Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah setelah sering berada hampir sebulan di Tanah Suci, maka sekembali ke Tanah Air saya mula fokus untuk mempromosi Pakej Umrah Idaman Ajwa Travel pada harga bermula dari RM5980 seorang iaitu harga Pakej Ekonomi tetapi menginap di Hotel bertaraf 5 bintang di Makkah.

Berikut ialah Maklumat Pakej yang berkenaan

Tarikh Pilihan Penerbangan (Bukan Cuti Sekolah)

Promosi Umrah Cuti Sekolah

Pilihan Tarikh Penerbangan Umrah Cuti Sekolah

Pemilihan Penerbangan

Ajwa Travel cenderung untuk memilih Penerbangan Saudi Airlines mengikut 3 jenis sektor iaitu sektor KLIA ke Madinah & Jeddah ke KLIA (Masuk Madinah dahulu dan balik melalui Jeddah) dan sektor kedua iaitu KLIA ke Jeddah & Madinah ke KLIA (masuk Makkah dahulu dan balik dari Madinah) atau sektor yang lebih murah iaitu KLIA ke Jeddah & Jeddah ke KLIA (masuk Madinah dahulu dari Jeddah)

This image has an empty alt attribute; its file name is saudi-flight-1024x695.jpg

Mengapa memilih Ajwa Travel ?

Sebenarnya Pakej Umrah yang ditawarkan oleh Travel Agensi yang ada lebih kurang sama sahaja. Yang membezakan ialah dari segi kualiti servis yang ditawarkan. Jadi apa beza Ajwa Travel berbanding dengan yang lain ?

Tuan Punya Ajwa Travel sendiri bertindak sebagai Mutawwif & Mutawwifah

Kebiasaannya saya dan isteri selaku Pengarah Syarikat Ajwa Travel sendiri yang akan berada di Tanah Suci menjaga jemaah-jemaah Umrah Ajwa Travel. Mengikut kelaziman saya dan isteri akan bersama rombongan Umrah Ajwa yang paling awal dan akan balik ke Malaysia bersama rombongan Ajwa yang paling akhir setelah sebulan berada di Tanah Suci.

Maksudnya ketika rombongan Umrah Ajwa Travel yang paling awal kembali ke Tanah Air, saya dan isteri masih kekal berada di Tanah Suci menunggu rombongan Umrah Ajwa yang kedua dan seterusnya.

Ziarah Raudhah bagi wanita

Hjh Norhayati selaku owner Ajwa Travel akan bertindak sebagai Mutawiffah semasa di Madinah.  Sebenarnya ramai jemaah wanita yang tidak tahu di mana sempadan Raudhah yang sebenarnya. InsyaAllah Hjh Norhayati akan memimpin jemaah wanita Ajwa Travel sehingga mendapat tempat dan dapat solat dan berdoa dalam kawasan Raudhah.

Bagi memudahkan menguruskan jemaah wanita semasa ke Raudhah, Ajwa Travel menghadiahkan Telekung Ajwa untuk dipakai oleh Muslimah bagi memudahkan pengecaman semasa di Raudhah nanti. Dan sebelum memasuki Raudhah, Hjh Norhayati akan memberikan taklimat kepada Muslimah di lobi atau kawasan Hotel Penginapan terlebih dahulu.

Mutawwif Ziarah di Makkah

Kelazimannya saya sendiri yang akan menjadi Mutawwif semasa Program Ziarah Manasek Haji dan Program Ziarah Tambahan Hudaibiyah di Makkah nanti. InsyaAllah saya akan menyampaikan penerangan mengenai Hal-hal yang berkaitan dengan Pergerakan Jemaah Haji dan Hal ehwal Haji semasa Program Ziarah Manasek Haji nanti. Begitu juga mengenai sejarah Perjanjian Hudaibiyah semasa Program Ziarah Hudaibiyah nanti.

Melawat Muzium Haramain

InsyaAllah Ajwa Travel akan mengusahakan untuk mendapatkan Permit untuk lawatan di Muzium Haramain semasa Program Ziarah Hudaibiyah nanti

Ketua Rombongan

Bagi setiap Trip Rombongan Umrah Ajwa Travel akan diketuai oleh seorang Petugas Ajwa yang boleh bertindak sebagai Tour Guide atau Mutawwif. Ini bagi memastikan ahli rombongan merasa selesa kerana ada ketua yang memimpin semasa dalam perjalanan.

Sungguhpun saya dan isteri berada di Tanah Suci bersama-sama jemaah, akan tetapi urusan semasa pergi dan balik jemaah di Airport memerlukan Ketua yang boleh memimpin jemaah. Maksudnya sekiranya berlaku sebarang masalah semasa urusan keberangkatan pergi dan urusan keberangkatan pulang akan ada Petugas yang boleh jemaah rujuk.

