Assalamualaikum wbt.

Musim Umrah 2013 telahpun bermula. Gembira rasa hati dan rasa tidak sabar untuk memulakan Perjalanan Umrah bagi musim baru 2013 ini. Syukur alhamdulillah sambutan yang Ajwa Travel terima juga menggalakkan. Untuk bulan Februari 2013 Ajwa Travel sudah ada 3 trip yang akan berlepas ke tanah suci. Tak sangka untuk musim 2013 ini, visa Umrah begitu cepat dibuka. Kadangkala terkilan juga kerana tidak setting Pakej Umrah seawal bulan Januari lagi.  Nak mula setting bulan Januari, masa amat suntuk. Tambahan pula tiket sektor Kuala Lumpur ke Madinah telah habis ditempah awal oleh agensi yang berkenaan. Tetapi itulah yang dinamakan rezeki.

Mungkin ada hikmahnya juga saya mulakan Pakej Umrah bermula bulan Februari. Untuk makluman, mulai tahun 2013 ini Kedutaan Arab Saudi telahpun memberi arahan iaitu TIADA LAGI TUMPANG MAHRAM untuk jemaah wanita yang single. Dengan kata lain, jemaah wanita yang ingin menunaikan Umrah mestilah ditemani oleh mahramnya samada suaminya sendiri atau adik beradik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas atau boleh juga bapa saudaranya. Cuma jemaah wanita yang berumur 46 tahun keatas sahaja yang ada kelonggaran dalam peraturan ini. Sebenarnya Peraturan Jemaah Wanita mesti ditemani oleh mahramnya sudah lama digazetkan, cuma pelaksanaannya mungkin agak longgar. Kerana itu ramai jemaah wanita yang tiada mahram tiada masalah untuk menunaikan Umrah sebelum ini.

Tiba-tiba saya dikabarkan dengan berita seperti ini. Pada awalnya memanglah rasa sedih kerana mengetahui ada beberapa jemaah wanita bujang yang tidak dapat menyertai rombongan Umrah yang Ajwa Travel anjurkan. Jika diikut kepada tafsiran akal saya yang cetek ini, memanglah zaman dahulu wajib ditemani mahram. Ini kerana amat merbahaya wanita muda memasuki Makkah menaiki unta seorang diri tanpa mahram. Tetapi zaman sekarang keadaan jauh berbeza. Kini jemaah ke tanah suci menaiki kapalterbang dan juga menaiki bas bersama rombongan yang ramai. Sudah tidak nampak bahayanya. Tetapi peraturan tetap peraturan. Manusia mencipta peraturan untuk kemudahan dan kesenangan semua pihak dan bukan satu pihak sahaja. Tambah lagi jika peraturan Allah, kita wajib patuh dan taat tanpa banyak soal. Pastinya peraturan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya.

Ada beberapa wanita menelefon saya mahu menyertai Umrah bersama Ajwa Travel kerana agensi yang mereka daftar pada awalnya telah “reject” mereka kerana tiada mahram. Mereka menyangka mungkin melalui saya mereka boleh menunaikan Umrah. Saya bukanlah manusia hebat yang boleh buat “magic”. Saya jawab dengan baik, “di mana agensi pun yang kita daftar, jawapan tetap sama. “Tidak boleh” kerana Kedutaan Arab Saudi pasti tidak meluluskan permohonan Visa jemaah yang tiada mahram”. Ikutkan hati memang saya mahu menerimanya. Siapa yang tidak mahu rezeki “masyuk”. Tapi apakan daya, kita harus patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Kasihan kepada mereka yang berkenaan. Pasti hampa dan sedih kerana tidak berpeluang menunaikan Umrah.

Mujur hanya ada beberapa jemaah wanita Ajwa Travel yang terbabit. Jalan penyelesaiannya ialah bawa bersama mahram samada anak lelaki atau adik beradik lelaki. Dalam hati saya untungnya lelaki berkenaan (abang kepada jemaah wanita) kerana pemergian ke tanah suci ditaja oleh adik perempuannya. Alangkah besar pahala adik perempuan kerana menaja kos Umrah Idaman seorang abang. Bukan setakat seorang abang malah bapa kepada pekerja wanitanya juga ditaja demi membolehkan pekerja wanitanya yang ditaja menunaikan Umrah. Syukur alhamdulillah kerana jemaah ini benar-benar percaya “rezeki itu di tangan Allah, pasti Allah akan memberi ganjaran terbaik di atas pengorbanan yang beliau lakukan.” Syabas kepada jemaah berkenaan.

Pasti ada banyak hikmah dari peraturan mahram ini. Sebelum ini pernah berlaku di tanah suci, seorang jemaah wanita tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke Hospital Arab Saudi. Terpaksa lelaki yang ditumpang mahram menemaninya ke Hospital kerana statusnya sebagai mahram dalam visa Umrah yang dikeluarkan. Walhal lelaki ini langsung tidak mengenali jemaah wanita berkenaan. Hanya diperkenalkan di airport bahawasanya ada beberapa wanita yang menumpang mahramnya. Tambah tragis apabila jemaah wanita berkenaan meninggal dunia di Hospital Arab Saudi. Maka sekali lagi jemaah lelaki ini terbabit sama dalam urusan daftar mati pesakit dan pengkebumian. Kasihan kepada lelaki tua ini yang masanya banyak dihabiskan atas urusan yang bukan kena mengena dengan dirinya.

Hakikatnya yang terbaik ialah jika nak pergi umrah bawalah mahram bersama. Cuma bagi jemaah wanita yang langsung tiada sesiapa pun yang boleh dijadikan mahram memang menyulitkan. Sama-sama kita berdoa semoga peraturan ini diberi kelonggaran seperti sebelumnya. Tapi ikut kebiasaan ketika visa Umrah mula dibuka memang selalu berlaku masalah. Mungkin selepas keadaan reda ada sedikit ruang bagi jemaah wanita yang tiada mahram untuk menunaikan Umrah. Saya selalu menganggap “hanya al-Quran sahaja yang tidak boleh diubah, yang lain selagi peraturan dicipta oleh manusia pasti boleh diubah”.

Jumpa lagi dan Wassalam.

 

204 Replies to “Umrah 2013 – Tiada Lagi Tumpang Mahram”

  1. Assalamualaikum. Saya baru dpt berita pasal ni dari pihak travel agent. Sedih sgt tak dapat pergi. Tapi yang peliknya bapa saudara saya turut serta, tapi pihak travel agent ckp still sy tak dapat pergi. Sedangkan ibu, saya, bapa saudara (adik kpd ibu) pergi bersama. Berdasarkan artikel diatas, bapa saudara jugak dibenarkan sebagai mahram. Harap pihak Umrah Idaman dapat beri penjelasan. Terima kasih.

    1. waalaikumussalam. Bapa saudara boleh jadi mahram, yang penting dokumen sokongan seperti salinan sijil lahir bapa saudara dan sijil lahir ayah perlu disertakan bersama bagi menunjukkan kaitan mahram.

  2. Assalamualaikum! Saya pun baru pagi tadi dapat berita ini dari travel agent…sedihnya. Masalah saya lebih kurang macam Nurul cuma yang pergi bersama saya adalah anak buah lelaki saya yang berumur 30 tahun, ibu saya, kakak saya dan abang ipar saya. ( Ibunya adalah kakak saya yang mempunyai ibu yang sama dan bapa yg berlainan. Setahu saya saya dan anak buah lelaki saya adalah blood mahram. Adakah mahram ini pun akan di tolak utk permohonan VISA ?

