahan awal boleh mengelakkan kesulitan mendapatkan bilik hotel dan juga harga tiket pasti lebih murah berbanding membelinya saat-saat akhir.

Untuk makluman banyak juga gambar-gambar Lawatan ke Indonesia yang saya upload dalam Facebook saya Muhammad Iqbal Safwan.

18 Replies to “Pakej Melawat Jakarta-Bandung 2012”

  1. Assalam .. minta beri sebut harga utk cadangan lawatan Jakarta -Bandung 4h 3 mlm utk 32 org.. (company trip)..beri harga terbaik .. budget agak rendah

  2. As salam

    RFQ trip to Bandung Dec 28 – 31 2013 for 4paxs. Family trip. Both for ground package and non ground package. tqvm

  3. Salam..bleh tak bg quotation untuk ke Jakarta-Bandung pada 7-11 mei 2013.tapi hotel nak ambil start from 8hb (4H3M) sebab flight saya from Pen-cgk akan sampai tengah malam….untuk 4 org lelaki adults..ground arrangement shj….bajet agak rendah……Komitmen dan kerjasama anda amat diperlukan…tq….

  4. Assalamualaikum, saya nak tahu ada pakej tak dari jakarta ke bandung pada 11mac 2013 (1 malam) dan balik ke jakarta (1 malam) – 13mac 2013 balik ke Malaysia. (utk 8 0rg – family)?

    1. insyaaAllah saya reply sekembali dari menunaikan umrah. email pada saya tarikh nak pergi dan nama yg mengikuti rombongan

  5. nak pergi jakarta bandung hujung bln 4 utk 4hari3mlm 3dewasa 1kanak2 8tahun 1kanak2 4 tahun boleh emailkan harga ground utk saya

  6. As salam…boleh dapatkn ground utk pakej jakarta-bandung 5H4M 26/10/13-30/10/13..2dewasa 2kanak-kanak..Tiket pergi balik sudah dibeli. Jangkaan tiba di jakarta jam 3.55pm..trima kasih.

  7. As-salam, sy ingin mndptkan quotation & itinerary utk pakej jakarta-bandung 5 dewasa 1 kanak2. Tiket dh beli pada
    KL-Jakarta 22/5/13 4.40 pm
    Jakarta-KL 25/5/13 4.35 pm (Ind)
    Tempat yg ingin dilawati: mangga dua, pasar baru, Rumah mode, FO jln dago, bali heaven, toko 3,tangkuban perahu/kawah putih atau kedua2nya, bali heaven,terminal tas,amanda brownies.
    Tq

Leave a Reply