AKTIVITI DI PULAU SABANG – Hari Kedua

Assalamualaikum dan bertemu kembali.

Selepas Sarapan Pagi di Hotel, jemaah akan check out Hotel kerana selepas ini jemaah akan menginap di Pulau Sabang pula. Destinasi awal jemaah akan terus dibawa ke Pelabuhan Ulee Lheu untuk menaiki Bot Express menuju ke Pulau Sabang.

Perjalanan ke Pulau Sabang dianggarkan mengambil masa 45 minit. Sebelum bot bergerak biasanya pasti ada Jurujual yang menjual ole-ole makanan dan minuman kepada penumpang…ada juga yang jual buah Salak.

Ada juga penumpang yang suka duduk di luar.

Sampai di Pulau Sabang, jangan lupa ambil gambar di sini dulu.

Destinasi awal yang diziarahi di Pulau Sabang ialah Kubu Pertahanan Jepun yang terletak di kawasan tepi Pantai.

Kita kena mendaki beberapa anak tangga untuk sampai ke Kubu tersebut.

Laluan di atas bukit menuju ke Kubu Pertahanan Jepun.

Ada peninggalan meriam lama yang masih ada di situ.

Dari kawasan atas bukit kita boleh saksikan pemandangan indah tepi pantai Pulau Sabang.

Selanjutnya perjalanan diteruskan menuju ke Danau Aneuk Laot untuk melihat pemandangan laut di kawasan ini…memang best pemandangan di sini kerana air lautnya begitu jernih sekali.

Selepas jemaah makan tengahari di Restoran Tempatan di pulau ini, jemaah dibawa ke Masjid Agung Babussalam Sabang untuk Solat Jamak Zuhur dan Asar.

Seusai Solat di Masjid destinasi seterusnya ialah ke Kilometer 0 iaitu satu lokasi paling barat hujung pulau Sabang Indonesia….dari sinilah keluasan Indonesia mula dikira. Kerana itu tempat ini dipanggil Kilometer Nol oleh orang Indonesia. Kita boleh saksikan deruan ombak besar dan ganas Laut Hindi. Di sini ada juga kedai-kedai yang menjual pakaian selain dari kedai makan dan minum.

Biasanya aktiviti di sini tak lama…antara 30 minit ke 1 jam sahaja sementara menanti cuaca redup untuk ke Pantai Lboih untuk aktiviti menaiki bot mengelilingi Pulau Rubiah.

Sebenarnya aktiviti menaiki bot mengelilingi Pulau Rubiah ialah Optional. Akan tetapi untuk Trip Aceh berkumpulan biasanya saya belanja kos sewa bot untuk memberi nilai tambah dalam Trip Aceh Sabang ni.

Aktiviti ini memang mengujakan kerana kita boleh melihat hidupan laut dan terumbu karang yang ada dalam laut melalui bot kaca yang kita naiki sambil mengelilingi Pulau Rubiah. Biasanya aktiviti ini mengambil masa 1 jam atau lebih.

Kita juga boleh singgah di Pulau Rubiah jika mahu untuk aktiviti snorkeling atau mandi laut. Bagi yang tak mahu mandi laut boleh duduk santai di Pulau Rubiah sambil minum air Kelapa Muda dan makan-makan.

Seusai aktiviti ini biasanya hari sudah menjelang senja dan jemaah terus dibawa check in Hotel di Pulau Sabang. Selepas Maghrib baru jemaah dibawa keluar untuk makan malam di Restoran Tempatan. Jemaah menginap 1 malam sahaja di Pulau Sabang dan keesokkan harinya akan kembali semula ke Banda Aceh.

Bersambung …untuk cerita hari ke3 pula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top