Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.
Jogjakarta atau selalu disebut Jogja sememangnya menarik untuk dilawati. Bagi pengunjung yang suka bergambar atau abadikan kenangan di tempat-tempat yang cantik, Jogja lah tempatnya.
Jogjakarta terkenal dengan sejarah kesultanan mereka dan bangunan-bangunan yang unik. Jogja juga mempunyai kawasan hutan dan pantai yang cantik.
Jika nak ceritakan tempat menarik di Jogja ni memang banyak tetapi kali ni saya akan kongsikan antara beberapa tempat menarik yang pernah saya lawati.
1. Kebun Buah Mangunan
Kebun Buah Mangunan ini berkeluasan sekitar 23 hektar dan berada pada ketinggian 200 meter dari paras laut, sehingga mendapat julukan Negeri di Atas Awan.
Pengunjung akan terpegun dengan pemandangan hutan tebal semula jadi yang dilihat dari atas ketinggian kawasan ini. Deretan pergunungan terlihat jelas dari kawasan atas, ditambah jika adanya gumpalan awan tebal bagai berada di atas kayangan.
2. Tour Gunung Merapi
Pengunjung Lava Tour Merapi akan dibawa menyusuri kaki Gunung Merapi dengan Jeep Willys buatan Amerika. Selain Jeep Willys, ada juga kenderaan adventure lainnya yang tak kurang hebatnya. Muatan Jeep 4×4 ni untuk 4 orang dengan seorang Pemandu. Tak ingat berapa kadar sewa Jeep 4×4 tetapi bila dah sampai sini mahu tak mahu memang kena ambil jika nak explore kawasan Gunung Merapi.
Laluan yang dilalui bermula dari tempat Parking Tlogo Putri, menyusuri Kalikuning, hingga bunker Kaliadem dan kembali lagi ke Kaliurang. Menariknya ada satu batu yang dipanggil batu Alien yang tiba-tiba muncul selepas terjadinya letusan Gunung Merapi suatu ketika dulu. Bentuk batu ni macam objek kepala manusia (seperti dalam gambar).
Semakin jauh route yang kita pilih, semakin banyak tempat yang boleh kita lihat. Seperti gambar di bawah, di belakang kami ialah kawasan laluan lava gunung berapi ketika meletus suatu ketika dahulu.
Kita juga boleh melawat tapak rumah Penjaga Gunung Merapi yang terbunuh semasa gunung Merapi meletus suatu ketika dulu. Kabarnya beliau tidak mahu meninggalkan kawasan ini walaupun sudah dipujuk berkali-kali.
3. Kuil Borobudur
Ia merupakan candi atau kuil Buddha yang terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Sebenarnya saya bukanlah minat sangat nak lawat tempat ni, cuma bila dikatakan ianya adalah salah satu dari benda ajaib dunia maka perasaan ingin tahu timbul. Untuk pelancong asing yuran masuk memang mahal, jika tak silap sekitar RM100. Yuran masuk pelancung tempatan rasanya sekitar RM10 je….nak menyamar jadi orang tempatan memang tak boleh sebab Kaunter Tiket akan minta tanda pengenalan diri atau Kartu Penduduk…mana kita ada..
Nak melawat Candi Borobudur memang kena menggunakan kekuatan fizikal…ada banyak anak-anak tangga untuk sampai sehingga ke puncak paling atas. Sebaiknya melawat tempat ni kena awal pagi sebelum matahari mula meninggi..iaitu ketika cuaca masih redup…jika lewat memang panas sebab kawasan ini agak terbuka.
Memang hebat, Candi Borobudur yang bertingkat-tingkat dan mempunyai binaan ratusan patung Buddha yang didirikan oleh para penganut agama Buddha sekitar tahun 800-an Masehi. Teknologi apakah yang digunakan ketika zaman yang berkenaan dan tak pasti berapa lama masa yang digunakan membina Candi seteguh ini.
Borobudur kini masih digunakan sebagai tempat ziarah keagamaan. Setiap tahun penganut Buddha datang dari seluruh Indonesia dan berkumpul di Borobudur untuk memperingati Hari Kebesaran penganut Buddha.
4. Jalan Malioboro
Ibarat Jalan Bukit Bintang jika di Malaysia. Kita boleh shopping di Jalan Malioboro pada bila-bila masa kerana ianya terbuka 24 jam sehari. Cuma larat tak larat je kerana saya anggarkan mungkin hampir 1 kilometer panjang Jalan Malioboro ni.
Di sini dijual pelbagai cenderamata termasuk perhiasan wanita, batik indonesia, emas, permata, malah perhiasan rumah. Cuma kita kena pandai tawar-menawar di sini. Dan yang special cubalah makan Nasi Gudeg yang dijual di warung-warung di Jalan Malioboro ni.
Jika tak larat jalan kaki, boleh juga ambil servis Kereta Kuda ataupun beca untuk menyusuri Jalan Malioboro ni. Boleh juga ambil gambar di lokasi yang dirasakan cantik.
5. De Mata Trick Eye Museum
De Mata Trick Eye Museum adalah satu-satunya Muzium 3D di Jogjakarta dan mungkin di Kepulauan Jawa. Museum ini menampilkan 120 buah lukisan tiga dimensi (3D) menjadikan ianya sebagai Muzium 3D terbesar di dunia. Berbagai tema lukisan yang di tampilkan dari tema alam semulajadi, tokoh terkenal, superhero, ahli sukan, olahraga dan banyak lagi.
Muzium lukisan 3D sebenarnya seperti lukisan-lukisan biasa pada umumnya. Tetapi yang membuat ia berbeza adalah objek yang ada di lukisan tampak seperti ‘real’ sehingga menyebabkan gambar yang kita ambil kelihatan macam ‘real’ juga. Bermacam-macam gaya kita boleh tampilkan semasa ambil gambar di lukisan-lukisan yang berkenaan.
Muzium ini juga ada pameran ala Madame Tussaud di London di mana patung-patung tokoh terkenal ada di sini. Sungguhpun hasil kerja seni patung berkenaan tidaklah sehebat seperti Madame Tussaud yang lebih halus hasil karya seninya tetapi saya kira boleh la…patung memang ada mirip tokoh yang berkenaan.
Jika tak silap tiket masuk ke Muzium ini sekitar Rp50,000 atau lebih kurang RM15 je…memang berbaloi. Rugi jika pergi Jogja tak singgah Muzium 3D ni.
Tempat-tempat menarik yang lain di Jogja
Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Jogja yang boleh kita lawati yang tak sempat saya cerita. Jika mempunyai banyak masa kita boleh melawat Pantai Parangtritis, Pantai Timang, Hutan Pinus Becici, Hutan Pinus Pengger, Kreraton Jogjakarta, Gua Jomblang, Gua Pindul, Taman Negara Kalibiru, Kalong Island dan banyak lagi.
PS : Jika berminat dengan Pakej Ke Jogyakarta samada mahu pergi secara berkumpulan atau Private Tour minima 6 orang boleh hubungi Staf Ajwa Travel Fatin Kamili 0193390156 atau Lina Aqila 014-2264814.
Share:
Jogjakarta mempunyai banyak lokasi tumpuan pelancung.