Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.
Seusai Sarapan Pagi di Hotel Penginapan di Pulau Sabang, jemaah terus Check out hotel seawal pagi menuju ke Pelabuhan Baluhan untuk menaiki Bot Express kembali ke Banda Aceh. Jemaah kena menepati masa dibimbangi boleh terlepas bot jika lewat.
Sebaik tiba di Pelabuhan Ulee Lheu, jemaah terus dibawa melawat Masjid Baitur Rahim yang terletak tidak jauh dari situ. Kedudukan masjid ini betul-betul di tepi pantai sebelum memasuki Pelabuhan Ulee Lheu. Masjid Baitur Rahim ini juga terselamat semasa Tsunami, hanya mengalami kerosakan kecil sahaja sedang kawasan sekitar musnah teruk sama keadaannya seperti yang terjadi Masjid Rahmatullah.
Selanjutnya jemaah dibawa melawat Kapal Janakuasa Elektrik PLTD Apong yang terdampar di satu kampong dibawa arus ombak Tsunami sejauh 5km dari kawasan Pelabuhan Ulee Lheu. Ketika Tsunami dikabarkan kapal sebesar ini hanya dapat menyelamatkan 1 orang sahaja yang kebetulan memang berada di atas kapal berkenaan.
Kapal PLTD Apong ini kekal berada di lokasi ia terdampar kerana kesukaran untuk memindahkannya ke tempat asal. Kini Kapal PLTD Apong dijadikan Muzeum dan di dalamnya ada Pamiran & video mengenai ilustrasi peristiwa kapal ini dihanyutkan oleh ombak Tsunami sehingga terdampar di tempatnya sekarang.
Muzium Tsunami Aceh
Jemaah juga dibawa melawat Muzeum Tsunami Aceh. Muzium ini dibina khusus bagi memperingati peristiwa Tragedi Tsunami Aceh yang mengorbankan ratusan ribu mangsa. Pengunjung berpeluang melihat Tayangan Gambar mengenai Peristiwa Kejadian Tsunami yang melanda Aceh…memang sedih dan pilu bila melihat kejadian sebenar Tsunami yg sempat dirakam oleh kamera.
Seusai lawatan di Muzium Tsunami Aceh, jemaah dibawa makan tengahari di Restoran Tempatan.
Masjid Baitur Rahman Banda Aceh
Selepas Makan Tengahari, jemaah dibawa ke ikon Banda Aceh iaitu Masjid Baitur Rahman untuk Solat Jamak Zuhur dan Asar. Masjid ini juga terselamat semasa Tsunami tetapi di kawasan sekitar masjid penuh dengan sampah sarap yang dibawa oleh arus ombak Tsunami.
Dikabarkan semasa kejadian Tsunami ada seorang Cina yang melihat sosok lelaki berjubah putih menyapu ombak Tsunami yang datang ke arah masjid sehinggakan ombak terbias dan tidak memasuki kawasan Masjid dan selepas itu Cina tersebut terus memeluk agama Islam. Bahkan penduduk setempat menyatakan sesiapa yang masuk ke dalam Masjid Baitur Rahman semuanya selamat. Allahuakbar.
Masjid Baitur Rahman kini ada binaan payung yang boleh dibuka ala Masjid Nabawi. Melawat Masjid ini pengunjung khususnya wanita hendaklah berpakaian sopan…tak boleh pakai Seluar Ketat. Memang tak dibenarkan masuk.
Sebelah petang jemaah dibawa ke Kompleks Membelibelah di Banda Aceh untuk agenda membeli belah. Seusai membeli belah jemaah terus dibawa ke Restoran Tempatan untuk makan malam dan seterusnya check in Hotel di Banda Aceh.
Hari ke4 dan terakhir di Banda Aceh
Hari ke4 ialah hari terakhir Kembara ke bumi Aceh.. selepas Sarapan Pagi jemaah akan terus “check out” Hotel.
Sebelum ke airport, jemaah dibawa melawat satu Rumah Anak Yatim yg ada di sana.
Jemaah diberi penerangan mengenai pengendalian Rumah Anak Yatim yg diuruskan oleh pihak perseorangan tanpa ada bantuan dari pihak Kerajaan… menyedihkan juga bila dimaklumkan guru-guru yg menjaga dan mengajar anak2 yatim ini secara sukarela dan tidak bergaji tetap…imbuhan yg diperolehi hanyalah dari sumbangan ihsan masyarakat setempat dan ada juga menerima sumbangan dari tamu yg datang melawat terutama dari Rakyat Malaysia.
Sessi lawatan diakhiri dgn bergambar kenangan dengan penghuni Rumah Anak2 Yatim di sini… sebelum tu kami ada buat kutipan sumbangan seikhlas hati dari para jemaah Ajwa sebagai amal jariah sebelum berangkat pulang
Sebelum sampai airport singgah terlebih dahulu ke Restoran Tempatan untuk makan tengahari dan kemudiannya menuju ke airport untuk keberangkatan pulang ke Tanah Air membawa seribu kenangan manis selama berada 4 hari dan 3 malam di bumi Aceh.
Kini Ajwa menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk melawat Banda Aceh samada secara Private Tour ataupun secara berkumpulan…boleh hubungi Petugas Ajwa Travel Fatin Kamili 019-3390156 atau Lina Aqila 014-2264814.
Jumpa lagi untuk cerita destinasi lain pula.