Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya mahu promote Pakej Melawat Jakarta dan Bandung untuk musim 2013 ini. Seperti yang saya maklumkan dalam entry sebelum ini, kos atau belanja melawat Indonesia khususnya Jakarta dan Bandung sebenarnya lebih murah berbanding lawatan ke Sabah dan Sarawak. Dan boleh jadi lebih murah berbanding pelancungan dalam negara. Ini kerana kita mendapat manfaat akibat dari pertukaran wang dan juga kos sara hidup yang rendah di Indonesia berbanding dengan negara kita.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Rancang dahulu percutian

Jika mahu jimat belanja, kita kena rancang dahulu percutian kita. Sebaiknya pergi secara berkumpulan dan jangan pergi secara individu atau kecil-kecilan. Ini kerana kos Ground Handling di sana amat murah jika bilangan peserta 20 orang ke atas berbanding jika pergi suami isteri sahaja. Maknanya bermula dari sekarang kita kena ajak rakan-rakan atau saudara mara untuk turut sama dalam Kumpulan supaya belanja Ground Handling di sana boleh dijimatkan.

Di samping itu, kita kena set Percutiaan ini untuk tujuan shopping semata-mata atau makan angin dan shopping bukanlah agenda utama. Jika mahu shopping, mungkin kita boleh fokus untuk shopping di Bandung sahaja dan menginap 2 atau 3 malam supaya puas berbelanja. Atau jika mahu shopping di Jakarta sahaja dan menginap di sana 2 atau 3 amalam juga.  Maknanya kita hanya pergi samada Jakarta sahaja atau Bandung sahaja. Bergantung kepada barangan apa yang mahu dibeli ? Keterangan mengenai Tip atau Panduan Melawat Jakarta dan Bandung ada dalam entry saya terdahulu di bawah tajuk : Tip Melawat Jakarta dan Bandung

Tetapi jika mahu makan angin dan shopping hanyalah sambilan sahaja, ada beberapa pilihan yang boleh kita buat. Samada kita boleh ambil Pakej Jakarta dan Bandung atau Pakej Jakarta, Puncak dan Bandung. Kita boleh melawat 3 tempat sekali gus dalam tempoh 5 hari dan 4 malam. Alang-alang ke sana biarlah ambil masa lama sikit. Cuti sekolah November dan Disember juga panjang. Lagipun jarak Jakarta dan Bandung bukanlah jauh sangat. Perjalanan dengan kenderaan melalui highway mengambil masa 3 hingga 4 jam sahaja (jika lebuhraya tidak sesak).

Keterangan mengenai tempat-tempat menarik di Jakarta dan Bandung ada saya post dalam entry terdahulu di bawah tajuk Tempat-tempat Menarik di Jakarta  dan Tempat-tempat Menarik di Bandung

Sebaiknya kita ambil flight yang landing di Jakarta Airport. Selain dari harga tiket yang lebih murah berbanding ke Bandung, kita sebenarnya ada banyak pilihan Jenis Penerbangan dan juga kekerapan flight berlepas. Kita boleh pilih samada MAS, Air Asia, Garuda atau KLM. Jika nak selesa dan mungkin balik dengan barang yang banyak boleh pilih MAS. Walaupun tambangnya mungkin mahal sedikit berbanding AirAsia tetapi kita dapat manfaat dari segi bagasi. Tiket AirAsia memang murah tetapi bagasinya kena caj dan silap perhitungan mungkin kosnya lebih mahal berbanding jika ambil ambil flight yang lain. Flight KLM biasanya tambangnya agak murah juga, tetapi saya tidak suka jadual berlepas yang agak lewat pada sebelah petang. Sampai Jakarta dah menjelang Maghrib dan rugi masa kerana tidak dapat adakan lawatan pada hari pertama lagi.

Berapakah Kos Ground Handling di Jakarta dan Bandung ?

Kos Ground Handling ini meliputi kos sewa bilik hotel penginapan di Jakarta dan Bandung ( hotel 3 bintang), sajian makanan seperti dalam Itinerary (biasanya breakfast di Hotel, manakala lunch dan dinner di Restoran Tempatan), pengangkutan dan lawatan, Tour Guide, Yuran Masuk Tempat Lawatan dan yang berkaitan dengannya. Kos ini tidak termasuk belanja peribadi atau lawatan yang tidak ada dalam aturcara, cukai aiport di sana, tip untuk Tour Guide dan juga surcaj (jika Peak Season)

Berikut ialah Harga Ground Handling untuk Kumpulan seramai 20 orang ke atas, bagi Pakej 3 hari dan 2 malam.

  • Pakej Jakarta sahaja (2 malam) ialah RM 450/seorang.
  • Pakej Jakarta (1 malam ) dan Bandung (1 malam) harganya ialah RM 465/seorang.
  • Pakej Bandung sahaja (2 malam ) ialah RM 470/pax.

 

Harga Ground Handling untuk Kumpulan seramai 20 orang ke atas, bagi Pakej 4 hari dan 3 malam.

  • Pakej Jakarta sahaja (3 malam ) ialah RM 550/seorang.
  • Pakej Jakarta (1 malam), Puncak (1 malam), Bandung (1 malam) ialah RM 600/seorang.
  • Pakej Jakarta (1 malam) dan Bandung (2 malam) ialah RM590/seorang.
  • Pakej Bandung sahaja (3 malam) ialah RM 590/seorang.
  • Pakej Bandung (3 malam) termasuk Trans Studio harganya ialah RM 670/seorang.