  3. Assalamualaikum, saya juga salah seorang bakal jemaah yang terlibat dalam situasi tidak dapat pergi disebabkan oleh tumpang mahram. Akan tetapi, saya tetap mempunyai keyakinan dan berharap agar masalah ini akan reda dan akan ada kelonggaran dari pihak kedutaan arab.

    sesungguhnya, kita dizaman millinium bukan dizaman jahiliah yang mana tahap keselamatan dan pemikiran wanita2 dipandang enteng dan dipandang rendah.

    semoga, keinginan serta niat suci murni kami akan ada jalan penyelesaian yang memberi manfaat kepada jemaah bujang seperti kami.

    Harapan yang ada adalah sgt tinggi, semoga ianya diberkati dan dipermudahkan olehNya. Insya-Allah

  4. salam hj…,
    mmg menyulitkan rules yang terbaru ni. Sedih bagi kami kaum wanita.
    saya berdoa semoga di beri kelonggaran oleh kerajaan arab saudi.
    insyallah…………

  5. saya juga mengalami kes yg sama.kami rncng untk pergi waktu cuti sek bln 5..tmbah sedih pemergian kami membawa brsama sahabt kami seorg saudara baru..masih mengharap n terus brdoa mg peraturan ini dilonggarkan..mg dimudahkn urusan kami2 yg bujang untk ke sana…

  6. Assalamualaikum wrt. Bagaimana dengan anak angkat perempuan? Saya dan suami bercadang membawa anak angkat perempuan berumur 6 tahun. Bolehkah beliau mendapat visa? Mohon Haji jelaskan.

  7. Assalamualaikum. Saya memang mengambil anak angkat itu mengikut undang-undang. Saya ada Sijil Anak Angkat dan Akuan Sumpah. Boleh ke Haji tolong confirm dengan Kedutaan Arab Saudi mengenai permohonan visa. Kalau betul boleh dapat visa umrah untuk anak angkat saya, saya berminat dengan pakej cuti sekolah bulan Mei. Berapa kos untuk bertiga sebilik?

  8. Saya berumur 46 tahun pada 22/3/2013 dan insyaalah akan mengerjakan umrah pada 10/4/2013. Saya akan pergi tanpa mahram dan kenyataan tersebut, “Cuma jemaah wanita yang berumur 46 tahun keatas sahaja yang ada kelonggaran dalam peraturan ini”. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan ?

  9. pada cuti sekolah bulan mei ini saya bersama anak perempuan berumur 22 tahun belum berkahwin dan seorang anak lelaki berumur 17 tahun 2 bulan telah mendaftar dengan sebuah agensi bagi mengerjakan umrah. adakah anak perempuan saya dapat ikuti bersama-sama. bagaimana pula dengan anak lelaki saya yang belum mencapai umur 18 tahun.

  10. as salam tn haji, saya ibu tunggal, berhasrat hendak menunaikan umrah dengan mebawa ibu saya, adik lelaki saya dan anak angkat saya, perempuan yang berumur 7 tahun, saya ada dokemun pengangkatan yang sah oleh JPN, bolehkah anak saya memperolehi visa?

  11. hati ini meronta nak pergi, ingatkan nak plan untuk 2014, namun keluar garis panduan baru, Ya Allah berilah aku peluang Ya Allah, walau macam mana sekalipun,..hati terasa ingin memijak lantai marmar Masjidil Haram dan memandang Kaabah, kabulkan lah Ya Allah,

  12. Assalam ustaz…
    Saya nk tanya tentang isu yang sering terjadi pada jemaah haji dan umrah masa kini yang mungkin xramai yang tahu.. contohnya pasal bertahallul bg jemaah wanita. Ada jemaah wanita yang tidak sedar yang mereka tidak bleh memotong rambut wanita lain(niat membantu) sebelum dia sendiri bertahallul. kerana dia sudah melanggar salah satu dr larangan semasa berihram. dan sepatutnya mrk prlu dikenakan dam. Jd sy igin meminta pendpt ust sekiranya ada lg isu & mslh lain yg dihadapi oleh jemaah malaysia yg mnjlnkn ibadah haji/umrah ini.. mgkin dpt mmbntu org lain..T.kasih.. 🙂

    1. untuk makluman, selepas selesai melaksanakan saie, jemaah boleh menggunting rambut jemaah lain walaupun mereka sendiri belum bergunting. Perkara ini pernah saya tanyakan kepada Pakar Rujuk Tabung Haji dan inilah jawapannya.

  13. Assalamualaikum,
    Saya dan famili berhajat menunaikan umrah cuti sekolah ini. Anak saya hanya 2 orang, yang sulong merupakan anak angkat berumur 16 thn tapi dia juga merupakan anak sedara saya sendiri yg saya bela sejak lahir. Saya cuma ingin tahu mengapa walaupon saya sudah berikan dokumen sah sijil anak angkat dan telah di’endorse’kan lagi oleh pihak JPN, visa umrah untuk anak saya ini tetap tidak diberi oleh pihak kedutaan Arab Saudi?
    Dokumen apakah yang masih diperlukan sehingga katanya dokumen sijil itu perlu d’endorse’kan pula oleh pihak Wisma Putra. Saya rasa seolah-olah sijil anak angkat yang telah susah payah saya sertakan tiada nilainya,, mohon tn. Haji beri sedikit pencerahan, jazakallah khairan…

    1. waalaikum salam. Sijil Lahir anak angkat perlu di endorse ke Wisma Putra, Putra Jaya bukan di JPN. Bawa salinan sijil lahir anak angkat yang akan di cop “Certified True Copy” oleh Wisma Putra. Jangan lupa bawa bersama sijil Lahir yang original.

  14. Assalamualaikum ustaz,
    Berapa kalikah umrah sunat bagi seorang jemaah ketika menjalankan Ibadat umrah pada satu-satu masa selama tinggal di Tanah Haram? Saya ada menghadiri kursus umrah dan penceramah memberitahu yang umrah wajib hanya sekali dan umrah sunat hanya 2 kali. Di kursus yang lain pulak diberitahu yang jemaah boleh melakukan umrah sunat sebanyak- banyaknya selama tinggal di Tanah Haram. Boleh ustaz tolong jelaskan. Terima kasih.

    1. waalaikum salam. Umrah yang pertama kali hukumnya wajib. Manakala umrah kali kedua dan seterusnya hukumnya sunat. Benar jemaah boleh melakukan sebanyak mana Umrah selama di tanah suci. Cuma saya lebih galakkan jemaah melakukan Tawaf Sunat kerana itu lebih afdhal.

  15. assalamualaikum Ustaz… kalau saya pergi dengan mak saya (50 tahun), sebagai mahram saya? boleh ke? takde ditemani oleh ayah @ adik beradik lelaki lain…

  16. Assalamualaikum ustaz..sekiranya mak cik saya(adik kepada ayah saya) sekeluarga yakni termasuk bapa saudara sya(suami beliau) dan anak2 mereka pergi menunaikan umrah,bolehkah saya pergi sekali dengan keluarga beliau?

