PAKEJ MINANGKABAU PADANG BUKITTINGGI 4H3M

Assalamualaikum wbt dan Selamat Datang ke Blog Kembara Muslim Ajwa.

Melalui penulisan blog ini, saya cuba share maklumat mengenai Pakej2 Pelancungan Ajwa Travel dan saya mulakan dengan Pakej Minangkabau iaitu Padang & Bukittinggi.

Trip Minangkabau ini antara destinasi yang saya suka pergi…dah banyak kali saya bawa rombongan ke sini masih tak jemu untuk ke sini lagi…saya sukakan keindahan alam semulajadi Ranah Minangkabau yang cantik dan menawan…udara pergunungan yang segar dan suhu sejuk yang nyaman membuatkan saya rasa selesa berada di sini.

Pakej Minangkabau ini juga antara yang paling murah untuk sektor Indonesia. Dengan harga serendah RM1550/seorang All In untuk tempoh 4 hari dan 3 malam. Harga dah termasuk tiket penerbangan pergi balik, meals on board, bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 20kg, hotel penginapan sebilik berdua, makan minum di sana termasuk pengangkutan dan lawatan ke tempat2 yang menarik. Jemaah tinggal bawa duit poket untuk berbelanja je….Memang berbaloi.

Lazimnya Ajwa Travel suka mengambil penerbangan ke Padang seawal pagi (first flight) dan balik di Hari ke4 ambil penerbangan sebelah petang supaya jemaah puas meneroka Kembara Muslim di Ranah Minangkabau. Oleh kerana penerbangan ke Padang awal pagi biasanya Ajwa akan ambil Pesanan Makanan dalam Flight (Meals on board) supaya jemaah dapat bersarapan pagi. Cuma jemaah kena cepat habiskan makanan dalam flight kerana tempoh penerbangan ke Padang tak lama…hanya 50 minit atau 1 jam je.

Padang

Sebaik tiba di Airport Padang, jemaah dibawa bergambar di ikon Padang terlebih dahulu iaitu Masjid Raya Padang yang bumbungnya ala Rumah Minangkabau (seperti gambar di atas). Memang menarik dan unik binaan masjid ini…jika tak diberitahu mungkin kita pun tak tahu ianya ialah bangunan masjid.

Satu lagi tarikan di Padang ialah Pantai Air Manis dimana di kawasan ini ada kisah lagenda Malim Kundang yang derhaka kepada ibunya sehingga menjadi batu. Jika di Malaysia macam kisah Si Tanggang. Tak pasti samada kisah ini benar ataupun tidak tetapi di sini memang ada objek seperti kapal pecah dan seorang pemuda yang seperti sedang sujud memohon ampun. Bentuk macam real…

Seusai lawatan di Padang, selanjutnya perjalanan diteruskan ke Bukittinggi dan biasanya akan singgah terlebih dahulu ke Rumah Makan Lamun Ombak untuk makan tengahari. Semestinya hidangan Nasi Padang yang disajikan. Memang tidak mengecewakan makan di sini. Saya dapati Rumah Makan Lamun Ombak ini sentiasa menerima kunjungan terutama pelancung tempatan mahupun pelancung luar.

Selesai makan tengahari, biasanya jemaah akan Solat Jamak Zuhur dan Asar di Musollah yang terdapat di Rumah Makan Lamun Ombak.

Perjalanan diteruskan lagi dan jemaah akan singgah di Air Terjun Lembah Anai untuk berfoto. Sememangnya Air Terjun Lembah Anai ini kerap dikunjungi pelancung yang melalui jalan menuju ke Bukittinggi ini dan biasanya ada juga khidmat Juru Foto yang menawarkan khidmat mengambil gambar Pengunjung dengan dikenakan sedikit bayaran…murah je sekeping gambar yang siap print tak sampai nilai RM10 pun.

Lokasi awal shopping ialah Kedai Barangan Kulit…memang berkualiti hasil buatan orang sini dan murah pula. Bagi yang suka barangan kulit boleh membeli belah di sini…sebelum Covid19 saya pernah tempah sepasang Kasut Kulit di sini pada harga sekitar RM100 je dan siap dalam tempoh 2 hari…masa nak balik kasut tempah dah siap.