 

Harga Ground Handling bagi Kumpulan seramai 20 orang ke atas, bagi Pakej 5 hari dan 4 malam ialah seperti berikut:-

  • Pakej Jakarta (2 malam), Puncak (1 malam) dan Bandung (1 malam) ialah RM740/seorang.
  • Pakej Jakarta ( 2 malam), dan Bandung (2 malam) ialah RM 710/seorang.

 

Sebenarnya harga yang ditawarkan adalah termurah di pasaran. Jika berhajat segera hubungi saya atau isteri Hajah Norhayati di 019-341 8822 atau boleh emel ke alamat hjiqbal@ajwatravel.net atau datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd yang terletak di Lot 304, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji, Klang.

Jumpa lagi.

 

 

31 Replies to “Pakej Melawat Jakarta dan Bandung 2013”

  1. Assalamualaikum tn. haji, bagaimana kalau saya hendak pergi ke jakarta dan bandung tetapi joint dengan group lain untuk nov/dis 2013?

    1. emel pada saya nama2 yg ingin menyertai..jika dah cukup orang saya maklumkan supaya boleh buat group dan harga lebih murah

  2. pakej 4hari 3 mlm. 1mlm di jakarta 2 mlm dibandung untuk 2org shj rm brp.ada x group yg pg 14-17 sept yg boleh saya join

  3. salam tuan haji…sy nk pakej 5hari4mlm ke bandung-jakarta utk 4org tp nk join group lain supaya lbh murah…sy nk pergi dlm bln dis 2013

    1. pakej 5 hari dan 4 malam jika ada 4 org kos memang agak tinggi. jika ada kawan-kawan yg boleh diajak sama boleh jadi lebih rendah. kos seperti yg dinyatakan pada entry yg berkenaan

  4. salam tuan haji…saya ingin join group ke jakarta – bandung 2 hari jakarta 2 hari bandung. saya 2 dewasa dan sorg kanak kanak. kalau mencukupi untuk join group dapat harga murah kan? so saya bercadang untuk pergi hujung tahun nie…cuti sekolah bulan 12. kalau ada kekosongan untuk join bagi mencukupkan group …harap inform saya ye beserta harga nya. TQ tuan haji

  5. salam haji….saya nk tanya kalu pakej 4 hari 3 mlm untuk 10 org ke jakarta bandung berapa ye….saya nak tahu harga termasuk hotel n tiket flight

  6. assalam..tuan sya nk tnya pakej percutian ke bandung utk 2orang shaja, pada 17 nov 2013. boleh bagi itenary dan jadual perjalanan..thanks

    1. assalam awak,,awak tinggal dimana ya..?saya juga mahu ke bandung mungkin lepas raya ini..

      kepada tuan haji,,assalam,,bagaimana ye..?saya juga mungkin 2-4 orang mahu ke bandung dalam tarikh lepas raya sebelum bulan 9..

  7. Wah murahnya…. saya akan pergi ke Jakarta Bandung pada Nov 2013. 5hari 4malam.. next time nak guna khidmat travel n tours enciklah..

  8. Assalam Haji..
    sy nk tanya berapa yea harga pakej ke jakarta+bandung dlm 4H3M kalu sy sekeluarga dalam 8 org dewasa dan seorg kanak2 nk pergi?

  9. Tn. Hj.. Nak tanya, sy bercadang nak ke Indonesia pd hujung Disember 2013 ni.. Mgkn selama 6H5M.. Family trip ke Jakarta-Bandung.. 4 hari di Bandung dan 2 hari di Jakarta.. Kami ada 5 dewasa, 1 kanak-kanak (10 tahun) dan 1 baby (2 tahun).. Berapa kos keseluruhan dan per person ye?

  10. Assalamuaalaikum saya norin, nk tanya kalau kami seramai 40 org ingin ke jak=
    arta 1 malam dan bandung 3 mlm termasuk trans studio brp harga yg kami dpt u=
    tk seorg?? Ingin ke sana awal bulan  oktober ini.

  11. as salam…sya brhajat nk bwk my famili ke Trans Studio di Bandung pd bulan dis 2013 ni. 6 org (4 dewasa 2 bwh 12thn)…klu trmasuk flight ticket brapa?

  12. saya ingin bertanya adakah syarikat pelancungan tuan mengadakan trip keJakarta – Bandung pada 22/11/13 – 26/11/13. Sekiranya ada saya dan suami bercadang mengikut group tour yang tuan kendalikan. Berapakah kos lawatan tersebut secara pakej (tambang, hotel dan makan minum?

  13. Slam Tuan Haji saya nak ke jkrta pck bandg tahun depan bulan mei pekej 5d 4n bolih bagi full pakej hrga utk 4dewasa 1kanak2 bwh umur 2thn dan bolih x saya join dengan org lain sbb saya first time ni ke luar negara

  14. Assalamualaikum tn. hj sy nk tahu harga bg pakej percutian ke bandung 4hari 3mlm pada 21 dis -24 dis 2013
    utk 7org dewasa 4org kanak usia 2-4thn dan seorg bby baru masuk sethn.

  15. Salam haji , saya nak ground tour shj d jakarta & bandung, makan , hotel dah ada, 2 mlm d jakarta dan 2 malam d bandung, termasuk lawatan ke puncak, tolong email saya harga anggaran. Tk

  16. sy nak tanya ttg pakej ke jakarta-puncak-bandung 5h 4m utk 5 dewasa 1 kanak2 pd 26-30/11/2016..flight KL-CGK pd jam 7.25am dan CGK-KL pd jam 18.25pm

Leave a Reply