    1. waalaikum salam. Jawapannya tidak boleh. Mahram mesti disandarkan kepada lelaki (contoh bapa saudara). Dalam kes ini mahram mahu disandar kepada makcik..memang tidak boleh

  17. Aslkum.. ustaz,
    Saya berhajat untuk megerjakan umrah pada 24/5/2013 akan dtg.
    Pada mulanya sy tidak mempunyai mahram, oleh krn peraturan baru ini, sy secara sukarela menawarkan abang kandung sy untuk menemani sy nanti. Masalah nya sekarang, surat beranak abang & sy tidak sama butirannya, sbgai contoh, nama bapa & ibu kami berbeza, padahal kami memang adik beradik, ejaan yg salah, nama ibu yg tak sama pada surat beranak abang sy itu.
    Apakah sy dan abang saya ini boleh dapat VISA.
    Terima Kasih.

  18. As salam ustad…apakah dokumen yg diperlukan bagi pasangan suami isteri? Benarkah sijil nikah perlu di sahkan terlebih dahulu di tpt surat nikah dikeluarkan. Terima kasih

    1. salam. sebelum ini ada kabar dimaklumkan perlu berbuat demikian, tetapi kabar terkini tidak perlu sijil nikah diendorse ke pejabat agama. mungkin pada masa akan datang ia baru dilaksanakan

  19. As salam Tn Hj. InsyaAllah saya akan mengerjakan umrah pada
    bulan Mei nanti. Ingin bertanya maaf kalau silap, jemaah lelaki boleh memakai kasut yg tidak bertutup semasa tawaf dan saei. Bagaimana pulak jemaah wanita.

    1. semasa tawaf dan saie jemaah lelaki tidak memakai kasut. hanya berkaki ayam sahaja. jemaah wanita sebaiknya memakai setokin supaya aurat tidak kelihatan semasa berjalan

  20. Salam Tuan Hj.Qaddarallahu ma shaa’..saya baru dapat tahu ptg tadi permohonan visa umrah saya ditolak kerana nama bapa tiada di dalam pasport.Masalahnya saya telahpun berada di luar negara dan pasport dikirim kepada suami untuk proses pmhnan visa. Adakah memadai jika suami saya mendapatkan pengesahan nama bapa daripada pihak imigresen/JPN dengan menyertakan salinan IC baharu saya dan salinan surat beranak?Semoga Allah memudahkan urusan saya dan kalian semua dan menerima kita sebagai tetamuNya.
    Jazakallah..

    1. biasanya nama bapa ada pada mukasurat di dalam pasport (jika nama sendiri panjang sangat). jika tiada kena endorse di jabatan imigresen utk masukkan nama bapa.

  21. Salam Tuan Hj… Saya dan anak perempuan saya berumur 17 tahun insyaAllah akan pergi menunaikan umrah pada 27 Mei, Boleh ke abg saya menjadi mahram kepada anak saya.

  22. assalamualaikum! visa memang jadi masalah skarang. saya dah kmukakan sijil lahir saya dan anak saudara sya termasuk ic ayah saya serta sijil mati ipat saya tapi visa belum dapat lagi untuk saya dan anak saudara saya. apa dia nak lg saya tak tahu

    1. sekarang ini isunya ialah kouta umrah semakin terhad..ramai yg tak dapat ke tanah suci kerana tak dapat visa

  23. sedih sangat terkilan…tak dapat pergi..makcik pupu single n makcik sy dn husband serta paksu sya dapat pergi..saya dan ayah saya pula visa takdapat..sedih..sgt..ayah mata kurang elok tak nampak..perlukan paksu untuk bimbing jalan wlupn sy boleh jaga. Dpt tarikh lain pi tp byk halangan dah bilantarikh diubah..huhuhuhuh.sedihhhh

  24. Aslkm ustaz. Bolehkah saya mengikut kakak ipar bersama anak lelakinya yg berusia 20an iaitu anak abang saya pergi menunaikan umrah.

    1. wslm. jawapannya boleh bermahramkan anak saudara. dokumen sokongan kena cukup seperti sijil lahir pemohon, sijil lahir abang pemohon (kaitan adik beradik) dan sijil lahir anak saudara yg dijadikan mahram.

  25. Assalamualaikum…..
    Saya tidak punyao abg/adik/bapa yg telah meningal dunia.malah bapa saudara disebelah bapa pun telah meninggal dunia.saya cuma ada anak saudara saya disebelah kakak yg berumaur 18th.saya ingin pergi pd ramadhan ini.oleh kerna niat hajat ibu saya yg berumur 74th,saya terpaksa membawanye.saya telah ppergi menunaikan umrah 2kali.alhamdulillah……kini tiba giliran ibu saysa utk membawanye.permohonan saya ditolak oleh pihak agensi.dia menyuruh anak saydara saya tetapi kakak saya mesti ikut saya sekali.jika kakak saya tidak ikut sekali,kami bertiga sahaja yg pergi…bolehkan saya mahr kan anak kakak kandung saya…..#ibu saya umur 74th,saya 38th & anak lelaki kakak saya 19th. Saya sedih ustaz…..bagaimana saya nak membantu ibu saya.

    1. waalaikum salam. sebenarnya dalam kes ini diperlukan salinan sijil lahir Puan, salinan sijil lahir kakak Puan (kaitan adik beradik) dan salinan sijil lahir anak saudara lelaki Puan. Masalah boleh berlaku sekiranya nama datuk anak saudara Puan dan nama bapa Puan dan bapa Kakak Puan ejaannya berbeza walaupun orangnya sama. untuk makluman sijil lahir sekarang ini kena di”endorse ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk “disahkan asli”.

  26. Assalamualaikum ustaz. saya baru berpisah dengan suami (8 May 13) dan bapa kandung sy baru meninggal dunia (15 May 13). Terlalu berat ujian datang menimpa serentak, jadi sy bercadang menenangkan hati saya dgn menunaikan umrah. .

    Persoalan, mengikut syarat baru umrah, saya memerlukan bapa saudara utk menunaikan umrah tetapi mereka ada kekangan kemampuan , boleh ke saya mengikut mahram anak buah (anak lelaki kakak kandung saya) yg berumur 18 tahun, adakah ia masih dibenarkan? atau ada cara lain utk saya menunaikan umrah?

    1. waalaikum salam. Boleh bermahramkan anak saudara lelaki yang berumur 18 tahun ke atas. Syaratnya dokumen sokongan kena mencukupi iaitu Sijil Lahir Puan, Sijil Lahir Kakak Puan (bukti adik beradik) dan sijil lahir anak saudara lelaki yang ditumpang mahram.

  27. salam saya nak bertanya, jika saya pergi umrah bersama ayah dan ibu bolehkah kawan saya seorang ikut serta? manakala boleh ke dua orang kawan saya pergi ke umrah bersama ibu dan angkat mereka jika ada surat akuan sumpah, kira ayah angkatnya mahram? dan satu lagi, klau kita ada anak angkat dan ada surat akuan sumpah boleh ke kita pergi dengan anak angkat sebagai mahram dan umurnya memang kena 18 tahun ke atas atau bawah 18 tahun masih boleh pergi..tema kasih..

    1. kawan perempuan ? tidak boleh. Wanita yang berumur 45 tahun ke bawah mesti ditemani Mahram. Jika sebagai anak angkat mesti ada Surat Keterangan Akuan Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat Akuan Sumpah tak laku di Kedutaan Saudi. Anak angkat perempuan tidak kira umur boleh pergi umrah asalkan ada dokumen sokongan dari JPN.

  28. Ustaz, saya bercadang untuk menaikan umrah bersama ibu, kakak dan abang ipar. boleh kah abang ipar menjadi mahram saya?

