Pengalaman Percutian di Banda Aceh & Pulau Sabang

Destinasi awal yg diziarahi ialah Perkuburan Massal yg menguburkan 46 ribu mayat mangsa tsunami… kawasan ini ialah tanah lapang yg tiada satu pun batu nisan seperti kubur yg biasa…mayat mangsa tsunami dikuburkan berlapis2 kerana terlalu banyak korban…

Seterusnya jemaah dibawa melawat KUBAH MASJID seberat 30 tan yg dihanyutkan oleh ombak Tsunami sehingga terdampar di kawasan sawah padi di Kg Gurah.

Untuk sampai di sini kita ada pilihan samada berjalan kaki sekitar 400 meter atau boleh juga menaiki motorsikal penduduk kampung yg tersedia menanti… tergantung kpd kita nak bagi saguhati kepada pemilik motorsikal selepas menggunakannya.

Ada kala saya berjalan kaki tetapi bila ada pemilik motorsikal yg merayu utk gunakan motornya maka saya pilih naik motor dgn niat untuk membantu…😀

Biasanya ada seorang Ustazah yg akan menceritakan sejarah bagaimana Kubah Masjid ini hanyut dan terdampar di kawasan sawah padi… memang menyedihkan bila diceritakan hampir kesemua penduduk kampong di kawasan ini mati dan ada yg hilang tidak ditemui sehingga kini semasa Tsunami.

Seusai lawatan di Kubah Masjid yg terdampar di kawasan sawah, seterusnya jemaah dibawa melawat Rumah Pahlawan Aceh Cut Nyak Dhein…jemaah diberi penerangan mengenai ketokohan Pahlawan Wanita Aceh ini menentang Penjajah Belanda

Selepas tu jemaah dibawa makan tengahari di kawasan pantai yg tidak jauh dari Rumah Pahlawan Aceh tadi. Memang best makan tengahari di kawasan pantai Aceh sambil menikmati angin pantai jgn lupa pesan Kelapa Muda. Menu hidangan makan tengahari di sini ialah Ikan Bakar….memang best👍😀

Seusai makan tgh hari jemaah dibawa ke Masjid Rahmatullah di Kg Turki yg terletak tidak jauh dr situ…satu2 bangunan masjid yg kekal utuh sedang di kawasan sekelilingnya musnah sama sekali ..Kampong ini juga dipanggil kampong Turki kerana banyak rumah2 baru dibina datangnya dari bantuan Kerajaan Turki
Agenda seterusnya ialah “check in” hotel di Banda Aceh untuk jemaah berehat dan membersihkan diri…sekitar 1 jam kemudian jemaah akan keluar semula untuk lawatan seterusnya…

Jemaah dibawa melawat Bot yg terdampar di atas rumah akibat dibawa ombak Tsunami… diceritakan bot ini dapat menyelamatkan 47 orang ketika Tsunami

Sesampai di sini biasanya ada wakil yg akan memberi penerangan mengenai sejarah Bot yg tersangkut di atas rumah. Memang menyayat hati apabila diceritakan pengalaman penduduk kampong ketika peristiwa Tsunami berlaku…Kenangan bergambar bersama Wak Kolak (tinggi tudung pink) mangsa Tsunami yg terselamat..ada buku kisah pengalaman beliau terselamat dari Tsunami yg dijual di sini

Aktiviti Hari 1 diakhiri dengan Makan Malam di Restoran Tempatan

Hari ke2 – Melawat Pulau Sabang dan bermalam di sana

Selepas Sarapan Pagi, jemaah dibawa ke Pelabuhan Ulele untuk menaiki Bot Express ke Pulau Sabang

Bot yg membawa penumpang ke Pulau Sabang…duduk di dalam ada aircond.  Nak duduk di luar bahagian belakang pun boleh

Perjalanan dgn bot ke Pulau Sabang mengambil masa 45 minit

Sesampai di Sabang, ambil gambar kenangan dahulu di sini

Kemudian jemaah dibawa ke lokasi Kubu Pertahanan Jepun di Anoi Hitam…

Kita kena menaiki beberapa anak tangga untuk sampai ke Kubu Pertahanan Jepun

Pemandangan indah dari atas bukit Kubu Pertahanan Jepun

Selanjutnya jemaah dibawa ke Danau Anak Laut…kita dapat saksikan keindahan pantai di sini

Air laut di sini ketara amat jernih sekali

Selepas Makan tengahari, jemaah Solat Jamak di Masjid Raya Pulau Sabang

Selepas Solat, destinasi seterusnya ialah Nol Kilometre…dari sini keluasan Indonesia mula dikira
Kilometer 0 ini merupakan kawasan paling hujung sebelah barat Pulau Sumatera…berdepan dengan Laut Hindi…ombak laut di sini memang ganas

