Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri.

Saya mohon maaf kerana lama tidak menulis dalam blog ini sehingga ada yang menghantar email mengharapkan saya dapat menulis sesuatu yang baru dalam blog ini. Dan ramai juga yang menghantar email bertanyakan Sebutharga Umrah untuk musim 2013.

Kali ini saya akan memperkenalkan Pakej Umrah Super Ekonomi dengan penerbangan Royal Brunei. Sungguhpun begitu Ajwa Travel akan tetap menawarkan Pakej Umrah Idaman yang semakin mendapat sambutan,  malah kini saya akan kategorikannya kepada Idaman 1 dan Idaman 2. Pakej Umrah Idaman saya akan ceritakan selepas ini, insyaAllah.

Kenapa Super Ekonomi ?

Saya harus menerima hakikat bahawa Pakej Umrah Harga Rendah masih dan sampai bila-bilapun akan tetap menjadi pilihan ramai orang, terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin menunaikan Umrah. Ramai sahabat di sebelah Utara Semenanjung memberitahu kepada saya bahawa di kawasan mereka Pakej Umrah Murah tetap menjadi pilihan. Jauh tidak mengapa, asalkan dapat menunaikan Umrah dan bersolat di Masjidil Haram. Kerana itu saya merasa amat wajar jika saya mempromosikan Pakej Umrah Super Ekonomi tetapi cuba memberikan kualiti perkhidmatan yang boleh memuaskan jemaah. InsyaAllah.

Bagaimana caranya?

Pemilihan kapal terbang.

Tidak seperti Pakej Umrah Harga Rendah yang biasa mengambil flight dari negara Bangladesh, Pakistan, India atau Sri Lanka, Ajwa Travel memilih flight dari negara kaya Brunei Darul Salam. Flight Royal Brunei adalah jenis yang baru, agak luas dan pasti canggih. Almaklum negara Brunei pasti nak jaga standard mereka.  Kenapa pilih Royal Brunei ? Ini kerana tiket penerbangannya secara relatif lebih murah berbanding Saudi atau MAS.

Pemilihan hotel penginapan

Senario yang berlaku di Makkah kini memperlihatkan bangunan hotel lama dan murah serta hampir dengan Masjidil Haram semakin pupus akibat dari Proses Pembangunan Semula Makkah. Kawasan Misfalah yang sebelum ini begitu popular kepada jemaah Malaysia turut menerima nasib yang sama seperti kawasan Samiah dan Ghazzah. Di kawasan Ghazzah runtuhan bangunan sehingga hampir dengan kawasan Maala iaitu kawasan Perkuburan di Makkah. Yang belum dirobohkan ialah kawasan Ajyad. Dan saya yakin hotel-hotel kawasan Ajyad pasti akan meningkat harganya untuk musim umrah 2013 ini.

Saya sedia maklum, jemaah Malaysia amat tidak suka dengan hotel yang jauh dari Masjidil Haram. Kebanyakkan rungutan jemaah Umrah kerana penat berjalan kaki disebabkan hotel yang jauh dengan Masjid. Demi mendapatkan ramai jemaah, banyak penganjur pakej yang menyembunyikan fakta dengan mengatakan hotel penginapan mereka dekat dengan Masjid. Jarak 800 meter dikatakan 200 meter sahaja. Bila dah sampai Makkah, baru tahu kenyataan yang perlu dihadapi. Nak marah pun dah tak da makna, malah boleh menjejaskan fokus kita untuk beribadah pula nanti.

Ajwa Travel memilih hotel yang jauh dari Masjidil Haram iaitu di kawasan sebelah terowong nak menuju ke Mina. Cuma kelebihannya pihak hotel menyediakan bas ulang-alik  untuk ke Masjidil Haram melalui kawasan terowong khusus untuk kenderaan hotel sahaja. Kenderaan awam lain tidak dibenarkan melaluinya. Perjalanan dari hotel ke Haram akan mengambil masa 5 minit sahaja. Bas akan berhenti di kawasan Perhentian Bas lama iaitu berhampiran dengan bangunan kelahiran Nabi atau Perpustakaan lama. Jemaah cuma berjalan kaki sekitar 100 meter sahaja menuju ke Haram. Nak balik ke hotel juga tidak jadi masalah. Bas hotel sentiasa berulang alik dari hotel ke Haram selang 10 minit. Sungguhpun hotel jauh dari Haram, tetapi jemaah insyaAllah tidak letih berjalan kaki ulang alik ke Masjidil Haram. Tambahan pula kawasan Tandas Awam juga berhampiran dengan tempat menunggu bas. Untuk makluman, jemaah akan masuk ke Masjidil Haram melalui kawasan Saie.