    1. Abang Ipar tidak boleh dijadikan Mahram kerana ianya bersifat sementara. Jika nak pergi mahram mesti terdiri samada ayah, abang atau adik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas, atau suami (jika sudah berkahwin)

  29. salam ustaz, sy dengar undang2 di perketatkan bermula 2013 yg meyebabkan ramai sukar nak buat umrah disebabkan mekah sedang renovate untuk keretapi terbesar tu kan. siap sekitar 2014 atau 2015. ianya dilaksanakan bagi mengurangkan orang sikit di sana. tapi khbarnya mungkin selepas siap syaratnya akan dilonggar semula seperti dahulu ya ke ? dan klau tidak pun, proses menumpang mahram janganlah tumpang orang yang tak dikenali nanti kata susahkan org itu kalau jadi hal apa2 seperti ustaz ceta dia atas. sebaliknya tumpang mahram yang terdiri daripada sahabat sendiri mungkin mudah juga kan selain saudara mara. itu hanya pendapat saya la…smoga syarat tersebut dilonggar semula kerana kesian pada wanita-wanita yang mahu pergi kalau tak ada saudara mara lelaki atau saudara nya telah meninggal dunia. sangat kesian. tq

  30. http://al-atsariyyah.com/10-masalah-penting-seputar-safarnya-wanita.html

    WANITA BERHAJI TANPA MAHROM? Apa Hukumnya?

    Komisi Fatwa di Saudi Arabia, Al-Lajnah Ad-Daimah ditanya, “Seorang wanita shalihah setengah usia atau mendekati tua di Saba’ ingin haji dan tidak mempunyai mahram. Tapi di daerahnya ada seorang lelaki yang sholeh yang ingin haji bersama beberapa wanita dari mahramnya. Apakah wanita tersebut sah hajinya jika pergi bersama seorang lelaki sholeh yang pergi bersama beberapa wanita mahramnya dan lelaki tersebut sebagai pembimbingnya? Ataukah dia gugur dari kewajiban haji karena tidak ada mahram yang mendampingi padahal dia telah mampu dari sisi materi? Mohon fatwa tentang hal tersebut, sebab kami berselisih dengan sebagian kawan kami dalam hal tersebut.”

    Jawaban:

    Wanita yang tidak mempunyai mahram yang mendampingi dalam haji maka dia tidak wajib haji. Sebab mahram bagi seorang wanita merupakan istitho’ah (bentuk kemampuan) dalam melakukan perjalanan haji. Sedangkan kemampuan melakukan perjalanan merupakan syarat dalam haji. Allah Ta’ala berfirman,

    وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

    “ Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah” (QS. ‘Ali Imran : 97)

    Seorang wanita tidak boleh pergi haji atau lainnya kecuali bersama suami atau mahramnya, sebagaimana hadits yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah sekali-kali seorang laki-laki berduaan (berkhalwat) dengan seorang wanita kecuali wanita itu disertai muhrimnya. Dan seorang wanita juga tidak boleh bepergian sendirian, kecuali ditemani oleh mahramnya.” Tiba-tiba berdirilah seorang laki-laki dan bertanya, “Ya, Rasulullah, sesungguhnya isteriku hendak menunaikan ibadah haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ; bagaimana itu?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab, “Pergilah kamu haji bersama isterimu.”

    Demikian ini adalah pendapat Hasan Al Bashri, An Nakho’i, Ahmad, Ishaq, Ibnul Mundzir dan Ahli Ra’yi (madzhab Abu Hanifah)

    Dari artikel ‘Berhaji Tanpa Mahram — Muslim.Or.Id’
    http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/berhaji-tanpa-mahram.html

  31. as salam, ustaz mahram saya bapa saudara saya, tapi di sijil kelahiran bapa saudara saya, ejaan nama datuk saya berbeza dgn ejaan nama di sijil kelahiran bapa saya, apa yang perlu saya lakukan? surat akuan sumpah?
    terima kasih

    1. memang masalah jika ejaan nama berbeza walhal org yg sama. tapi boleh cuba..yg penting dokumwn cukup..mungkin nama nenek puan dan nama ibu bapa saudara puan ejaannya sama dan boleh membantu

  32. Askum ustaz.bolah tak jika saya menjadi mahram kepada 2 org kakak saya yang masih blum berkahwin?.umur saya sudah 24 tahun.terima kasih

  33. Aslkum ustaz..saya teringin sangat menunaikan umrah..sehingga termimpi2 ustaz..tapi sekarang ini isu mahram yang menjadi penghalang saya..saya belum berkahwin,dan tiada adik beradik lelaki..bapa saya sudah tidak sihat dan begitu juga bapa2 saudara saya..bagaimana ustaz?walau bagaimanapun saya mempunyai anak saudara lelaki..bolehkah die menjadi mahram saya?

    1. waalaikum salam. boleh bermahramkan anak saudara lelaki yg umurnya 18 tahun ke atas. yg penting dokumen sokongan seperti sijil lahir anak saudara, sijil lahir ibu atau bapanya dan sijil lahir cik (bukti adik beradik) kena ada..

  34. Salam ustaz, sy bertanya bagi pihak sahabat saya. Dia berumur 40 thn, bercadang menunaikan umrah januari 2014 bersama anak lelaki nya berumur 15 tahun (sudah baligh) sebagai mahram beliau. Boleh ke ustaz. Wassalam

  35. Salam Ustaz. Kakak ipar saya bercadang menunaikan umrah bulan Dec ni dan ingin membawa bersama anak perempuan berumur 22 tahun. Nak tanya boleh ke ayah kakak ipar saya ni iaitu datuk kepada anaknya sebagai mahram. Wassalam

    1. jawapannya boleh. cucu perempuan bermahramkan datuk sebelah ibu. syaratnya dokumen harus mencukupi yg menunjukkan pertalian mahram

    2. boleh asalkan ada dokumen sijil lahir anak dan sijil lahir ibu kerana ada dinyatakan nama ayah kepada ibu pemohon. yg penting datuk mesti ikut bersama.

  36. Salam ustaz,
    InsyaAllah kakak saya akan menunaikan umrah bulan dec ini, dan ingin membawa bersama anak perempuan bujang berumur 27 tahun. Nak tanya boleh ke suami kakak saya ( suami kedua) sebagai mahram anak perempuannya (hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama)? Semua dokumen seperti surat cerai, sijil nikah dan surat penjagaan anak ada. Wassalam.

  37. salam ustad,insyallah bulan 12 saya ingin buat umrah bersama 2 orang kakak saya.Masing-masing bawa bersama suaminya,cuma saya saja yg ikut tanpa suami,macamana ye ustad boleh ke sertakan salinan s.beranak ayah atau adik lelaki sebagai sokongan.umur saya 42

    1. salam. jemaah wanita 45 tahun ke bawah mesti ditemani mahram samada suami, ayah, adik lelaki atau abang dan yg berkaitan dengannya. jika tiada mahram lelaki yg menemani memang tak lulus permohonan visa

  38. salam ustaz…insyaallah bln 2 thn dpn,sy akan mengerjakan umrah bersama ahli keluarga sy iaitu mak,makcik sy sekeluarga dan ayah tiri sy…sume persiapan dh dibuat,.tp baru2 ni mak sy bgtau,sume yg pegi diluluskan kecuali sy sbb sy xde mahram…sy rase sedih sgt2…agensi yg kami nk pegi ni bgtau yg sy xdiluluskan…sdgkan sy tau bhwa ayah tiri sy adalah mahram sy…adakah ayah tiri juga xblh jd mahram sy?apekah dokumen2 yg sy perlu sertakan kpd agensi trsebut yg blh jdkan bukti utk sy mggunakan ayah tiri sy sbg mahram?

