Assalamualaikum wbt.
Kali ini saya mahu huraikan mengenai Pakej Umrah anjuran Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.
Ada 3 standard Pakej Umrah yang ditawarkan iaitu Pakej Premium, Ekonomi dan Super Bajet dan jemaah boleh memilih Pakej berdasarkan kesesuaian budget masing-masing.
PAKEJ UMRAH PREMIUM
Pakej Umrah Premium merujuk kepada perkhidmatan Umrah yang bertaraf Premium. Perkhidmatan yang bertaraf Premium merujuk kepada kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Kualiti perkhidmatan boleh dilihat dari beberapa segi. Bermula dari jenis penerbangan yang diambil, Hotel Penginapan yang berhampiran dengan Masjid dan bertaraf 5 bintang di Makkah dan pengurusan Umrah dari awal hingga akhir serta aspek bimbingan.
Penerbangan Saudi Airlines
Penerbangan Saudi Airlines menawarkan penerbangan terus dari KLIA ke Arab Saudi samada mendarat di Madinah dan pulang dari Jeddah atau mendarat di Jeddah (masuk Makkah dahulu) dan pulang dari Madinah. Tempoh perjalanan mengambil masa 9 jam dan diberikan makan dalam Flight sebanyak 2 kali. Yang bestnya had bagasi bagi penerbangan Saudi ialah 46kg (23kg x 2 tag) dan bukan 30kg seperti penerbangan lain.
Ajwa Travel ambil pendekatan Masuk Makkah dahulu dan pulang dari Madinah. Kenapa ?
Berdasarkan pengalaman Ajwa membawa jemaah Umrah, pendekatan ini lebih praktikal dan bersesuaian untuk jemaah Umrah. Lazimnya jemaah Umrah mempunyai semangat yang kuat untuk melakukan ibadah di Tanah Suci. Bila masuk Madinah dahulu, mereka pulun beribadah di Madinah sehingga bila nak masuk Makkah ada yang mengalami keletihan. Dan ada yang demam dek kerana tidak biasa dengan suhu di Tanah Suci.
Maka Ajwa ambil pendekatan jemaah fokus selesaikan ibadah Umrah dan ibadah yang lain di Makkah dahulu dan bila ke Madinah keadaan jadi lebih santai dan tenang. Dan sekiranya jemaah mengalami keletihan dan demam sekalipun, ia telah berjaya selesaikan ibadah Umrahnya di Makkah. Ketika mula berangkat, jemaah akan berniat Umrah dan berihram dalam Kapalterbang.
Hotel Penginapan di Makkah
Hotel Safwah Orchid di Makkah
Jemaah Ajwa menginap di Hotel 5 bintang di Makkah selama 6 malam. Dalam tempoh yang berkenaan, jemaah bersarapan pagi di Hotel, manakala “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda yang berada di tingkat 2 Bangunan Safwah Tower.
Waktu makan “lunch” dan “dinner” adalah flexible iaitu mengikut kesesuaian masa jemaah. Jemaah boleh makan pada sebarang masa yang ia kehendaki dan tidak terikat dengan masa.
Contohnya, sekiranya jemaah ingin menyelesaikan ibadah Umrah, ia boleh “lunch’ sebelum masuk waktu Zohor atau selesaikan Umrah dan kemudian “lunch’ di Restoran d’saji Felda yang mungkin ketika tu dah dekat masuk waktu Asar. Berbeza jika makan di Hotel yang terikat dengan Jadual Waktu Makan.
Jemaah Ajwa menginap 6 malam di Makkah ?
