Assalamualaikum dan bertemu kembali.
Kali ni saya nak share cerita mengenai Banda Aceh & Pulau Sabang pula. Banda Aceh kaya dengan sejarah Tragedi Tsunami yang menyayat hati. Jadi awal2 set dalam minda kita ke sini untuk melihat kesan-kesan peninggalan Tsunami. Bukan pergi untuk shopping seperti kita pergi Bukittinggi dan Bandung. Malah kemungkinan kita boleh menitiskan air mata apabila terkesan dengan cerita sedih mangsa-mangsa Tsunami.
Kali ni penceritaan saya mengikut turutan Itinerary Perjalanan supaya pembaca lebih mudah memahami. Lazimnya Ajwa Travel ambil flight ke Banda Aceh awal pagi (first flight) dan balik pada hari ke4 pada sebelah petang supaya banyak tempat yang boleh dilawati.
Sebaik sampai di Banda Aceh, destinasi pertama yang dilawati ialah Perkuburan Massal iaitu satu tempat tanah lapang yang menguburkan 46 ribu orang mangsa Tsunami. Dengar cerita Tour Guide pun dah sedih kerana mangsa-mangsa Tsunami ini dikebumikan menggunakan plastik hitam diturunkan dengan lori ke lubang yang digali seperti menurunkan tanah atau sampah dek terlalu banyak mayat-mayat mangsa Tsunami ketika itu. Mayat mangsa Tsunami dikuburkan berlapis-lapis dan tiada batu nisan di kawasan ini, hanya lah tanah lapang sahaja yang kita lihat.
Kubah Masjid 30 tan
Lokasi seterusnya ialah melawat Kubah Masjid seberat 30 tan yang terdampar di kawasan sawah padi dibawa ombak Tsunami. Biasanya ada seorang Ustazah yg akan menceritakan sejarah bagaimana Kubah Masjid ini hanyut dan terdampar di kawasan sawah padi… memang menyedihkan bila diceritakan hampir kesemua penduduk kampong di kawasan ini mati dan ada yg hilang tidak ditemui sehingga kini semasa Tsunami.
Untuk sampai di sini kita ada pilihan samada berjalan kaki sekitar 400 meter atau boleh juga menaiki motorsikal penduduk kampung yg tersedia menanti… tergantung kpd kita nak bagi saguhati kepada pemilik motorsikal selepas menggunakannya kerana Bas tidak boleh masuk ke kawasan sini.
Ada kala saya berjalan kaki tetapi bila ada pemilik motorsikal yg merayu utk gunakan motornya maka saya pilih naik motor dgn niat untuk membantu.
Rumah Cut Nyak Dien
Destinasi seterusnya ialah melawat Rumah Pahlawan Wanita Aceh iaitu Cut Nyak Dien. Pengunjung boleh naik ke rumah pahlawan Aceh ini dan diberi penerangan mengenai sejarah penentangan pahlawan ini melawan Belanda suatu ketika dahulu. Kita juga boleh melihat keunikkan senibina rumah tradisional orang Aceh yang berbeza sedikit dari rumah masyarakat Melayu kita.
Selepas tu jemaah dibawa makan tengahari di kawasan pantai yg tidak jauh dari Rumah Pahlawan Aceh tadi. Memang best makan tengahari di kawasan pantai Aceh sambil menikmati angin pantai yang nyaman. Jangan lupa pesan Kelapa Muda. Menu hidangan makan tengahari di sini ialah Ikan Bakar dengan sambal kicap dan sedikit sayur serta buah tembikai….memang best.
Seusai makan tengah hari jemaah dibawa ke Masjid Rahmatullah di Kg Turki yg terletak tidak jauh dr situ. Kampong ini dipanggil kampong Turki kerana selepas Tsunami banyak rumah-rumah baru dibina datangnya dari bantuan Kerajaan Turki.
Betapa hebatnya kuasa Allah yang saya kira satu keajaiban, ketika Tsunami hanya bangunan masjid ini yg kekal utuh sedang di kawasan sekelilingnya musnah sama sekali seperti Padang Jarak Padang Terkukur (seperti gambar di bawah)
Selepas Solat Jamak Zuhur & Asar di Masjid Rahmatullah, seterusnya ialah “check in” hotel di Banda Aceh untuk jemaah berehat dan membersihkan diri sekitar 1 jam, kemudian jemaah akan keluar semula untuk lawatan seterusnya.
Kapal Bot Terdapat atas bumbung Rumah
Sesampai di sini biasanya ada wakil yg akan memberi penerangan mengenai sejarah Bot yg tersangkut di atas rumah. Memang menyayat hati apabila penduduk kampong yang terselamat menceritakan pengalamannya ketika menghadapi peristiwa Tragedi Tsunami ketika itu. Dikisahkan kapal ini dapat menyelamatkan 47 orang penduduk kampong yang berlindung di tingkat atas rumah yang berkenaan.
Kenangan bergambar bersama salah seorang saksi hidup Tsunami iaitu Wak Kolak (tinggi tudung pink). Ada buku kisah pengalaman beliau terselamat dari Tsunami yg dijual di sini. Syukur alhamdulillah beberapa kali saya dapat bertemu dengan Wak Kolak ketika kunjungan saya ke sini.
Seusai lawatan di sini, seterusnya ialah Makan Malam di Restoran Tempatan dan kemudiannya terus kembali ke hotel untuk istirehat. Hari ke2 ahli rombongan dibawa melawat Pulau Sabang pula.
Bersambung…..