Kunjungan ke Ranah Minangkabau tidak lengkap jika tidak menziarahi Pusat Dokumentasi dan Infomasi Kebudayaan Minangkabau. Lokasinya terletak di Padang Panjang. Bangunan yang dipanggil Rumah Gadang ini memiliki seni bina bangunan yang unik Rumah masyarakat Minangkabau. Pengunjung diberi penerangan mengenai budaya Masyarakat Minangkabau yang diamalkan dan juga ciri-ciri Adat Pepatih yang berbeza dengan Adat Temenggung.

Pengunjung juga diberi peluang untuk abadikan kenangan bergambar dengan Pakaian Pengantin Minangkabau dengan dikenakan sedikit bayaran…agak murah jika tidak silap tak sampai RM20 untuk satu Pakaian Pengantin. Satu pengalaman yang menarik bila pengunjung berpeluang abadikan kenangan berpakaian Pengantin ala Minangkabau. Rugi jika tak ambil peluang ni…

Bukittinggi memang terkenal dengan Sulaman Pakaian wanita. Kemahiran menenun Songkek dan sulaman ini diwariskan turun temurun dari satu generasi ke generasi terutama kaum wanita. Industri Sulaman ini diusahakan secara kampong atau setiap isi rumah mengusahakan Sulaman Kain atau Telekung dan produk akhir ini dipasarkan ke Kedai yang terdapat di kawasan Bukittinggi dan banyak juga yang diekspot ke luar daerah.

Corak sulaman pada kain yang dijual juga berbeza kerana ia merupakan hasil kerja seni tangan manusia dan bukan mesin. Sememangnya Bukittinggi ni syurga membelibelah untuk kaum Hawa. Pakaian Sulamannya cantik, berkualiti dan murah harganya. Rugi jika tak shopping…sampai ada keluar tagline pengunjung “biar menyesal shopping, jangan menyesal tak shopping”..ha…ha…ha…

Ada banyak tempat shopping pakaian sulaman di Bukittinggi. Berkunjung ke sini kena pandai tawar menawar…tetapi pada saya pakaian yang dijual sememangnya murah dan sulamannya juga cantik dan bermutu. Bagi yang suka shopping memang kena bawa wang yang mencukupi…dan biasanya di setiap kedai menerima juga wang Ringgit Malaysia bila duit Rupiah dah habis.

Tempat2 Menarik di Bukittinggi

Lembah Harau terletak sekitar 47km dari Bukittinggi. Tempat ini dikelilingi oleh granit yang curam berwarna warni pada ketinggian 100 hingga 500 meter yang terbentuk hasil dari pergerakan lempeng bumi jutaan tahun silam. Lembah Harau ini antara lembah yang terindah di Indonesia.

Dahulunya dikabarkan tempat ini lebih cantik kerana memiliki banyak air terjun di setiap lereng bukit…tetapi kini kita hanya dapat melihat banyak kesan lama air terjun yang mengering di lereng2 bukit dan hanya ada satu aliran air terjun yang paling tinggi (seperti gambar di atas)

Panorama Ngarai Sianok

Ngarai atau Canyon di Bukittinggi mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan dengan tebing2 curam dan sungai yang mengalir di dasarnya sehingga pernah disamakan dengan Grand Canyon di Amerika Syarikat. Ngarai Sianok ini terbentuk kerana berlaku proses pergerakan lempeng bumi yang menimbulkan rekahan lembah yang curam yang terbentang sejauh 15km panjang.

Keindahan Ngarai Sianok dapat dilihat dari Panorama Park di Bukittinggi dan pengunjung harus membayar Yuran Masuk sekitar Rp3000 (jika tak silap saya). Kebetulan Hotel Penginapan kami terletak berhampiran dengan tempat ini, maka kami hanya berjalan kaki sahaja dari Hotel Penginapan untuk ke sini.

