• Overview
  • Itinerary
  • Trip Includes
  • Trip Excludes
  • Price

Banjar masin memang terkenal dengan joolokan sebagai Kota Seribu Sungai. Sesuai dengan aktiviti masyarakat Banjar yang menggunakan jalan ssungai sebagai pengangkutan utama. Tempat-tempat yang menarik juga banyak terdapat disini walaupon kota ini tidak sepopular kota-kota Indonesia yang lain seperti Kota Jakarta, Bali, Jogja atau Bandung.Banjarmasin mempunyai tarikan tersendiri. Sejarah kota dan pahlawan-pahlawan kota Banjar suatu ketika dahulu tak pernah padam dari lipatan sejarah. Ramai pejuang-pejuang yang menentang Belanda ketika dahulu yang menjadi buruan askar Belanda sempat melarikan diri ke Tanah Melayu dan seterusnya menetap di Tanah Melayu hingga ke hari ini. Boleh dikatakan bahawa masyarkat keturunan Banjar yang ada di Malaysia atau Singapore merupakan pejuang-pejuang Banjar ketika dahulu yang gagah berani menentang Belanda. Kota Banjarmasin tidak segah kota Jakarta tapi, masyarakat disini sangat mesra. Anda pasti tertarik pemandangan kiri kanan tebing Sungai Mantapura semasa mudik ke Pasar Terapung tradisional. Pemandangan sepanjang sungai adalah deretan rumah-rumah penduduk Banjarmasin yang dibina ditebing-tebing sungai. Boleh lihat sendiri aktiviti masyarakat disini pada waktu pagi sibuk dengan urusan masing-masing

HARI 1 – BANJARMASIN/LOKSADO  (L/D)

  • Berlepas ke Jakarta sebelum meneruskan perjalanan ke Banjarmasin
  • Tiba di Airport Banjarmasin terus menuju ke Loksado
  • Makan tengahari di Restoran Tempatan
  • Check in Resort di Loksado
  • Makan Malam di Resort

 

HARI 2 – LOKSADO  (B/L/D)

  • Sarapan pagi di Resort
  • Melawat Kampung Dayak dan Rumah Balai Adat
  • Aktiviti Bamboo Rafting di Sungai Amandit
  • Makan tengahari di Restoran Tempatan
  • Kembali ke Banjarmasin
  • Check-in Hotel di Banjarmasin
  • Makan Malam di Restoran Tempatan

 

HARI 3 – BANJARMASIN (B/L/D)

  • Morning call sebelum Subuh
  • Sarapan pagi di hotel
  • Melawat Tempat Perlombongan Intan
  • Makan Tengahari di Restoran Tempatan
  • Melawat Masjid Sabilal Muktadin
  • Makan Malam di Restoran Tempatan

 

HARI 4 – BANJARMASIN  (B/L/D)

  • Morning call sebelum subuh.
  • Melawat PASAR TERAPUNG
  • Sarapan pagi di hotel & check out
  • Dibawa melihat cara perlombongan intan secara tradisional
  • Membeli belah permata dan juga intan permata
  • Melawat Pasar Tradisional Banjarmasin
  • Makan tengahari di Restoran Tempatan
  • Bergerak ke Airport untuk keberangkatan pulang.
  • Start
    End
    Group Size
    Price
     
  • start:
    Group Size: No Size Limit
    price: RM1,950.00 /Person