    1. ayah tiri boleh dijadikan mahram kerana dia suami kepada ibu saudari..sertakan salinan sijil nikah ibu bersama ayah tiri sebagai dokumen sokongan. syaratnya ayah tiri mesti ikut sama dalam rombongan

  39. salam ustaz…saya merancang untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan..tetapi dengan peraturan terbaru dari Arab, nampaknya saya tidak dapat pergi ke umrah…ini kerana, saya tidak mempunyai adik beradik lelaki dan ayah saya tidak berkemampuan ke sana disebabkan masalah kesihatan…manakala bapa saudara pula, saya mempunyai 2 orang bapa saudara..tetapi mereka sudah meninggal…jadi pada pendapat ustaz, macam mana caranya supaya saya dapat mengerjakan umrah?

  40. Assalamualaikum ustaz. Ibu saya (suami telah meninggal dunia) berumur 55 tahun bercadang mahu menunaikan umrah bersama kakaknya. Adakah perlu diiringi mahram lelaki?

  41. Asslm ustaz, saya menhadapi msalah tntg mahram. Saya bersama ibu saya, dan bapa saudara(adik kpd ibu saya) dan isterinya memohon utk pergi bersama, walaubagaimanapun, nama ibu dan bapa saudara saya ber’Bin/Binti’ nama bapa yg berlainan., tp mereka adik beradik yg sah, kesilapan dahulu semasa mndaftar surat beranak ketika itu dan mereka telah mngangkat sumpah sbg adik baradik sebelum mnghtr prmohonan, walaubgaimanapun kami diberitahu visa kami tidak lepas dan perlu merujuk ke imigresen semula. Mohon ustaz dapat bantu masalah ini.

    1. waalaikum salam. kena pergi ke JPN untuk buat surat pengesahan bahawa ada kaitan adik beradik antara ibu dan bapa saudara. Surat rasmi JPN boleh diguna menggantikan surat akuan sumpah

  42. As Salam Ustaz, saya dan suami bersama anak berumur setahun setengah berhajat pergi mengerjakan umrah tahun hadapan. Dalam masa yang sama ibu saya dan 2 orang adik perempuan saya ingin menyertai bersama. Adakah dibenarkan?

    1. Isteri dan anak yg ditemani suami tiada masalah. begitu juga dengan ibu puan. tetapi 2 orang adik perempuan tidak boleh bermahramkan suami puan. perlu ditemani oleh lelaki samada suami mereka atau adik beradik atau bapa saudara

  43. A Sallam Ustaz, saya hendak bawa Isteri dan anak angkat perempuan saya berusia 16 tahun mengerjakan Umrah. Anak angkat saya adalah anak kakak kepada isteri saya. Adakah saya dikira Mahram dan boleh mengerjakan Umrah bersama. Bagaimana nak buat pengesahan di Wisma Putra, apa yang diperlukan?

  44. Assalamualaikum ustaz. Saya berniat tunaikan umrah. Ayah saya telah meninggal dunia dan sijil lahir beliau telahpun hilang. Utk umrah, saya akan pergi bersama bapa saudara (adik ayah) dan makcik. Dokumen apa saya blh gunakan utk bukti pakcik saya adalah mahram saya yg sah? Blh guna sijil kematian ke?

    1. sijil kematian perlu disertakan. dokumen seperti sijil lahir ayah boleh diperolehi salinannya di Jabatan Pendaftaran Negara.

    1. peraturan masih sama dan ada sedikit kelonggaran iaitu suami isteri berumur 45 tahun kebawah jika membawa anak-anak bersama sijil nikah mereka tidak perlu diendorse ke pejabat agama dan wisma putra. tetapi jika wanita berumur 45 tahun ke bawah mesti ditemani oleh mahram

  45. as salam. untuk umrah tahun 2014, jika saya ingin mengunakan anak saudara lelaki(anak kakak) saya yang berumur 20tahun adakah dibenarkan?

    1. waalaikum salam. bermahramkan anak saudara lelaki 18 tahun ke atas dibolehkan. syaratnya dokumen mencukupi seperti sijil lahir anak saudara lelaki (ada nama ibu iaitu kakak puan), sijil lahir kakak puan (ada nama ibu dan bapa kakak puan) dan sijil lahir puan bagi menunjukkan kaitan adik beradik. Jika nama datuk kepada anak saudara dan nama bapa kepada puan dan kakak puan berbeza dari segi ejaan, sila dapatkan pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengesahkan ia ialah individu yg sama..

  46. mazz
    Asslamaulaikum Haji,
    bole kah adek lelaki sy iaitu satu ibu berlainan bapa menjadi mahram sy untuk umrah. setahu sy dia mmg mahram sy cuma nk tahu peraturan kerajaan arab saudi, sbb ada yg ckp tak bole ada yg ckp bole, sy da jadik konpius, mtk pencerahan dr tuan Haji. terima kasih

    Comment awaiting moderation.

  47. hj. Iqbal
    Waalaikum salam. Jawapannya tidak boleh.

    Assalam Hji, terima kasih, sekiranya ibu saya serta isteri adek saya turut serta ada kah masih tidak boleh…

    1. mahram mesti disandarkan kepada lelaki samada suami atau adik/abang/bapa saudara/anak saudara berumur 18 tahun ke atas atau datuk sebelah ayah atau ibu

  48. Salam,

    Bagaimana kalau wanita yang anak tunggal dan tiada bapa? Bapa saya masuk islam, jadi adik beradik dia bukan islam.

    Kalau pakcik, saudara jauh boleh?

  49. Tdk dpt jadi mahram memandangkan bapak sakit..saudara lelaki madih kecik..umur 4 thn…pacik ada tp lumpuh…ini yg jadi masalah sekarang..sekian lama menunggu saat ni…sedih…..

  50. assalamualaikum haji….bolehka seorg lelaki mnjadi mahram kpd dua org wanita sekaligus(isteri dn kakak kndungnya) smasa mnunaikn umrah…terima kasih….

  51. Assalamualaikum ustaz. Saya anaktunggal tiada adik beradik. Telah kematian bapa. Ingin menunaikan umrah. Saya hendak bawa bapa sedara saya ii adik ayah saya. Jd surat yg diperlukan adalah surat beranak saya, ayah dan pakcik. Sijil kematian ayah saya. Ic saya dan pakcik. Semua ni kena disahkan oleh Jpn ke? Adakah itu da cukup bukti untuk saya.Atau ada lg yg perlu saya kepilkan lg? Harap ustaz beri pencerahan.terima kasih

  52. Assalammualaikum,

    Saya bercadang untuk mengerjakan umrah pada Disember 2014 nanti. Bolehkah sekiranya mahram saya ialah anak saudara saya (anak kakak saya) yang pada tahun 2014 berumur 17 tahun? Mohon penerangan.

    Terima kasih.

