Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.
Pakej Surabaya Bromo mempunyai keunikan tersendiri. Bagi penggemar keindahan alam semulajadi Surabaya Bromo antara destinasi yang sering diminta oleh rakyat Malaysia. Cuma dek kerana harganya yang agak mahal sedikit berbanding sektor Bukittinggi, Banda Aceh atau Medan Danau Toba menyebabkan sukar untuk penganjur Pakej mengumpul bilangan peserta yang ramai atau dibuat Pakej Berkumpulan.

Justeru kini Ajwa Travel mula menawarkan Pakej Private Tour minima 6 orang ke atas supaya hasrat mereka yang mahu ke Surabaya Bromo boleh direalisasikan.

Tarikan utama Pakej Surabaya semestinya lawatan ke Gunung Bromo. Untuk mendapatkan pemandangan seperti gambar di atas, kita kena bergerak keluar dari hotel kita seawal jam 3 pagi. Suhu sejuk pergunungan dan ditambah dengan waktu seawal pagi memang menduga ketabahan untuk ke Gunung Bromo. Pastikan sebelum keluar bilik hotel kita sudah memakai Pakaian yang tebal atau Jaket Tebal dan juga memakai Kasut Sukan. Pasti kita tidak tahan dengan suhu sejuk pergunungan jika hanya berpakaian biasa.

Tour Guide akan mengambil kita menggunakan Jeep 4×4 untuk ke Gunung Bromo. Sesampai di kawasan ini, kita kena berjalan kaki mendaki ke puncak bukit bagi mendapatkan tempat yang menarik untuk mengambil gambar.

Kepada yang nak rehoneymoon memang sesuai tempat ni. Kita boleh abadikan kenangan bergambar di banyak lokasi yang menarik di sini…memang romantik.

Pastikan jangan terlewat untuk sampai ke kawasan tumpuan. Jika terlewat kita tidak lagi dapat melihat pemandangan seindah ini. Gambaran putih yang kita lihat di dalam gambar ialah kabus tebal atau awan yang menyelubungi bukit atau gunung yang berkenaan. Memang luar biasa pemandangan yang dapat kita lihat.

Tambah menarik lagi apabila kita dapat menyaksikan terbitnya matahari di kawasan ini. Allahuakbar ! Satu pemandangan indah luarbiasa yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Sebaik matahari sudah mula naik meninggi maka kita akan mula turun semula dan menaiki Jeep 4×4 tadi untuk ke destinasi lain pula.

Sebaik turun dari Gunung Bromo, Tour Guide yang membawa kita akan meletakkan Jeep 4×4 ke kawasan parkir dan kita dimaklumkan oleh Tour Guide ada satu lagi tempat lawatan menarik di sini iaitu melihat Kawah Gunung Berapi yang masih aktif.

Untuk ke tempat yang berkenaan, Pengunjung diberi 2 pilihan samada mahu berjalan kaki sejauh 1.5km atau sewa kuda pada kos sekitar Rp150 ribu atau lebih kurang RM50. Maka saya ambil keputusan untuk sewa kuda bagi mengelakkan penat jika berjalan kaki.

Memang menyeronokkan naik kuda jika dibandingkan terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5km..tetapi ramai juga pengunjung yang berjalan kaki.

Untuk melihat Kawah Gunung Berapi yang masih aktif, pengunjung kena menaiki tangga sehingga sampai ke puncak Gunung yang berkenaan…memang termengah-mengah kami menaiki anak tangga…mujur sebelum sampai sini kami naik kuda dan tidak berjalan kaki…jika tidak memang kepenatan la gamaknya.

Sampai di puncak kami melihat Kawah Gunung Berapi yang berasap dan bau belerang yang sangat kuat..memang benar Kawah ini masih aktif.

Kami lihat ramai pengunjung seperti kami ketika berada di puncak gunung yang berkenaan….masing-masing sibuk mengambil gambar di kawasan ini.

Kami tak lama di kawasan ini kerana tak tahan dengan bau belerang yang menyesakkan. Maka kami pun turun dan mendapatkan kuda semula untuk kembali ke tempat parking Jeep 4×4 tadi. Dan selepas itu kami kembali ke Hotel untuk bersarapan pagi. Seusai aktiviti Bromo kami pun check out untuk menuju ke destinasi yang lain pula.
Masjid Tiban Turin di Malang
Masjid Tiban Malang atau yang lebih popular dipanggil Masjid Jin, merupakan masjid popular di Malang, Jawa Timur. Masjid Tiban atau dipanggil Masjid Jin kerana kononnya masjid ini dibina oleh jin dalam semalam. Masjid ini dikatakan muncul secara tiba-tiba kerana penduduk setempat tidak menyedari proses pembinaannya. Tahu-tahu dah ada muncul secara tiba-tiba.

