Assalamualaikum wbt.
Ramai yang bertanya dan ingin mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Pakej Umrah Idaman 2 untuk bulan Disember 2015 ini sebelum membuat keputusan untuk mendaftar. Oleh hal yang demikian ada baiknya saya huraikan dengan lebih detail bermula dari pemilihan flight dan jadual berangkat ke Tanah Suci.
Ajwa Travel telah menempah tiket Penerbangan Airasia X yang akan berlepas mengikut ketetapan seperti berikut :-
Jemaah harus berada di KLIA 2 pada 14hb Disember 2015 pada jam 11.30 malam untuk urusan “check in” bagasi dan mendapatkan “boarding pas”. Flight Airasia X (Airbus 330) akan berlepas pada 15hb disember 2015 jam 2.35 pagi dan dijangka sampai di Jeddah pada jam 7.25 pagi (waktu Jeddah). Perjalanan mengambil masa 9 jam.
Ada yang ragu-ragu mengenai keluasan “seat” yang dikatakan sempit berbanding flight yang lain. Jangan samakan flight Airasia dengan Airasia X. Ianya amat berbeza. Flight Airasia hanya ada 6 seat dalam satu baris dan hanya 1 laluan. Tetapi flight Airasia X ini jenis Airbus330 yang mempunyai 9 seat dalam satu baris dan ada 2 laluan.
Dari segi keluasan, “seat” Ekonomi Airasia X berbanding flight yang lain lebih kurang sama sahaja. Jika ada beza pun dari segi “entertainment” kerana seat Airasia X tidak ada monitor TV. Tapi pada saya ianya bukan satu masalah besar pun. Lagi pun kita digalakkan tidur dan berehat sepanjang tempoh penerbangan.
Seat Premium
Jika nak selesa lagi, jemaah boleh ambil “seat Premium” ala Business Class dengan membuat sedikt bayaran tambahan. Tetapi Seat Premium ini ada 12 sahaja dalam satu flight. Jika berhajat kena buat booking awal.
Sajian Makanan dalam flight
Dalam flight (pergi dan balik), jemaah akan diberikan Makanan 2 kali iaitu ketika selepas berlepas dan sebelum mendarat. Menu makanan sama seperti yang ada dalam flight Airasia yang lain (seperti gambar di atas) dan diberikan air Mineral sebotol saiz 500ml. Pengalaman saya menu makanan yang disajikan sememangnya lazat dan mengenyangkan.
Tiba di Jeddah
Semua jemaah yang mempunyai Visa Umrah akan ditempatkan di Terminal Haji. Tidak kira flight apa yang kita naiki. Kecuali flight Saudi yang ditempatkan di Terminal Saudi. Tetapi pada musim cuti sekolah baru-baru ini jemaah flight Saudi juga ditempatkan di Terminal Haji untuk urusan “check in” Imigresen dan pengambilan bagasi.
Perjalanan ke Madinah dahulu
Oleh kerana penerbangan balik ikut Jeddah, maka jemaah akan dibawa masuk Madinah dahulu. Jemaah akan menaiki Bas Persiaran Eksklusif ( jenis engine Mercedes). Ada juga Bas Persiaran yang cantik seperti jenama KingLong, tetapi ia buatan China dan kurang menyakinkan saya dari segi keselesaan semasa perjalanan.
Perjalanan dengan bas dari Jeddah ke Madinah biasanya mengambil masa sekitar 6 jam. Dan insyaAllah jemaah akan sampai di Kota Madinah selepas Zuhur dan boleh mengerjakan Solat Asar di Masjid Nabawi pada Hari Pertama lagi.
Hotel Madinah
Jemaah akan ditempatkan di Hotel Ansar Golden. Lokasi hotel ini yang paling hampir sekali dengan Masjid Nabawi (bersebelahan Hotel Oberoi di sebelah kiri dan Hotel Dar Salam di sebelah kanan). Berhampiran hotel ini juga ada banyak kedai makanan, money changer dan Farmasi serta kedai runcit.