Tidak jauh dari sini, pengunjung juga boleh melawat Lubang Jepun iaitu tempat penyiksaan tahanan Tentera Jepun yang dibina semasa Perang dunia ke2 yang terletak di pangkalan gaung. Kita kena menuruni banyak anak tangga untuk melawat Lubang Jepun ini dengan diiringi oleh Tour Guide di sini yang akan menceritakan sejarah tempat ini. Tergambar di benak fikiran betapa kejamnya penyiksaan yang dilakukan oleh Tentera Jepun sehingga tahanan yang terbunuh dicampak terus dari tebing gaung. Mudah faham siapa yang ditahan di sini memang tiada jalan keluar, hanya menunggu maut je la.

Pasar Atas Jam Gadang

Pasar Atas merupakan tempat tumpuan membelibelah pengunjung yang datang ke Bukittinggi. Berhampirannya ada Jam Gadang yang menjadi ikon Bukittinggi. Sebelum ini Pasar Atas pernah terbakar dan lalu dibina Pasar Atas yang baru. Tetapi saya lebih menggemari Pasar Atas yang lama yang kelihatan lebih bersifat tradisional.

Pelbagai barangan jualan terdapat di sini seperti tenunan songket, kain sulaman, kraf barangan sulaman, pakaian, ukiran kayu, kasut, telekung sulam dan macam2 lagi barang jualan yang dijual pada harga yang berpatutan.

Istana Pagaruyung

Istana Basa Pagaruyung dahulunya merupakan tempat kediaman Raja Pemerintah. Istana ini pernah terbakar disambar kilat pada tahun 2007 lalu dibina semula mengikut rekabentuk asal. Kunjungan ke Bukittinggi tidak lengkap jika tidak menziarahi Istana Pagaruyung ini. Di sini ada juru foto profesional yang menawarkan khidmat mengambil gambar berlatarbelakang istana ini dengan bayaran yang murah. Gambar yang diprint memang cantik …rugi jika tak beli untuk jadi kenangan.

Kampong Paringan

Kampung Pariangan dinobatkan sebagai kampong paling indah di Kepulauan Sumatera dan di dunia oleh media Travel Budget Amerika Syarikat. Kampong ini terletak di lereng Gunung Merapi yang merupakan gunung berapi aktif. Lokasinya yang terletak sekitar 700 meter dari aras laut menjadikan kampong ini terasa sejuk dan nyaman…ditambah pula dengan pemandangan kawasan sawah bukit memang memukau pandangan.

Desa Pariangan ini juga disebut Nagari Tuo yang bermaksud Kampong Lama. Rumah tradisional atau sering disebut Rumah Gadang yang masih berdiri tegak di atas tanah menjadi satu tarikan luarbiasa di kampong ini. Keistimewaan Rumah Gadang ianya dibina tanpa ada paku yang digunakan untuk menyatukan kayu di dalam rumah. Semua rumah dibuat dari kayu dengan hiasan dalam gaya Minagkabau.

Puncak Lawang

Puncak Lawang yang terletak pada ketinggian 1.2km dari aras laut merupakan objek pelancungan yang popular di Bukittingi. Dari puncak kita boleh rasai udara segar yang sejuk dingin dan melihat keindahan Tasik Maninjau yang terbentang luas.

Rugi jika tidak abadikan kenangan bergambar di kawasan Puncak Lawang yang saya rasa puncak yang tertinggi di Bukittinggi ini.

Waktu yang terbaik melawat kawasan Puncak Lawang ini ialah pada sebelah pagi. Jika lewat sampai biasanya awan akan bergerak pantas sehingga menutupi pemandangan Tasik Maninjau yang bahagian bawah.

Sebenarnya banyak lagi tempat tumpuan pelancungan di Padang dan Bukittinggi yang boleh saya kongsi seperti Pantai Padang, Jambatan Siti Nurbaya, Fort De Kock, Rumah Hamka, Tasik Singgarak, Tabeh Patah dan lain-lain..saya rasa memadai saya highlight tempat yang saya kongsi setakat ini. InsyaAllah saya akan kongsi tempat2 pelancungan yang lain pula selepas ini.

Wassalam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top