Dan saya rasa lebih baik cara ini berbanding dengan pendekatan mengambil hotel yang jemaah kena berjalan kaki sekitar 300-500 meter ke Haram. Tambahan pula, pasarana hotel juga amat menarik. Bangunan hotel yang cantik, bilik penginapan yang selesa dan boleh menempatkan 1000 orang dalam satu masa selain dari kemudahan dewan makan yang luas.

Bangunan hotel yang dicadangkan

Berapa Harganya dan bila?

Ajwa Travel menawarkan harga RM 5800 sahaja untuk Pakej Super Ekonomi ini untuk penginapan sebilik 4 orang. Tambahan RM 250 seorang untuk bilik bertiga dan tambahan RM500 seorang untuk bilik berdua. Jika berminat, boleh berikan nama dahulu untuk tujuan pendaftaran. Bayaran tidak semestinya dibuat sekarang. Masa pun lama lagi. InsyaAllah saya merancang Pakej Umrah Super Ekonomi ini berlepas sekitar 15hb Februari 2013.

Nama-nama boleh dihantar melalui sms ke handphone saya 019-350 5395 atau email saya hjiqbal.safwan@gmail.com. Begitu juga jika ada yang berminat untuk menjadi Agen Umrah, Ajwa Travel mengalu-alukan. Jangan segan hubungi saya di no handphone yang diberi di atas.

InsyaAllah saya akan post pula tajuk Umrah Idaman 1 dan Idaman 2 selepas ini…Jumpa lagi dan Wassalam.

14 Replies to “Perancangan Umrah Super Ekonomi 2013”

  1. Assalamualaikum tuan Hj. Iqbal…. setelah membaca banyak manfaat yang saya dapat begitu juga saya sangat berminat untuk menunaikan umrah Insya Allah tahun 2013 melalui pakej yang ditawarkan oleh Ajwa Travel. Untuk makluman saya tinggal di Melaka..jadi mungkin beberapa program sebelum menunaikan umrah tak dapat hadir.. Oleh itu sekiranya ada kesempatan saya ingin berkunjung ke Ajwa Travel bagi mendapatkan beberapa maklumat lanjut.
    Sekian, Terimakasih,. Hj.Ismail

  2. Asslmualaikum tn.haji…dari apa yang tn hj ceritakan agak mnarik perhatian saya..Jadi ada tak pakej umrah yang tn hj sediakan pada 20@21@22 MAC 2013..macm mana dengan bilangan hari di sana..harap makluman tn haji..

    1. waalaikumussalam. bil hari di Madinah ialah 4 hari dan 3 malam dan selebihnya di Makkah. insyaAllah saya sedang usahakan tiket dari 21hb Mac hingga 3hb April 2013. saya nasihatkan hantar nama-nama jemaah utk mudah saya booking seat

  3. assalamualaikum Tn Haji..saya ada berniat untuk membawa kedua ibu bapa, suami serta 4 orang anaksaya(10bln/5 thn/9 dan 10 tahun) menunaikan umrah pada tahun ini..tetapi saya agak kurang arif mengenai pakej2 umrah yang ditawarkan. jumlah harga bilik yg dinyatakan itu adakah termasuk kesemua harga pakej yg dinyatakan? ataupun harga bilik lain, pakej umrah lain? saya harap pihak tuan sedia membantu saya dan berapakah sebenarnya kos yg perlu saya tanggung untuk kesemua pergi dan balik .. harap pihak tuan dapat membantu

    1. waalaikumussalam. harga yg ditawarkan ialah all in iaitu meliputi kos flight seat ekonomi pergi dan balik, hotel penginapan di Makkah dan Madinah, makan minum di tanah suci, lawatan makkah dan madinah serta pengangkutan, belanja pengurusan visa dan kos yg berkaitan. Mengenai harga umrah ianya bergantung kepada jenis atau standard yg diambil samada Umrah Idaman atau Umrah Super Ekonomi, musim biasa atau cuti sekolah atau Ramadhan, jenis bilik samada tinggal sebilik berdua atau bertiga atau berempat, bilangan hari semasa di tanah suci dan jenis flight yg diambil. sila rujuk kepada website http://www.ajwatravel.net

  4. Salam, ada pakej cuti sekolah disember? Saya hanya perlu untuk perjalanan , htel dan makan minum sahaja, tanpa ziarah.

    1. waalaikum salam. Pakej disember bergantung kepada kelulusan visa. Untuk cuti sekolah Mac 2014 memang ada..boleh berhubung terus dgn saya atau melalui emel

    1. jemaah dari brunei atau rakyat brunei perlu mendapatkan visa dari brunei. namun untuk menguruskan ground handling di sana boleh saja, insyaAllah. Atau jika ada group yang ramai, pihak Ajwa juga boleh menguruskannya tetapi urusan visa memang kena buat di Brunei.

Leave a Reply