Hotel Ansar Golden di Madinah (sebelah kiri gambar)
Jemaah akan menginap selama 4 hari dan 3 malam di Madinah. Dan semasa di Madinah, jemaah akan dibawa ke Program Ziarah Dalam dan Ziarah Luar Madinah. (Maklumat mengenainya ada pada entry terdahulu)
Jemaah disediakan makanan 3 kali sehari di Hotel ini iaitu Sarapan Pagi selepas Solat Subuh, makan tengahari selepas Solat Zuhur dan Makan Malam selepas solat Isyak. Sajian makanan disediakan oleh pihak Hotel.
Perjalanan ke Makkah
Jemaah akan mula “check out” Madinah selepas makan tengahari dengan berpakaian Ihram kerana akan berniat Umrah di Masjid Bir Ali ( 7km dari Madinah). Perjalanan dengan bas dari Madinah ke Makkah akan mengambil 6 hingga 7 jam dan dijangka sampai Makkah selepas waktu Isyak.
Selepas jemaah mendapatkan bilik masing-masing, seorang Mutawif akan membantu jemaah untuk mengerjakan Tawaf dan Saie bagi menyempurnakan ibadah Umrah.
Hotel Anjum di Makkah
Pengalaman menginap di Hotel Anjum pada bulan Disember 2014 amat memuaskan hati saya. Dan saya percaya jemaah saya pun begitu juga. Seperti gambar di atas, bangunan tambahan Masjidil Haram kini telah siap dan boleh digunakan oleh jemaah. Ini menyebabkan jemaah dari Hotel Anjum berjalan kaki masuk ke Masjidil Haram amat dekat sekali (50 meter sahaja).
Yang seronok dan melegakan, jemaah amat santai sekali berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram dan tidak perlu bersesak-sesak seperti yang berlaku di kawasan hadapan Zamzam Tower. Bayangkan bagaimana tak sesak kerana di kawasan tersebut terhimpun jemaah yang datang dari 3 penjuru menuju ke Masjidil Haram iaitu dari arah Ajyad, arah bangunan Zamzam Tower dan arah Misfalah.
Sedangkan dari arah Hotel Anjum hanya ada Hotel Anjum dan Hotel Kenzi sahaja. Dengan siapnya bangunan tambahan, ianya amat menyenangkan jemaah untuk masuk ke Masjidil Haram dan menuju ke kawasan Mataf (Dataran Kaabah)
Pasarana Hotel Anjum
Hotel ini mempunyai kawasan Parking Bas dan kawasan menunggu yang luas. Jemaah amat santai menunggu bas di kawasan Parkir untuk urusan Ziarah. Tidak seperti di Hotel 5 bintang yang lain di mana jemaah harus menunggu bas sebelum bas sampai kerana tidak ada kawasan parkir bas.
Laluan Menuju ke Masjidil Haram
Jemaah akan menuruni Escalator (kawasan berbumbung dalam gambar di atas) dan berjalan kaki lebih kurang 50 meter dari bangunan Hotel Anjum sebelum memasuki Pintu Masjidil Haram yang baru.
Lif di Hotel Anjum juga banyak. Tak silap saya ada 10 lif di sebelah kiri dan 10 lif di sebelah kanan. Maknanya jemaah tidak menunggu lama untuk mendapatkan lif.
Keadaan bilik tidur di Hotel Anjum juga selesa (sama seperti Hotel 5 bintang yang lain). Disediakan kemudahan TV, peti ais, Wifi dan cerek letrik untuk mendidihkan air. Juga disediakan bekalan air mineral, gula, kreamer, kopi dan teh dan jika habis jemaah boleh mendapatkannya dari petugas “room servis” yang setiap hari akan membersihkan bilik. Jemaah juga boleh menukar cadar atau tuala mandi jika mahu.
Sajian Makanan di Hotel Anjum
Untuk makluman, dewan Makan di Hotel Anjum amat luas sekali kerana ia terletak di satu tingkat di dalam bangunan Hotel Anjum. Oleh kerana harga makanan di Hotel 5 bintang ini amat tinggi, maka Ajwa memutuskan untuk mengambil makanan 2 kali sahaja sehari iaitu untuk Sarapan Pagi dan Makan Malam.
Sarapan Pagi bermula selepas selesai Solat Subuh hingga jam 10 pagi. Terlalu banyak juadah makanan yang disediakan. Pengalaman saya makan di Hotel 5 bintang di Makkah, saya berani katakan sajian di Hotel Anjum sememangnya yang terbaik berbanding yang lain.
