Assalamualaikum wbt.

Ramai yang menghantar email kepada saya meminta penerangan lebih detail mengenai Umrah Idaman ini. Dan bila Pakej Umrah Idaman ini berlepas ke tanah suci. Kali ini suka saya perincikan beberapa ciri utama Umrah Idaman 1 dan 2, persamaan dan perbezaan kedua-duanya. Penerangan ini berdasarkan apa yang saya rancang, semoga Allah merestui dan mempermudahkan.

Saya merancang Pakej Idaman 1 dan Idaman 2 ini berlepas pada 22hb Februari 2013 untuk kumpulan yang pertama. Selanjutnya, group kedua pada 15hb Mac 2013. Dan untuk bulan April pada 5hb April 2013.  Jika jemaah melebihi 40 atau lebih (muatan satu bas), mungkin saya akan pilih beberapa tarikh yang lain, samada flight MAS atau Saudi.

Persamaan Umrah Idaman 1 dan 2

Pemilihan Jenis Penerbangan

Idaman 1 dan 2 akan menaiki flight direct dari KLIA ke Madinah.  Samada flight Saudi atau MAS. Dan jika MAS akan menaiki flight Charter yang dijangka berlepas pada jam 10 pagi dan sampai jam 2.30 petang (waktu Madinah) pada hari yang sama. Saya suka jadual flight sebegini. Pertama, jemaah akan bergerak ke airport selepas Subuh. Satu kebaikan apabila kita memulakan langkah kita seawal pagi. Kedua, masa sampai di Madinah bersesuaian dengan masa “check in” hotel iaitu jam 2 petang. Jemaah boleh berehat di bilik dan sebelah malamnya boleh ikhtikaf di Raudhah dalam Masjid Nabawi.

Jika memilih flight Saudi, kelazimannya flight berlepas jam 3 petang dan sampai di Madinah jam 6 petang (waktu tempatan).

Jumlah peserta untuk Idaman 1 ialah 45 orang, sesuai untuk muatan satu bas. Jumlah Idaman 2 juga 45 orang. Setiap group akan diketuai oleh seorang Petugas Ajwa Travel.

 

Hotel Penginapan di Madinah

Idaman 1 dan 2 akan menginap di Hotel Ansar Golden yang lokasinya paling hampir dengan pagar Masjid Nabawi. Jemaah wanita paling dekat nak ke Raudhah. Berhampiran hotel ini ada deretan KUDU yang ada beberapa kedai makan, money exchange, kedai runcit dan farmasi. Maklumat mengenainya ada saya post bawah tajuk Umrah Idaman  – Madinah sebelum ini.

Hotel Ansar Golden di Madinah

Aktiviti Ziarah Madinah dan Makkah

Idaman 1 dan 2 juga akan mengikuti program ziarah yang sama di tanah suci. Di Madinah ada program Ziarah Dalam dan Ziarah Luar Madinah. Manakala di Makkah, diadakan program Ziarah Manasek dan Ziarah tambahan Hudaibiyah. Maklumat mengenainya pembaca boleh dapatkan di entry saya sebelum ini.

Makan Minum di Madinah

Idaman 1 dan 2 juga akan makan 3 kali sehari di Dewan Makan hotel Ansar Golden. Sarapan pagi selepas solat Subuh. Lunch selepas solat Zuhur dan Dinner selepas solat Isyak.

 

Perbezaan Idaman 1 dan 2

Hotel Penginapan di Makkah

Idaman 1 akan menginap di hotel samada Retaj al-bayt atau Safwah Royale Orchid. Kedua-dua hotel ini paling hampir dengan Masjidil Haram. Sekiranya kedua-dua hotel ini tidak berjaya diperolehi, alternatif lain ialah di Dar Eiman atau Ghufran dalam bangunan Safwah Tower. Alternatif lain ialah di Movenpick dalam bangunan Zamzam Tower.

Idaman 2 pula akan menginap di hotel Fairmont dalam bangunan Zamzam Tower. Lokasi bilik-bilik hotel ini ialah di bawah Jam Besar Zamzam Tower. Jarak hotel ini jauh sedikit dari hotel-hotel Idaman 1. Kerana itu Idaman 2 lebih murah sedikit dari Idaman 1.

Makan Minum di Makkah

Idaman 1 akan sarapan pagi di hotel penginapan masing-masing. Manakala “lunch” dan “dinner” akan makan di Restoran d’saji Felda di tingkat 2 dalam bangunan Safwah Tower. Kecuali hotel Retaj al-bayt, jemaah akan “lunch” dan “dinner” di hotel berkenaan. Ini kerana hanya hotel Retaj membenarkan makanan luar dibawa masuk.

Tiada “lunch” dan “dinner” untuk Idaman 2. Hanya sarapan pagi di hotel penginapan. Jemaah bebas untuk makan di mana-mana restoran yang digemari. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jarak hotel Fairmont yang agak jauh untuk ke Restoran d’saji Felda menyebabkan ramai jemaah yang tidak pergi makan. Bagi menjimatkan maka kos makan dan minum ditiadakan dalam pengiraan kos Idaman 2. Kerana itu harga Pakej Idaman 2 lebih jimat antara RM500 – RM800. (Harga muktamad belum diputuskan lagi).

Harga Idaman 1 dan 2

Idaman 1 dianggarkan sekitar RM7500 seorang untuk jenis sebilik berempat (bilik Quad). Tambahan RM500 untuk memilih bilik Triple dan tambahan RM1200 seorang untuk bilik Double.

Idaman 2 pula harganya lebih rendah antara Rm500 hingga RM800 dari harga Idaman 1.

Pembaca boleh melihat gambar-gambar Hotel Ansar  Golden Madinah dan hotel-hotel Pakej Idaman di Makkah pada entry saya terdahulu di bawah tajuk  Gambaran Pakej Umrah Idaman

Kepada yang berminat untuk menyertai Idaman 1 atau Idaman 2, sila daftar ke email saya hjiqbal.safwan@gmail.com dengan memberi nama-nama peserta, no telefon atau handphone jemaah (untuk mudah dihubungi). InsyaAllah saya akan hubungi semula bakal-bakal jemaah untuk urusan selanjutnya.

Jumpa lagi, insyaAllah.

3 Replies to “Persamaan dan Perbezaan Idaman 1 dan 2”

  1. Saya berminat untuk mengikuti umrah idaman tetapi proses untuk mendaftar agak lewat sedikit kerana kekangan bajet yang saya jangka akan dapat dipastikan pada bulan disember nanti… Adakah program umrah idaman ini akan diadakan lagi selepas bulan feb 2013 iaitu selepas pakej yang pertama selesai. t. kasih

  2. Berminat utk tau harga pakage idaman 1 atau 2. Saya berminat utk package yang pendek harinya dan possible tarikh. Terima kasih

Leave a Reply