CATATAN PENGALAMAN KE ZHANGJIAJIE – SIRI 2

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali…

Catatan pengalaman Hari ke4 diteruskan dengan melawat Taman Negara Zhangjiajie sekali lagi. Kali ini melalui Pintu Masuk sebelah selatan pula iaitu pintu yang bertentangan dari Pintu Masuk melalui Bailong Elevator.

Jemaah berjalan kaki agak santai kerana laluan berjalan kaki ke Pintu Masuk ini agak landai dan tidak curam.

Saya dapati kehadiran pengunjung melalui Pintu Masuk sebelah selatan tidak seramai seperti Pintu Masuk melalui Bailong Elevator. Kami harus menaiki Kereta Kabel untuk sampai ke puncak Taman Negara Zhangjiajie ni.

Pemandangan Taman Negara Zhangjiajie melalui pintu masuk Selatan ini lebih kurang sama je seperti pemandangan semalam.

Oleh kerana pemandangan yang bakal dilihat lebih kurang sama je seperti semalam maka saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan meneroka Taman Negara ni melalui laluan berjalan kaki yang tersedia…terasa agak rugi juga tetapi apakan daya kudrat dah semakin merosot…jika anak muda memang fit untuk ke sini.

Saya habiskan masa lepak di kawasan sini (gambar bawah) menunggu jemaah lain selesai aktiviti meneroka Taman Negara Zhangjiajie melalui laluan yang berbeza dari semalam.

Seusaikan aktiviti lawatan di Taman Negara, kami terus ke Restoran Tempatan untuk makan tengahari.

Catatan Hari ke5

Furong Ancient City

Bandar Purba Furong adalah salah satu bandar tarikan pelancung yang terletak di kawasan Utara Pergunungan Hunan di tengah perjalanan dari Zhangjiajie ke kota Fenghuang.

Memasuki kawasan sini, kita boleh saksikan deretan kedai kayu senibina tradisional Kaum Tujia yang dikatakan berusia sekitar 2000 tahun silam. Bandar lama Furong ini dijaga rapi oleh Kerajaan China sebagai tapak tumpuan pelancung.

Kami berjalan kaki melalui deretan kedai tradisonal di kota purba ni sehingga bertemu dengan air terjun yang menjadi daya penarik di kota ini.

Kemudian kami menuruni beberapa anak tangga dan meneruskan perjalanan berjalan kaki melalui laluan di belakang air terjun ni sehingga menuju ke kawasan sungai untuk menaiki bot menuju ke seberang sungai iaitu keluar dari Kota ini.

Perkampungan Miao Morong

Perkampungan Tradisional Kaum Miao ini terletak di pertengahan perjalanan dari Zhangjiajie menuju ke Kota Fenghuang. Masyarakat yang kaya dengan warisan budaya dan adat resam Kaum Miao ini digaji oleh Kerajaan untuk kekal tinggal di kampong ini bagi memastikan kampong ini terus kekal berpenghuni bagi menerima kehadiran pelancung.

Sebelum memasuki perkampungan ini, pengunjung disajikan dengan nyanyian lagu tradisional Kaum Miao dan pengunjung hanya dibenarkan memasuki perkampungan purba ini apabila sudah membalas nyanyian mereka.

Terpaksa la saya menyanyi lagu “hoi ya hoi” (yang terlintas di kepala) diikuti oleh jemaah kami, baru la rombongan kami dibenarkan masuk…

Sebaik dibenarkan memasuki perkampungan ini, pengunjung diraikan dengan persembahan Gendang Bunga Sifang (yang pernah dipersembahkan semasa Sukan Olimpik) sebagai mengalukan kehadiran pengunjung ke sini. Timbul rasa seronok bila kehadiran kami seperti dihargai.

Setiap kumpulan pengunjung yang memasuki perkampungan ini mesti diiringi oleh seorang Petugas Pelancung yang terdiri dari orang Miao juga, tak terkecuali kumpulan kami.

Saya dapati hampir keseluruhan rumah di perkampungan ini terdiri dari binaan kayu yang bermutu tinggi.

Kami turut dibenarkan memasuki rumah di perkampungan ini sambil diberi penerangan oleh petugas berkenaan yang bercakap dalam bahasa Cina dan diterjemahkan oleh Tour Guide kami Mr,Jason.

Yang lucunya bila diadakan games upacara perkahwinan masyarakat Miao dengan salah seorang pengunjung iaitu jemaah kami.

Ada juga jualan hasil seni kraftangan masyarakat Kaum Miao yang turut dipamir dan dijual kepada pengunjung yang datang. Menariknya masyarakat Miao di sini amat mahir seni pertukangan perak (silver) dan mengejutkan harga kraftangan perak di sini amat mahal mengalahkan harga emas.

Seusai lawatan di sini, perjalanan diteruskan menuju ke Kota Fenghuang pula.

Fenghuang Ancient City

Memasuki Kota Lama Fenghuang kami harus menggunakan perkhidmatan “shuttle bus” kerana bas persiaran tidak dibenarkan memasuki Kota ini. Mungkin pihak berkuasa tempatan tidak mahu berlaku kesesakan jalanraya di kota ini dek kehadiran pelancung yang ramai.

Selepas check in Hotel di Fenghuang, kami berjalan kaki melawat Fenghuang Ancient City pada waktu malam. Kota ini didirikan pada zaman Dinasti Qin lebih 2000 tahun yang lalu dan kini menjadi tumpuan pelancung yang datang ke sini.

Kota ini dipenuhi dengan bangunan kayu tradisional yang berbaris di sepanjang tepi Sungai Tuojiang. Melihat kota purba ini seperti membayangkan suasana cerita Kungfu zaman silam.

Hari ke6

Oleh kerana keletihan menempuh perjalanan yang panjang semalam, masing-masing buat keputusan untuk skip lawatan ke Fenghuang Ancient city pada waktu siang.

Selepas makan tengahari dan Solat Jamak di Hotel, kami terus check out dan meneruskan perjalanan ke Changsa pula untuk keberangkatan pulang.

Perjalanan dari Fenghuang ke Changsa mengambil masa sekitar 5 jam dan sebaik tiba di Changsa terus check in hotel. Untungnya makan malam kami tidak jauh dari hotel penginapan.

Hari ke7

Selepas check out hotel, kami dibawa melawat bandar Changsa sebelum menuju ke airport untuk keberangkatan pulang. Pulang dengan membawa kenangan indah di Zhangjiajie.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top