Untuk makan tengahari, jemaah boleh makan di mana-mana Restoran yang rerdapat di bangunan Makkah Tower, Zamzam Tower atau Safwah. Tetapi pada musim lepas, ramai jemaah yang ambil stok makanan seperti roti dan jem semasa sarapan pagi untuk alas perut semasa tengah hari. Boleh jimat sikit.
Untuk makan malam, ada 2 pilihan iaitu “Asian Food” atau “International Food”. Ajwa memilih Asian Food kerana selain dari harganya yang murah sedikit, sajian makanan Asia ini sememangnya mengikut selera kita orang Malaysia.
Harga Pakej
Untuk sebilik 4 orang harga tawaran ialah RM7500 seorang. Jika mahu menginap 3 orang sebilik harganya ialah RM8000 seorang. Dan untuk sebilik berdua, harganya ialah RM 8700 seorang.
Pendaftaran
Kepada yang berminat untuk menyertai Pakej ini, boleh emel nama-nama penuh jemaah ke emel umrah@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net. Bayaran deposit RM1000/seorang hendaklah di bank in ke Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.
Jangan lupa whatapps slip bank ke talian saya 019-3505395 untuk tindakan seterusnya.
As salam….semoga Allah swt memberkati dan merahmati semua ahli jemaah Ajwa. Kami bersyukur kerana telah berkesempatan menyertai pakej Ajwa. Dan dari pengalaman kami suami isteri dan keluarga, Hj Iqbal telah memberikan perkhidmatan yang amat memuaskan. Tempat tinggal di Anjum adalah yang terbaik pernah kami alami dan jika dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki, kami akan sertai lagi. Wassalam
assalamualaikum…saya dari kota bharu…nak sertai pakej ni…..macam mana yer…
waalaikum salam. boleh emel nama-nama jemaah ke emel umrah@ajwatravel.net dan buat bayaran deposit RM1000/per orang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Berikan no. handphone utk dihubungi dan whatapss slip bank sebagai bukti pembayaran
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah saya dan suami dpt turut serta dalam trip umrah pakej idaman bersama Tn Hj Iqbal dan isteri, Kak Yati pada bulan Disember 2014. Tn Hj dan kak Yati sangat cekap menguruskan segala keperluan jemaah, dan Hotel Anjum di Mekah ternyata sangat2 mewah dari segi bilik, kemudahan, dan makanan. Berbaloi sangat dengan harga yg ditawarkan. Alhamdulillah.
syukur alhamdulillah kerana berpuas hati dengan servis Ajwa..
tolong berikan saya pakej harga bagi 2 dewasa,1 kanak2 di bwh umur 4 thn & 1 infant di bwh 2 thn.
Pakej Idaman sebilik 2 org dewasa ialah RM8700/pax, kanak-kanak tanpa katil ialah RM5500 dan infant RM1500
Tolong berikan maklumat pakej Idaman hotel Anjum utk cuti sekolah 31 Mei ke 10 Jun 2016. kami 5 orang. bilik berdua dan bertiga.
InsyaAllah akan dimasukkan dalam website ajwa dan blog ini..buat masa ini harga ramadhan belum dikeluarkan lagi, utk makluman cuti sekolah mei dan jun 2016 sudah masuk bulan ramadhan saya rasa.
As slm haji….boleh tak klu kita nak tinggal di mekah 10 hari dan di madinah 3 hari….ajwa travel ada sediakan perhidmatan ground handling tak? Tq
wassalam. Boleh dibuat tetapi ada syarat2 tertentu. Boleh kepada saya untuk dapat lebih pencerahan.
Assalamualaikum Tuan Hj Iqbal,
Boleh tak jumlah hari dipanjangkan iaitu antara 12 – 14 hari. Ada tak pakej zairah turki n umrah pd bulan disember 2016.
waalaikum salam. jika mahu tempoh dipanjangkan kena booking tiket secara individu dan bukan berkumpulan kerana kebiasaannya tiket berkumpulan sudah diset tempohnya sekitar 12 hari 10 malam..maknanya kena umrah secara runcitan..jika mahu insyaAllah Ajwa Travel boleh uruskan..malah ada yang mahu tempoh 30 hari untuk disember 2016 nanti..