  53. Hj. Saya anak tunggal dan bapa saya sudah meninggal. Umur saya 23. bolehkah pakcik saya iaitu adik ipar ibu saya yg menjadi mahram

  54. Assalamualaikum ustaz
    Saya ingin menunaikan umrah bersama ibu bapa dan adik lelaki saya.malangnya saya tiada sijil lahir. Saya masuk kemalaysia (lahir dithailand menggunakan sijil taraf) tiada bukti muhrim pada dokumen tersebut.saya membuat surat akuan sumpah bahawa kedua ibu bapa saya adalah ibu bapakandung yg sah.bolehkah visa saya diterima menggunakan dokumen itu bersama passport saya. Terima kasih ustaz

    1. sijil lahir dari Thailand mesti ada bersama dan boleh digunakan. minta wisma putra sahkan..surat akuan sumpah tak laku di kedutaan. jika boleh dapatkan surat dari JPN lagi baik

  55. salam ustaz..ayah,mak dan saya bercadang untuk umrah bulan jun ini..tetapi kami bawa bersama kakak saya (hasil perkahwinan emak saya dan suami pertama) pada mula kakak sy tak lepas..sebab tiada mahram..segala dokumen kebenaran dr ayah kandung dia sudah dpt..boleh ke dpt visa utk kakak sy ustaz?sedih bila dia sorang tak lepas :'(

    1. assalam. saya rasa kakak boleh pergi umrah bermahramkan bapa tiri asalkan dokumen cukup. Tidak ada masalah

  56. Assalamualaikum ustaz,
    betulke sekarang ini wanita single perlukan 2 org mahram (kecuali yg pergi bersama ayah).

  57. Assalamualaikum ustaz,
    Ada yg mengatakan suntikan umrah tidak digalakkan untuk perempuan yg mengandung. Saya sedang mengandung 3 bulan. Bagaimana cara utk saya dapatkan visa umrah?

    1. waalaikum salam. cuba minta nasihat Doktor mengenainya. Sekiranya dah bulat nak pergi Umrah, insyaAllah saya boleh uruskan.

  58. salam…kes saya, mak saya dah berumur 60 tahun, ada masalah sakit lutut…saya berhajat untuk menemani beliau untuk mengerjakan umrah….dengan adanya saya sebagai anak perempuannya boleh menolong beliau melakukan urusan mengangkat beg dr satu tempat yang lain , ibu saya perlu di papah apabila berjalan terlalu jauh, angkat beg yang berat sudah tidak larat…
    adakah di sana akan ada sesiapa akan menjaga dan menolongnya mak saya?
    adakah ibu saya sebagai muhrim saya tidak memadai?

    anak yang berharap berbudi kepada ibu,
    Aufa Aurengzeb Alghazali

    1. wassalam. Saudari perlu ditemani lelaki yang menjadi mahram dalam permohonan visa. Kecuali wanita yang berumur 45 tahun ke atas tidak memerlukan mahram

  59. Salam ustaz. Biras saya baru kematian suami. Ibu dan bapa mertua berhasrat untuk membawa biras saya dan anak lelaki (7tahun) untuk mengerjakan umrah. Bolehkah bapa mertua menjadi mahram untuk biras saya?

    1. waalaikum salam. jawapannya boleh bapa mertua membawa menantu pergi umrah. dengan syarat sertakan sijil nikah menantu, sijil kematian suami menantu dan sijil lahir suami sebagai bukti wujud ikatan kekeluargaan.

  60. Kes sy sm seperti yg puan yana nyatakan.
    Tp tahun lepas saya x dapat ke sn dgn alasan bapa mertua bukan mahram kandung…
    Tahun ni sy cube lg dn hanya menunggu visa sahaja lg.Adakah mmg boleh bapa mertua sy bw sy dan anak untuk umrah..utk pengetahuan usta suami sy sudah meninggal

    1. bapa mertua boleh dijadikan mahram untuk membawa menantu dan cucu..syaratnya dokumen sokongan mencukupi seperti salinan sijil nikah puan, salinan sijil lahir arwah suami bagi menunjukkan kaitan hubungan dengan mertua, salinan sijil lahir anak dan consent letter dari pesuruhjaya sumpah…

  61. Assalammualaikum Ustaz.
    Saya bercadang untuk menghantar Emak saya dan Kakak saya menunaikan umrah. Kakak saya tidak berkahwin dan berumur 50tahun. Masalahnya dia ingin membawa Anak angkat lelaki berumur 15tahun. Boleh atau tidak?

    1. waalaikum salam, Maaf lambat jawab baru balik dari Umrah semalam. Ibu dan kakak tuan boleh menunaikan Umrah tetapi anak angkat lelaki tidak boleh menunaikan Umrah kerana belum mencapai usia 18 tahun..kecuali ianya ditemani oleh bapa angkatnya.

    2. waalaikum salam. anak angkat lelaki mesti bermahramkan bapa angkatnya dan dokumen anak angkat perlu disertakan sekali.

  62. Salam.nak tnya..sy,mak n ayah sy brcadang nak pegi umrah bulan mei ni..ayah sy nak bwa mcik sy yg merupakan adik kepada ayah sy (adik angkat yg dijaga sejak dari lahir dan telah menjadi adik beradik susuan). Boleh atau tidak ayah sy menjadi mahramnya?

    1. untuk membawa anak angkat atau adik angkat perlukan dokumen pengesahan anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara. Jika makcik (adik angkat ayah) sudah berumur 45 tahun ke atas tidak memerlukan mahram.

  63. Atas sebab kerja, saya tidak dapat turut serta menunaikan umrah pada tahun ini. Bagi maksud permohonan visa, adakah boleh isteri saya menunaikan umrah bermahramkan bapa saya (bapa mertua kepada isteri) .

    1. jawapannya boleh. Syaratnya sertakan salinan Sijil Lahir tuan (disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara) salinan sijil nikah tuan (disahkan oleh Pejabat Agama berhampiran) dan juga consent letter membenarkan isteri pergi umrah bersama bapa taun perlu dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah.

    2. boleh isteri bermahramkan bapa mertua. syaratnya kena sertakan sijil nikah isteri, sijil lahir Hakim (sebab ada nama bapa di situ) dan sertakan consent letter membenarkan isteri pergi bermahramkan bapa mertua.

  64. Assalamualaikum, ustaz. Adakah saudara susuan saya (asalnya dia adalah sepupu lelaki saya tetapi ibu menyusukannya semasa maknya sakit) dikira sebagai mahram umrah/haji saya? Sebab setahu saya tiada dokumen boleh menyokong bukti saudara susuan. Mohon percerahan, terima kasih Ustaz.

    1. waalaikum salam. Benar tiada dokumen yg menyokong kes ibu susuan ini. Jadi dari segi peraturan Konsul Arab Saudi memang tidak boleh dijadikan Mahram untuk permohonan Umrah

  65. Assalamualaikum Ustaz. Saya bercadang untuk mengerjakan umrah bersama bapa, ibu dan adik perempuan saya. Adakah saya dan adik saya boleh bermahramkan bapa kami atau hanya salah seorang sahaja daripada kami yang boleh?

    1. wassalam. setiap anak lelaki dan perempuan boleh bermahramkan bapa kandung tak kira berapa ramai anak pun. Tetapi anak lelaki yg berumur 18 tahun ke atas boleh jika tidak disandarkan ayah sendiri sebagai mahram. Anak perempuan pula sehingga umur 44 tahun kena bermahramkan sesiapa yang boleh disandarkan seperti bapa atau adik beradik lelaki atau suaminya sendiri

  66. Salam. Says nak tanye. Sy berusia 24 tahun. Sy akan pergi umrah insyaALLAH hujung tahun ni. Ayah sy dh meninggal n Abg sy tk dapat ikut. Sy akn pergi dgn Mak sy, nenek sy, nenek saudara sy n atok saudara sy (Adik beradik atok). Jadi bolehkan sy bermahram atok saudara sy? Tq.