Untuk makluman, harga hotel 5 bintang di Makkah sememangnya mahal. Kerana itu banyak Travel Agency ambil pendekatan setting Pakej Umrah menginap 5 malam di Makkah dan 5 malam di Madinah. Atau dah jadi trend sekarang menginap 5 malam di Makkah, 4 malam di Madinah dan 1 malam di Thoif. Ramai yang tidak menyedari mereka berbuat demikian kerana untuk meminimakan Kos kerana harga Hotel di Thoif jauh lebih murah berbanding kos hotel di Makkah,
Ajwa ambil pendekatan menginap 6 malam di Makkah untuk memberi kepuasan kepada jemaah dapat beribadah lebih lama di Makkah. Sesungguhnya nilai ibadah Solat Fardhu di Masjidil Haram ialah 100,000 kali ganda berbanding solat di tempat lain.
Hotel Fayruz Shatta di Madinah
Lokasi Hotel Fayruz Shatta berhampiran dengan Pintu 338 Masjid Nabawi. Kedudukannya yang begitu hampir dengan Masjid Nabawi memudahkan jemaah untuk berulang-alik ke Masjid. Kelebihan untuk jemaah wanita kerana begitu dekat dengan Pintu Masuk Masjid untuk bahagian Muslimah.
Jemaah menginap di Madinah selama 4 malam. Dan jemaah makan 3 kali sehari di Hotel (Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam).
Speed Train Makkah ke Madinah
Jemaah Ajwa akan menaiki Speed Train dari Makkah ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 2 jam 10 minit sahaja. Jemaah dibawa menaiki bas dari Hotel Safwah Orchid ke Stesen Train di Makkah, manakala bagasi jemaah akan dibawa dengan bas yang sama ke Madinah. Jemaah menaiki Train hanya bawa Handcarry sahaja dan tidak bersama bagasi.
Tiba di Stesen Train Madinah, jemaah akan dibawa ke Hotel dengan bas yang sedia menunggu.
Contoh Itineary Perjalanan
HARI | TARIKH | HARI | TEMPAT | MASA | PERKARA |
1 | 4-Sep-23 | Rabu | KLIA | 1500 | Berkumpul di KLIA untuk check in bagasi |
1900 | Flight MH156 berlepas ke Jeddah | ||||
Jeddah | 2340 | Tiba di Airport Jeddah dan terus ke Makkah | |||
2 | 5-Sep-23 | Khamis | Makkah | 0230 | Tiba di Makkah dan check in Hotel |
0330 | Jemaah melakukan Umrah | ||||
Acara Bebas | |||||
3 | 6-Sep-23 | Jumaat | Makkah | Jemaah Solat Jumaat di Masjidil Haram | |
4 | 7-Sep-23 | Sabtu | Makkah | 0730 | Program Ziarah Manasek Haji |
5 | 8-Sep-23 | Ahad | Makkah | Acara Bebas | |
6 | 9-Sep-23 | Isnin | Makkah | Ziarah Hudaibiyah | |
7 | 10-Sep-23 | Selasa | Makkah | 1200 | Tawaf Wida’ |
Makkah | 1500 | Keberangkatan ke Madinah dengan Speedtrain | |||
Madinah | 1720 | Tiba di Madinah | |||
8 | 11-Sep-23 | Rabu | Madinah | 1800 | Ziarah Raudhah Lelaki |
2200 | Ziarah Raudhah Wanita | ||||
9 | 12-Sep-23 | Khamis | Madinah | 0730 | Ziarah Luar Madinah |
10 | 13-Sep-23 | Jumaat | Madinah | Jemaah Solat Jumaat di Masjid Nabawi | |
11 | 14-Sep-23 | Sabtu | Med/Airport | 1000 | Check out Hotel menuju ke Airport |
Airport Medina | 1500 | Flight berlepas ke KLIA | |||
12 | 15-Sep-23 | Ahad | KLIA | 0500 | Tiba di KLIA |
Nota : Jemaah dapat 2 kali Solat Jumaat di Tanah Suci
Kursus Umrah Ajwa Travel
Lazimnya Kursus Umrah dilaksanakan sebelum jemaah Ajwa berangkat ke Tanah Suci. Kursus Umrah ini disampaikan oleh CEO Ajwa Travel sendiri iaitu Hj Muhammad Iqbal Safwan.
https://www.facebook.com/share/v/RTwyaGUxv1brMhbo/?mibextid=qi2Omg
Saya share link Kursus Umrah yang pernah dibuat sebelum ini.
