TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BANDUNG

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Bandung antara destinasi yang saya suka pergi selain dari Bukittinggi Sumatera. Ini kerana suhu Bandung yang sejuk dan mempunyai pemandangan alam semulajadi yang cantik dan menawan. Mungkin ramai yang tidak tahu untuk ke Bandung sudah ada Airport yang baru iaitu Kertajati International Airport yang baru dibuka pada bulan Mei tahun lepas. Perjalanan dari Kertajadi ke Bandung mengambil masa 2 jam sahaja berbanding jika kita turun di Jakarta.

Tanah Tinggi Pergunungan Lembang mempunyai banyak tempat tumpuan pelancung di Bandung. Antaranya ialah :-

Farmhouse di Lembang

Farm House menawarkan pengalaman meneroka senibina Eropah atau rumah ala Belanda untuk pengunjung yang datang ke sini. Kawasan sekitar yang dikelilingi pohon-pohon bunga mekar pelbagai warna ditambah dengan suasana udara segar dingin pergunungan membuatkan kita seolah-olah berada di bumi Eropah.

Tiket Masuk ke Farmhouse tak la mahal sangat…lebih kurang Rp29,750 atau RM10 je.. pengunjung boleh dapatkan minuman susu percuma berperisa Coklat atau Strawberry atau susu biasa pada setiap pembelian tiket masuk atau boleh dapatkan diskaun pembelian barangan yang dijual di dalam Farmhouse ini melalui tiket masuk tadi.

Biasanya lawatan ke Farmhouse ini dibuat pada sebelah pagi. Selain tarikan rumah senibina ala Eropah, di sini juga ada mini zoo yang menempatkan binatang ternakan seperti burung, arnab, kambing biri-biri, angsa dan banyak lagi haiwan ternakan jinak dan pengunjung juga diberi peluang untuk memberi makanan kepada binatang yang berkenaan.

Pengunjung juga berpeluang mencuba memakai costum pakaian Belanda jika mahu. Sewanya tidaklah mahal hanya Rp50000 (sekitar RM15) untuk tempoh sejam dan pengunjung boleh mengambil gambar dengan pelbagai gaya di seluruh kawasan Farmhouse ini. Memang berbaloi…

Maribaya Lodge

Terletak di kawasan pergunungan daerah Lembang tidak jauh dari Farmhouse. Kita dapat saksikan keindahan hutan pokok pinus yang subur ditambah dengan udara suhu sejuk pergunungan yang segar membuatkan kita merasa nyaman di sini.

Pengunjung boleh mencuba aktiviti mengerunkan seperti menaiki basikal yang tergantung di atas kabel (Zip Bike), atau Mountain Swing atau Hot air Balloon. Memang menyeronokkan…rasa kelakar pun ada bila melihat pengunjung yang terjerit-jerit ketakutan kerana mencuba aktiviti Zip Bike…mungkin gayat dengan ketinggian tetapi ingin mencuba.

Kita juga boleh merasai pengalaman menaiki belon panas ala-ala Cappadocia Turki dan semasa aktiviti ini ada Juru gambar yang mengambil gambar kita dari kejauhan. Terpulang samada kita mahu membelinya atau tidak semasa kita keluar dari kawasan ini.

Orchid Forest

Satu lagi destinasi pelancungan baru yang menarik ialah Orchid Forest. Kawasan hutan pokok pine ini amat luas dan jika kita leka ambil gambar dalam kawasan ni maka kita akan ambil masa yang lama dalam kawasan ni. Kawasan baru ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke kawasan peranginan Limbang ini. Jika hari cuti Sabtu dan Ahad jalan menuju ke Orchid Forest ini memang sesak teruk.

Pengunjung boleh melawat kawasan tanaman bunga Orchid dalam kawasan ini. Bagi penggemar bunga Orchid memang lawatan ke tempat ini mengujakan kerana boleh bergambar dengan bermacam spesis bunga Orchid pelbagai warna yang cantik dan menawan. Bagi lelaki seperti saya masuk kawasan bunga Orchid ini rasa biasa je la…ambil gambar buat syarat je.

Ada banyak lagi tempat tumpuan pelancung di kawasan Lembang yang kita boleh lawati jika mempunyai masa seperti :-

Dusun Bambu

Pasar Terapong Lembang

Fairy Garden, Tangkuban Perahu, The Great Asia Africa, Rainbow Garden dan banyak lagi.

Selain kawasan Lembang ada banyak lagi tempat tumpuan pelancung di Bandung…antaranya ialah Kawah Putih

Kawah Putih

Kawah Putih merupakan salah satu destinasi pelancungan yang popular bagi pengunjung dalam mahupun luar negara. Kawah Putih ialah tasik kawah gunung berapi yang terletak sekitar 50km dari Kota Bandung. Keindahan tasik Kawah Putih kerana airnya yang berwarna biru kristal berlatarkan bukit bukau di sekitarnya dan permandangan langit yang membiru.

Keindahan tasik Kawah Putih ini sehingga ramai yang menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem, mengambil foto pengantin dan tempat seniman melukis. Di sini juga ada khidmat Juru Foto yang menawarkan kepada pengunjung untuk diambil gambar mereka dengan dikenakan sedikit caj bayaran tergantung berapa keping gambar yang diambil.

Pengunjung dinasihatkan memakai pelitup muka yang turut dijual di kawasan ini kerana kawasan ini mengandungi gas sulfur yang amat kuat. Pengunjung juga tidak digalakkan berada terlalu lama di kawasan ini kerana dibimbangi boleh memudaratkan kesihatan sekiranya terpaksa menghidu bau belerang yang amat kuat,

Kawah Rengganis

Kawah Rengganis merupakan kawah kolam air panas dan pengunjung boleh gunakan untuk berendam jika mahu kerana kononnya baik untuk merawat kulit. Banyak cara boleh dilakukan untuk menikmati panorama keindahan alam di kawasan ini.

Salah satunya melalui Jambatan Gantung Rengganis atau Rengganis Suspension Bridge. Jambatan gantung ini memiliki panjang 370 meter dengan ketinggian mencapai 75 meter, sehingga dikatakan ianya jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Melewati jambatan ini tidak hanya menguji keberanian pengunjung, tetapi akan membuat kita kagum dengan keindahan Kawah Rengganis yang dikelilingi pepohonan hijau dari atas.

Selain tarikan Jambatan Gantung, pengunjung juga boleh menikmati panorama alam semulajadi di sini melalui aktiviti menaiki Keranjang Sultan. Pengunjung hanya duduk santai di keranjang yang ditarik dan meluncur hingga 250 meter dari atas ketinggian. 

Kepada yang berminat untuk ke Bandung, saya kini menawarkan Pakej Private Tour dengan minima penyertaan seramai 6 orang ke atas. Kita boleh memilih samada Penerbangan Malaysia Airlines atau Airasia yang berlepas ke Kertajati International Airport.

Tempoh Perjalanan Trip Bandung ini boleh jadi 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam tergantung kepada hari penerbangan berlepas dan juga jenis flight yang diambil.

Jika mahu Ajwa Travel uruskan Full Pakej juga boleh samada secara Private atau Berkumpulan.

InsyaAllah selepas ini cerita destinasi yang lain pula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top