Masjid Tiban ini sebenarnya adalah Pondok Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah atau yang biasa disebut Bi Ba’a Fadlrah. Pondok pesantren ini diasaskan pada tahun 1963 lalu, oleh Romo Kiai Ahmad. Awalnya , lokasi pondok pesantren itu merupakan kompleks kediaman Romo Kiai. Pembangunan pondok pesantren sudah dimulai sejak tahun 1987, dan berlanjut hingga tahun 1992.

Pembangunan masjid ini masih terus dilakukan pada tahun-tahun berikutnya. Bangunan pondok pesantren yang kemudian lebih dikenal dengan Masjid Tiban ini memiliki keluasan mencapai 8 hektar. Menurut kata Ustaz yang menjaga Masjid ini, pembinaan masjid ini sebenarnya dilakukan oleh para santri atau anak murid yang belajar di Pesantren ini.

Masjid Tiban ini mempunyai 10 tingkat dan setiap tingkat berbeza fungsinya. Tingkat 1 hingga 4 ialah untuk ruang Solat, manakala di tingkat-tingkat yang lain mempunyai fungsi yang tersendiri.

Setiap tingkat dalam Masjid ini mempunyai rekabentuk tema yang tersendiri. Pengunjung yang datang ke sini pasti akan abadikan kenangan bergambar di setiap tingkat bangunan Masjid ini kerana latar belakang tema yang berbeza.

Bagi yang dah sampai Surabaya jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Masjid ini.
Masjid Cheng Ho

Masjid Cheng Ho Surabaya merupakan masjid pertama di Indonesia yang menggunakan nama Muslim Tionghoa. Masjid ini dibina oleh Persatuan Islam Tionghua dan dinamakan Masjid Cheng Ho sebagai penghormatan pada Laksamana Cheng Ho, seorang Muslim yang berasal dari negara China yang pernah berlayar dari China hingga ke pantai Afrika. Laksamana Cheng Ho pernah sampai ke Surabaya pada kurun ke 14 dan melawat Kerajaan Majapahit ketika itu.

Rekabentuk Masjid Cheng Ho ini mirip dengan senibina rumah ibadat orang Tionghua jika dilihat pada bentuk atap bumbungnya. Ruang dalam tempat Solat masjid ini agak terbuka dan seperti tiada pintu menggambarkan masjid ini terbuka untuk sesiapa yang mahu solat di dalamnya.
Monumen Kapal Selam

Monumen Kapal Selam ialah sebuah monumen Kapal Selam terbesar di kawasan Asia yang dibangun di sisi sungai Kalimas, Surabaya. Monumen ini dibangun sebagai memperingati Angkatan Laut Republik Indonesia menentang penjajah..

Monumen Kapal Selam ini adalah peninggalan Kapal Selam buatan Soviet Union yang pernah digunakan oleh Angkatan Laut Republik Indonesia yang terlibat dalam Pertempuran Laut Aru bagi membebaskan Irian Barat dari penjajahan Belanda.

Kapal selam ini kemudian dibawa ke darat dan dijadikan monumen untuk memperingati keberanian pahlawan Indonesia. Monumen kapal selam ini kini dijadikan salah satu objek pelancungan di Surabaya.
Ladang Epal Surabaya

Antara yang menarik percutian di Surabaya ialah aktiviti memetik bual epal di ladang. Pengunjung berpeluang memetik sendiri buah epal di pokok dan makan sepuasnya di dalam ladang yang berkenaan.

Epal yang dipetik boleh dibawa pulang…tetapi sebelum tu epal yang dipetik hendaklah ditimbang dahulu dan kita perlu membayar mengikut nilai timbangan epal yang berkenaan.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat lawatan di Surabaya yang boleh kita ziarahi seperti Masjid Sunan Ampel dan Sunan yang lain (Wali Songo), cuma batasan waktu yang terhad. Kepada yang berminat untuk melawat Surabaya boleh berhubung terus dengan petugas Ajwa Travel.
Wassalam.