Kad Perubatan Jemaah

Setiap jemaah Umrah Ajwa akan diberikan kemudahan Kad Perubatan (Kad Medic Pilgrim) semasa di Makkah. Sekiranya jemaah sakit atau demam atau mengalami masalah kesihatan, jemaah akan dibawa ke Hospital Swasta yang terletak di Tingkat 11, bangunan ZamZam Tower berhampiran Hotel Movenpick. Dengan adanya Kad Medic ini, jemaah boleh mendapatkan khidmat perubatan di Hospital berkenaan secara percuma dan pada bila-bila masa. Hanya perlu tunjukkan Kad Medic ini sahaja dan tidak perlu membawa Pasport semasa pendaftaran.

Bilangan Jemaah Yang Tidak Ramai

Kelaziman setiap ahli rombongan Trip Umrah Ajwa Travel hanya 40 orang sahaja termasuk Ketua Rombongan (Petugas Ajwa). Ini bagi memudahkan kami untuk menjaga dan mengawal rombongan jemaah Ajwa Travel. Selepas rombongan awal ini kembali ke Tanah Air, maka group baru pula akan memasuki Tanah Suci dan begitulah seterusnya.

Saya percaya melalui pendekatan sebegini boleh membantu kami menjaga dan mengawal jemaah dengan lebih berkesan dan hubungan dengan jemaah juga lebih dekat dan mesra.

Hotel Penginapan di Makkah

Keselesaan beribadah di Tanah Suci sentiasa menjadi fokus Ajwa Travel. Kerana itu pemilihan hotel di Makkah begitu diberi perhatian. Yang penting hotel mestilah dekat dengan Masjidil Haram. Dan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram hanya yang bertaraf 5 bintang.

Akan tetapi jika Pakej Ekonomi pun seboleh-bolehnya Ajwa Travel cuba dapatkan hotel yang tidak begitu jauh dengan Masjidil Haram.

Pakej Idaman

Al-Safwah-Royale-Orchid-Hotel

Hotel penginapan ialah di Safwah Orchid atau setaraf dengannya dalam bangunan Safwah Tower dengan pilihan penginapan sebilik berdua atau bertiga atau berempat. Tempoh menginap di Makkah ialah 6 malam.

Manakala baki 4 malam menginap di Hotel Fayrozz Shatta yang terletak paling hampir dengan Pintu 25 Masjid Nabawi iaitu paling hampir bagi jemaah wanita yang ingin ke Raudhah.

Jemaah akan bersarapan pagi di Hotel Safwah Orchid. Pakej promosi ini tidak menawarkan “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda seperti kebiasaannya.

Tetapi jika jemaah mahu kami uruskan “lunch” dan “dinner” di Restoran dsaji Felda yang terletak di Tingkat 2 bangunan Safwah Tower, maka tambahan RM400 seorang dari Harga Pakej yang ditawarkan. Atau jemaah boleh membuat pilihan untuk membeli makanan sendiri di Restoran2 yang banyak terdapat di tingkat 2 bangunan Safwah Tower ini.

Mengapa tidak dimasukkan kos “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda ?

Sebab utama bagi menjimatkan Kos Pakej Umrah Idaman dapat pada harga yang rendah tetapi menginap di Hotel bertaraf 5 bintang di Makkah pada harga Pakej Ekonomi.

Jemaah juga mempunyai kebebasan untuk menikmati menu makanan mengikut pilihan dan selera jemaah di mana2 Restoran yang terdapat di tingkat 2 bangunan Safwah Tower. Tambah menarik jemaah boleh makan mengikut masa yang ia rasa sesuai. 

dsajifelda

Harga yang ditawarkan termasuk kos tiket penerbangan Saudia Airline pergi dan balik, hotel penginapan di hotel 5 bintang di Makkah dan hotel bertaraf ekonomi di Madinah, makan minum di Madinah 3 kali dan Makkah sarapan sahaja di Hotel 5 bintang, bas berhawa dingin termasuk lawatan di Madinah dan Makkah, visa Umrah dan servis perkhidmatan di Tanah Suci.

Pendaftaran

Harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga pada musim 1440H. Kepada yang berminat bolehlah mendaftar awal kerana setiap Trip Umrah hanya terhad kepada 40 orang sahaja.

Pembaca yang berminat untuk menyertai Pakej Umrah yang Ajwa Travel anjurkan boleh hubungi atau whatsapp saya www.wasap.my/60193505395/umrah1441H atau wasap isteri saya Norkhayati www.wasap.my/60193418822/umrah1441H

Leave a Reply