Selanjutnya jemaah dibawa ke Pantai Llboh untuk aktiviti menaiki bot kaca mengelilingi Pulau Rubiah. Aktiviti mengambil masa 1 jam lebih kurang. Bot Kaca ini asalnya ialah 2 perahu fiber yg dicantumkan dan di tengahnya di letak kotak kaca untuk penumpang melihat hidupan laut dari atas bot. Aktiviti ni paling best kerana jemaah boleh melihat terumbu karang dan hidupan laut dari bot kaca yg dinaiki. Apabila sampai di lokasi terumbu karang kotak kaca ini diturunkan dan darinya kita boleh melihat terumbu karang dan ikan2 yg terdapat di sini ..ada rezeki kita boleh lihat penyu…memang teruja dan seronok. Pemandangan pulau Rubiah yg air lautnya begitu jernih sekali…jika ada waktu, yang nak snorkeling pun boleh atas tanggungan sendiri

Seusai aktiviti keliling Pulau Rubiah, jemaah akan check in Hotel untuk bermalam

Makan Malam di Pulau Sabang tergantung kepada…. biasanya selepas jemaah “check in” hotel dan selesai Solat di hotel, jemaah akan keluar semula untuk makan malam di Restoran Tempatan…. tetapi ada keadaan di mana jemaah mahu terus makan malam dan kemudiannya “check in” hotel dan terus berehat dan tak mahu keluar lagi..

Selepas Sarapan Pagi, jemaah terus check out dan menaiki Bot Express semula untuk kembali ke Banda Aceh

Aktiviti ziarah Hari ke3 di Banda Aceh dimulai lawatan ke Kapal Janakuasa Electric PLTD Apong yg terdampar ke sebuah kampong sejauh 5km dari pantai

Kapal PLTD Apong ini kini dijadikan Muzeum dan di dalamnya ada pamiran & video mengenai ilustrasi peristiwa kapal ini dihanyutkan oleh ombak Tsunami sehingga terdampar di tempatnya sekarang ini. Jemaah juga dibawa melawat Muzeum Tsunami Aceh. Ada tayangan gambar mengenai Peristiwa Kejadian Tsunami yang melanda Aceh…memang sedih dan pilu bila melihat kejadian sebenar Tsunami yg sempat dirakam

Masjid Baitur Rahman semestinya wajib diziarahi… menariknya masjid ini juga sudah ada Payung yg menyerupai Masjid Nabawi. Melawat Masjid ini jemaah wanita khususnya hendaklah berpakaian sopan

Satu lagi Masjid yg dilawati ialah Masjid Baitur Rahim… kedudukan masjid ini betul2 tepi pantai sebelum kita masuk ke Pelabuhan Ulele untuk ke Pulau Sabang…masjid ini juga terselamat semasa Tsunami..hanya mengalami kerosakan kecil sahaja sedang kawasan sekitar musnah teruk

Hari ke4 ialah hari terakhir Kembara ke bumi Aceh.. selepas Sarapan Pagi jemaah akan terus “check out” Hotel
Sebelum ke airport, jemaah dibawa melawat satu Rumah Anak Yatim yg ada di sana.
Jemaah diberi penerangan mengenai pengendalian Rumah Anak Yatim yg diuruskan oleh pihak perseorangan tanpa ada bantuan dari pihak Kerajaan… menyedihkan juga bila dimaklumkan guru2 yg menjaga dan mengajar anak2 yatim ini secara sukarela dan tidak bergaji tetap…imbuhan yg diperolehi hanyalah dari sumbangan ihsan masyarakat setempat dan ada juga menerima sumbangan yg tamu yg datang melawat terutama dari Rakyat Malaysia
Sessi lawatan diakhiri dgn bergambar kenangan dgn penghuni Rumah Anak2 Yatim di sini… sebelum tu kami ada buat kutipan sumbangan seikhlas hati dari para jemaah Ajwa sebagai amal jariah sebelum berangkat pulang

Sempat juga sebahagian jemaah beramah mesra dengan Tuan Punya Rumah Anak Yatim ini yg asalnya adalah Pegawai Kerajaan dan berhenti kerja kerana menguruskan Rumah Anak Yatim ini
Seusai Ziarah Rumah Anak2 Yatim, jemaah dibawa Makan Tengahari terlebih dahulu sebelum ke Airport untuk keberangkatan pulang…jemaah Solat Jamak di airport Banda Aceh sebelum berlepas pulang ke Tanah Air

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top