    1. waalaikum salam. jawapannya boleh bermahramkan adik beradik atok..cuma dokumen membuktikan kaitan mahram kena cukup..

  67. Assalamualaikum ustaz.
    Saya ingin menunaikan umrah bersama mak. Mak saya berumur 53 tahun. Ayah telah tiada dan saya masih belum berkahwin. Jadi urusan utk mendapatkan mahram agak sulit bagi saya. Jadi kalau begini, hanya mak sahaja ke yang dibenarkan?

    Adakah cara lain bagi membolehkan saya menemani ibu membuat umrah?
    Terima kasih ustaz. Mak teringin sangat nak pergi tapi dia mahu ada anak yang menemankannya.

    1. Waalaikum salam. Mesti sediakan mahram lelaki samada abang atau adik lelaki yg berumur 18 tahun ke atas. Boleh juga bapa saudara atau datuk dijadikan mahram

  68. Assalam ustaz…sy nk bertanya, sy pernah menunaikan umrah pada 2014…tetapi di sana sy uzur semasa di mekah dan pd hari terakhir sahaja sblm berangkat pulang sy dapat sempurnakan umrah wajib sy..semasa haid sy sering menunggu keluarga sy di marwah sementara mereka saie…kebetulan ada wanita arab yg datang kpd sy meminta tolong utk sy potongkan rambutnya utk bertahalul…dgn niat untuk membantu…sy tlh pulang kemalaysia tanpa menyedari kesilapan sy…apa yg harus sy lakukan ustaz? In shaa Allah awal thn 2016 sy akan menunaikan umrah untuk kali kedua. Mohon pencerahan dari ustaz.

  69. Assalamu’alaikum ustaz, bolehkah saya berumur 34 tahun pergi umrah bermahramkan anak saudara lelaki (anak kepada kakak kandung) saya yg berumur 21 tahun?

    1. waalaikum salam. Jawabnya boleh.. syaratnya dokumen mencukupi seperti salinan sijil lahir puan, sijil lahir anak saudara dan sijil lahir mak kepada anak saudara dan perlu disahkan oleh Jab Pendaftaran Negara

    2. waalaikum salam. Jawapnnya boleh..sertakan salinan sijil lahir pemohon, sijil lahir anak saudara dan sijil lahir kakak pemohon yg menunjukkan kaitan adik beradik..pastikan kesemua salinan sijil lahir telah disahkan oleh Jab Pendaftaran Negara dan pihak Wisma Putra untuk dikemukakan semasa permohonan visa nanti

  70. Assalamualaikum ustaz. Bolehkah cucu bermahramkan datuk tirinya..? InsyaAllah akn pergi 3 orang- cucu, nenek dan datuk tiri.

  71. Assalamualaikum, Ustaz saya bercadang utk menunaikan umrah bermahramkan bapa saudara sebelah ibu (adik beradik lelaki ibu saya). Adakah dibenarkan? Apakah dokumen yang diperlukan?

  72. assalamualaikum ustaz…sy berumo 33 thn n dah berkahwin…sy berniat nk g umrah bersama mak n ayah sy…sy di maklumkan bahawa wanita yg berumo bwh 45thn kna bw mahram bersamanya…bolehkah sy g kalo bermahramkan ayah sy atau sy kna bw mahram yg lain…mohon penjelasan ustaz berkenaan ngan perkara ni…umo mak 53 n ayah 60…

    1. Waalaikum salam. Anak perempuan sememangnya boleh bermahramkan ayah kandung sendiri. Ayah mertua juga boleh selain suami sendiri.Dokumen yg diperlukan ialah salinan sijil lahir yg perlu disahkan oleh JPN dan Wisma Putra

  73. Assalamualaikum, saya akan membuat umrah bersama suami dan 5 anak perempuan saya. 2 anak perempuan saya lahir di luar negara. Adakah borang w pendaftaran di luar Negara( telah disahkan di JPN & wisma putera) diterima untuk membuat visa umrah? Jika tidak diterima, apakah yang saya perlu lakukan. Terima kasih

  74. assalamualaikum, saya berumur 43 tahun, saya ingin membawa nak perempuan saya yg berumur 14 tahun, ayah saya turut serta menunaikan umrah, jadi saya ada mahram, macam mana pula dengan anak saya, sebb ayahnya tidk dapt turut serta menunaikan umrah.. boleh ke anak sy turut menunaikan umrah ?

    1. Waalaikum salam. Cucu boleh bermahramkan kepada datuk..syaratnya dokumen sokongan kena cukup iaitu sijil lahir cucu, sijil lahir ibu (kaitan dengan datuk iaitu ayah kepada ibu pemohon), sijil nikah Puan dan surat kebenaran suami Puan membenarkan anak bermahramkan kepada datuk.

      1. ohhh, maknanya anak perempuan saya bolehla bermahramkan datuk sebelah ibu ? haritu saya ada tanya syarikat lain, mereka kata kene bermahramkan ayah atau ahli keluarga sebelah ayah, mereka kata sebelah ibu x boleh ..

        1. boleh…ajwa travel boleh uruskan insyaAllah..yg penting dokumen kena cukup dan perlu disahkan terlebih dahulu oleh jabatan berkenaan..

  75. Salam Tuan Haji Iqbal, Saya ingin bertanya adakah ayah tiri boleh dikira mahram? dan bagaimana pula adik saya yang berumur lebih 18 tahun, bolehkah dia menjadi mahram saya… saya ada bertanya di agensi lain dan dikatakan tidak boleh… dan apa yang diceritakan adalah sangat rumit sehingga memerlukan pelbagai dokumen seperti surat cerai ibu bersama ayah kandung, surat kebenaran dari ayah kandung (tidak tahu dimana atau cara utk dihubungi) dan macam-macam sehingga membuat saya runsing dan hilang semangat ingin membuat umrah… benar ke begini kompleks prosedur nya???
    minta tuan beri komen…

    1. waalaikum salam. Jika cucu lelaki berumur 18 tahun ke atas ia boleh pergi sendiri. Tetapi jika bawah 18 tahun, nenek tidak boleh dijadikan Mahram. Mahram mesti disandarkan kepada lelaki dan bukan wanita.

  76. assalamualaikum. saya berumur 23tahun dan ayah saya telah meninggal dunia..boleh kah saya dan ibu saya membawa datuk saudara saya(belah ibu) saya untuk dijadi kn mahram sewaktu menunaikan umrah tahun ini?

  77. Assalamuailaikum. .saya bujang berumur 24tahun.ayah telah meninggal. .boleh kah saya bermahram kan datuk saudara saya(sebelah ibu) untuk pergi bersama ibu dan nenek saudara saya..

  78. Assalamualaikum Tuan Hj Iqbal
    Saya berhajat nak pergi umrah akhir ramadan bersama ibu saya dan anak perempuan saya berusia 12 tahun. Boleh tak saya (balu)pergi tanpa seorang mahram . Hujung tahun ini umur saya cukup 46 tahun.

