Assalamualaikum wbt dan bertemu lagi.
Musim baru 2025, Ajwa Travel mengorak langkah untuk membawa Kembara Muslim di banyak tempat menarik di negara China. Semenjak ke China tidak memerlukan permohonan Visa telah mendorong saya untuk buat lebih banyak Pakej lawatan ke China. Sememangnya China kaya dengan sumber alam semulajadi yang cantik dan memukau pandangan, selain kaya dengan sejarah silam yang unik.

Chongqing yang memukau pandangan dan minda
Chongqing menjadi bandar yang sangat unik kerana kepesatan pembangunan bandar yang terletak di kawasan pergunungan. Bayangkan anda menyelusuri bandar moden, melihat sendiri bangunan pencakar langit yang bergemerlapan cahaya di waktu malam, sistem jalanraya yang sangat canggih dan bertingkat-tingkat sehingga hampir tidak berlaku kesesakan lalulintas walaupun Chongqing mempunyai 9 juta kenderaan di jalan raya dengan penduduknya seramai 32 juta orang…sama banyak dengan jumlah rakyat Malaysia yang tinggal dalam satu bandar Chongqing sahaja…..menakjubkan.

Panduan ringkas mengenai Chongqing
Sebelum datang ke Chongqing, pastikan memori handphone atau kamera anda mencukupi kerana di setiap tempat lawatan yang diziarahi mempunyai permandangan yang sangat cantik dan memukau.
Penerbangan ke Chongqing dari KLIA mengambil masa sekitar 4 jam setengah. Tiada perbezaan waktu antara Chongqing dan Malaysia. Jika di Malaysia waktu jam 6 pagi, maka Chongqing pun jam 6 pagi juga.
Chongqing mengalami iklim 4 musim, maka jika mahu melawat Chongqing kena merancang masa yang sesuai. Best time melawat Chongqing ialah bulan February hingga May (musim Spring) dan September hingga November (musim autumn). Suhu di Chongqing masa kami tiba 23 Februari yang lalu memang sejuk sekitar 6 celcius…kena bawa baju tebal la gamaknya. Tapi memang best sebab tak berpeluh.

Satu lagi bagi yang tak biasa makan guna chopstick, kena standby bawa sudu dan garfu kerana kebanyakkan restoran Halal di sini hanya sediakan chopstick untuk makan.
Makanan Halal
Jangan risau mengenai makanan di Chongqing kerana kami dibawa makan di beberapa Restoran Halal di sini. Boleh dikatakan menu makanan yang disaji memang sedap dan lazat serta agak mewah. Memang berbaloi.

Ciqikou Ancent Town
Hampir kesemua bangunan di sini berusia lebih 100 tahun dan memang dijaga rapi oleh Kerajaan China. Kita merasa seolah berada di zaman silam pabila memasuki Bandar Purba Ciqikou ini…cuma sebagai orang Muslim kami tak berani nak membeli barang makanan yang dijual di deretan kedai yang ada di sini. Nampak sedap tapi tak yakin Halal.
Liziba Light Rail

Salah satu tarikan Chongqing ialah kita boleh melihat dan merasai sendiri pengalaman menaiki Keretapi yang boleh memasuki bangunan. Stesen ini terletak di tingkat 6 sebuah bangunan Liziba.
Yang bestnya kami berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki Train yang memasuki bangunan.
Wulong Karst National Park
Menziarahi Chongqing tidak lengkap jika kita tidak pergi ke Wulong yang terletak sejauh 3 jam perjalanan dari Chongqing. Keistimewaan Wulong ialah ia mempunyai Taman Negara Hutan semulajadi yang cantik dan menawan sehinggakan penggambaran filem Tranformers juga dibuat di kawasan ini. Malah Taman Negara ini juga mendapat pengiktirafan Unesco sebagai tapak warisan sejarah.

Memasuki Taman Negara di Wulong memang memerlukan kekuatan fizikal kerana kita kena berjalan kaki sekitar 4km atau lebih. Cuma yang bestnya kami berjalan kaki secara mendatar dan juga menuruni anak tangga …..jika kena mendaki mungkin saya pun dah tak larat.

Dari awal kami kena berjalan kaki di lereng-lereng bukit sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sini sehingga sampai di satu kawasan yang menyediakan kemudahan lif untuk turun ke kawasan lembah.

Kemudian kami akan memasuki lif turun ke kawasan bawah pada ketinggian 108 meter ke bawah. Ada 3 lif yang disediakan dan cukup untuk kemudahan pengunjung ke sini.
Sebaik keluar dari lif, kami harus menuruni banyak anak tangga lagi. Bagi yang tak larat, ada petugas yang mengambil upah mengangkat pengunjung menggunakan Tandu dengan kadar upah yang dipersetujui.
Pemandangan selepas ini memang cantik dan menawan…rasa berbaloi selepas berjalan kaki jauh dan menuruni anak-anak tangga disajikan dengan landskap alam semulajadi yang sungguh memukau pandangan.

Suhu ketika ini memang sejuk giler sehinggakan saya terpaksa memakai sarung tangan kerana jari jemari dah terasa kebas.

Berjalan kaki di sini sungguhpun jauhnya saya rasa lebih 4km tetapi badan tidak berpeluh langsung, walaupun saya memakai 4 lapis baju iaitu tshirt dalam, baju kemeja, vest kulit dan jaket kulit. Jika saya datang musim panas keadaan pasti berbeza.

Hampir 3 – 4 jam juga kami habiskan masa menziarahi Taman Negara ni.
Fairy Mountain
Kami amat bernasib baik kerana ketika kunjungan ke sini, salji telah turun di Fairy Mountain. Dapatlah juga kami merasa bermain dengan salji ala cerita Korea Winter Sonata tu. Memang best giler.

Suhu ketika kami sampai mencapai 0 celcius…memang sejuk giler…
Masing2 seronok abadikan kenangan bergambar di kawasan sekitar yang diliputi salji….memang berbaloi kunjungan ke Wulong bila dapat merasai sendiri salji yang turun.

Kami habiskan masa sekitar 1 jam sahaja di Fairy Mountain kerana harus kembali ke Chongqing selepas ini.

Chongqing di waktu malam
Bandar Chongqing di waktu malam penuh meriah kerana bergemerlapan dengan cahaya lampu. Terasa macam bandar ni sentiasa hidup siang dan malam…”city never sleep”

Tambah seronok bila kami naik cruise pada waktu malam. Boleh dikatakan bangunan pencakar langit yang berada di sepanjang sungai sentiasa bercahaya menambah seri bandar Chongqing…agaknya mereka ni dapat subsidi elektrik agaknya.
Tempoh Perjalanan selama 5 Hari 4 Malam dirasai seperti tak memadai. Mungkin untuk trip akan datang Ajwa Travel akan tambah 1 malam lagi. Memang puas dan berbaloi kunjungan ke Chongqing ni dan saya rasa akan ulang sekali lagi untuk berkunjung ke sini.
bersambung dengan cerita destinasi lain pula…..Wassalam.