PAKEJ UMRAH EKONOMI
Yang membezakan Pakej Umrah Ekonomi dengan Premium hanyalah Hotel Penginapan di Makkah sahaja. Selain dari itu kesemua yang saya huraikan di atas adalah sama sahaja. Jemaah Pakej Premium dan Ekonomi akan menginap di Hotel yang sama di Madinah.
Hotel Snood Ajyad di Makkah
Jemaah Pakej Ekonomi menginap di Hotel Snood Ajyad di Makkah pada jarak sekitar 350 meter ke Masjidil Haram. Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Snood Ajyad (Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam).
Begitu juga dengan Program Ziarah di Makkah dan Madinah, kedua-dua Pakej Premium dan Ekonomi akan bergerak bersama dengan diketuai oleh seorang Ketua Rombongan atau Mutawwif yang kelazimannya ialah CEO Ajwa sendiri.
Jemaah ada pilihan samada mahu menginap Sebilik Berdua atau bertiga atau berempat di Hotel Snood Ajyad.
PAKEJ SUPER BAJET
Pakej Super Budget memberi peluang kepada jemaah yang mahu Pakej lebih jimat dan sanggup untuk berjalan kaki lebih jauh sedikit dari Pakej Ekonomi. Jarak Hotel DAFAAN di Makkah sekitar 500 meter ke Masjidil Haram.
Penerbangan Emirates
Penerbangan untuk Pakej Super Bajet menggunakan Penerbangan Emirates yang transit terlebih dahulu di Dubai sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah. Sama seperti Pakej Premium dan Ekonomi, jemaah akan masuk dahulu di Makkah, kemudian balik dari Madinah.
Bezanya jemaah akan berniat Umrah dan berihram apabila kapalterbang Emirates mula terbang dari Dubai ke Jeddah.
Tiada makanan semasa di Makkah
Kerana Pakej ini lebih jimat dari segi Kos maka ketika menginap di Makkah tiada kemudahan makanan diberikan kepada jemaah. Jemaah boleh membeli makanan sendiri di kedai-kedai makan yang banyak terdapat di sepanjang laluan Hotel ke Masjidil Haram. Tetapi di Madinah, pakej ini menyediakan kemudahan makanan 3 kali sehari di Hotel Penginapan (Sarapan Pagi, makan tengahari dan makan malam).
Gambarajah menunjukkan perbezaan jarak Hotel Pakej Premium, Ekonomi dan Super Bajet di Makkah.
Istimewanya Jemaah menginap di Makkah lebih lama iaitu 7 malam dan menginap di Madinah 3 malam, menjadikan tempoh perjalanan 12 Hari dan 10 Malam.
Program Ziarah di Makkah dan Madinah sama seperti Pakej Premium dan Ekonomi iaitu Ziarah Manasek Haji dan Ziarah Hudaibiyah di Makkah serta Ziarah Luar Madinah di Madinah.
Pilihan Tarikh Penerbangan untuk Pakej Premium, Ekonomi dan Super Bajet untuk musim “Low Season”
Untuk tarikh penerbangan bulan Disember iaitu dari 4 Disember hingga 15 Disember 2024, Kos Umrah ditambah RM500 dari Harga Pakej di atas.
Pilihan Tarikh Penerbangan dan Harga Pakej untuk musim Cuti Sekolah ialah seperti di bawah .
Tawaran Istimewa
Pendaftaran 4 orang atau lebih untuk satu tarikh penerbangan Pakej Premium dan Ekonomi akan diberi Diskaun RM200/seorang dari Harga Pakej.
Manakala pendaftaran 4 orang atau lebih untuk satu tarikh penerbangan Pakej Super Bajet akan diberi Diskaun RM100/seorang dari Harga Pakej.
Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut boleh hubungi no handphone yang tertera pada Poster Iklan Umrah di atas.