  79. Salam . Pada 30 mei adik perempuan saya ialah anak angkat berumur 8 thun dan ingin dibawa menunaikan umrah tetapi visanya dibatalkan walhal semua dokumen sudah dicop oleh wisma putra & jpn di putrajaya . Surat akuan sumpah juga telah dilakukan oleh bapa kandung saya bagi mewakilkan abang sulung saya sebagai mahram . Minta penjelasan terima kasih

    1. Wassalam. Kuasa mutlak memberi visa terletak di tangan Kedutaan Saudi. Dalam kes yang dinyatakan, biasa berlaku Visa gagal diperolehi untuk anak kecil perempuan jika tidak ditemani oleh ibu atau nenek kanak-kanak berkenaan. Walaupun semua dokumen yang berkenaan telah lengkap dengan bermahramkan lelaki yang dibenarkan sebagai mahram. Saudari boleh bertanyakan kepada pihak penganjur mengapa visa gagal diperolehi..

  80. Saya ingin membawa adik angkat saya berserta ibu kandung saya untuk menunaikan umrah dengan bermahramkan abang kandung saya sendiri . Apakah ia dibenarkan ? Sudahpun membuat pengesahan dia jpn serta wisma putra . Surat akuan sumpah mewakilkan mahram ayah kepada abang juga telah dibuat

    1. perlu ada consent letter yang menyatakan bapa angkat membenarkan anak angkatnya pergi umrah dengan bermahramkan abang kandung. Dan yang paling penting ibu atau nenek penjaga kanak-kanak perempuan berkenaan mesti ikut serta..wallauallam

  81. Assalamualaikum. Kami sekeluarga bakal menunaikan umrah pada hujung tahun ni. Persoalannya disini, anak saya perempuan berumur 5 tahun berstatus anak tidak sah taraf dan berbintikan bukan nama ayahnya tetapi Abdul Rasyid (kebiasaannya org memakai nama Abdullah). Kami menghadapi kesukaran utk mengenalpasti penyelesaiannya. Adakah dia boleh bermahramkan ayahnya? Kalau tak boleh, apakah cara lain? Harap sangat ustad dpt respon as soon as possible. Dah berbulan kami mencari jawapan yg pasti 🙁

    Mohon penjelasannya. Terima kasih.

    1. Waalaikumsalam. Anak tak sah taraf kan ada Sijil Lahir yang dinyatakan ibu kanak-kanak berkenaan ialah Puan. Dokumen yang perlu diserahkan ialah Salinan Sijil Lahir Kanak-kanak berkenaan dan Salinan Sijil Nikah Puan (yang diada nama suami puan). Kedua dokumen ini insyaAllah mencukupi bagi membolehkan anak Puan pergi Umrah bermahramkan suami Puan.

      1. Alhamdu’lillah. Terjwp juga persoalan ni. Kami ada bertanya dkt Mahkamah Syariah. Katanya takde cara, anak tak sah taraf ni tak boleh pegi. Sedih sangat masa tue. Takkanlah disebabkan status itu anak tak berdosa tak blh nak pegi. Terima kasih banyak ustad. Saya baru call beberapa pihak dan jwpan saya dpt sama seperti jawapan ustad.

  82. Salam..mohon doakan permudahkan urusan umrah saya…moga permudahkan urusan visa..saya tumpang mahram bapa saudara belah ibu..permudahkan urusan dan perjalanan umrah..ameen2

  83. Assalamualaikum ustaz. Saya berumur 31 tahun ingin menunaikan umrah bersama ibu bapa pada bulan 12 tahun ini. Oleh itu, saya ingin bertanya, untuk pengesahan dokumen mahram, adakah sijil lahir bapa diperlukan? Sekiranya tiada, adakah kad pengenalan bapa boleh digunakan?

    1. waalaikum salam..memadai salinan sijil lahir pemohon yang telah diakui sah oleh JPN dan Wisma Putra asal ayah dan ibu ada ikut bersama

  84. As salam ustaz.. Mak cik saya nk pergi umrah tapi dia cakap kena buat pengesahan sebab dia ibu tunggal.. Sebenarnya saya tak tahu menahu pasal dokumen haji dan umrah ni, saya tngh bingung sekarang ni ustaz.. Tolong

    1. Wassalam..jika umur makcik 45 tahun keatas tidak perlu mahram..ia boleh pergi sendiri..jika bawah 45 tahun mesti ada mahram lelaki yang menemaninya

  85. Assalamualaikum ustaz.. Sy berhajat utk mengerjakan haji bulan 12 nanti stelah 3thun menanti. Yg akan pergi bersama sy nanti ialah nenek sy,nenek saudara sy,anak lelakinya,anak perempuan serta menantu lelakinya. Tapi pihak agent memberitahu sy bhawa permohonan sy ditolak oleh krn tiada mahram yg akan menemani sy. Ayah dan suami sy sudah meninggal. Manakala bapa saudara sy mempunyai masalah kewangan utk ikot bersama. Adakah cara lain lg utk sy ikot bersama? Sy hanya mempunyai 2 beradik. Dua2 perempuan. Terima kasih ?

    1. waalaikum salam..wanita yang berumur bawah 45 tahun mesti ditemani oleh mahram lelaki yang berumur 18 tahun ke atas..jika tidak ada mahram yang menemani maka memang tidak diluluskan dalam permohonan Visa

  86. Assalamualaikum, ada 2 situasi. Hrlp ustadz sudi jawab

    1) seorg ank tunggal perempuan yg berumur dibawah 45 thn. Ayah menghilang sjk bercerai dgn ibu. Lgsung tak kenal @ tahu dimana afik beradik lelaki sebelah ayah @ keluarga ayah yg lain. Bolehke pg umrah dgn ibunya yg berumur 50 thn
    .
    2) seorg ibu tunggal (50 thn) ingin menunaikan umrah dgn ank perempuan tunggal dh baligh (30 thn)

    1. waalaikum salam..wanita bawah 45 tahun perlu mahram lelaki…si ibu boleh mohon visa secara solo tetapi anak perempuan mesti bermahram lelaki

  87. Asslmkm.Ibu saya telah dpt surat utk menunaikan haji pada 2017.Saya akan masuk umur 45 pada 1/4/2017.Bolehkah saya menemani ibu saya.Terima kasih tuan.

  88. salam Tuan haji, ingin saya bertanya saya nak pergi umrah besama isteri dan 2 orang anak, saya juga nak bawa adik angkat perempuan semasa ibu/bapa saya ambil anak angkat-Tapi ibu/bapa saya dah meninggal. bagaimana kah cara nya nak bawa adik angkat ke umrah tu Tuan haji?
    Terima kasih

  89. Salam ustaz, saya bercadang menunaikan umrah pada akhir tahun nie..tetapi masalah disini saya dan adik saya dibawah 45 thun.. kami akan pergi bersama mak,kakak kandung saya serta keluarganya.. bolehkah anak saudara saya lelaki yang berusia 20 tahun menjadi mahram kepada saya dan adik saya..terima kasih..

  90. Assalamualaikum..saya wanita bujang, ayah sudah meninggal dan saya tiada adik beradik lelaki. Bolehkah anak saudara saya yakni anak lelaki kepada kakak saya menjadi mahram saya?

  91. Salam, mohon pencerahan.. boleh tak saya pergi tanpa suami..? Sy mengukuti ibu bapa saya. Dan adik ipar lelaki saya pun nk ikot tetapi tnpa isteri dia (adik saya) xde masalah kan

  92. assalam ustaz..sy sekeluarga bercadang utk mengerjakan umrah pd awal thn 2019.masalah sy skrg..sy ada seorg ank perempuan tak sah taraf berumor 25thn yg berbintikan abdul hakim..ada x cara yg membolehkan sy n isteri membawanya sekali bersama utk mengerjakan umrah.tolong beri pencerahan ustaz.

Leave a Reply