KEMBARA MUSLIM AJWA KE ZHANGZIAJIE – SIRI 1

Zhangjiajie merupakan destinasi pelancongan yang popular kini, terkenal dengan landskap alam semulajadi yang unik dan memukau pandangan. Taman Hutan Negara di Zhangjiajie merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan semenjak dijadikan tapak penggambaran filem Hollywood AVATAR, tempat ini semakin menerima kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.

Kunjungan Kembara Muslim Ajwa ke Zhangjiajie dari14 April sehingga 20 April 2025 baru ini menimbulkan pengalaman luar biasa. Untuk ke sana, kami menaiki penerbangan China Southern seawal jam 3.10 pagi dari KLIA. Tempoh penerbangan mengambil masa 4 jam dan tiba di Airport Changsa pada jam 7.10 pagi (waktu tempatan). Waktu di China dan Malaysia adalah sama iaitu jika di China jam 8 pagi, maka waktu di Malaysia juga sama jam 8 pagi.

Saya akan memulakan penceritaan Kembara Muslim Ajwa ke Zhangjiajie mengikut Itinenary Perjalanan hari demi hari bermula dari Hari 1 hingga hari terakhir kunjungan ke sini.

Tasek Baofeng

Destinasi awal yang kami ziarahi ialah Tasik Baofeng yang terletak di bahagian Selatan Perkampungan Suoxiyu dalam wilayah Wulingyuan, Hunan. Kami dibawa menaiki bot menyusuri tasik ini selama 30 minit untuk melihat keindahan persekitaran tasik ini. Menariknya semasa menyusuri tasik ini dengan bot kami diraikan dengan nyanyian lagu tradisional Cina oleh Petugas Pelancongan wanita. Walaupun tak faham setidaknya ia menceriakan hati pengunjung tasik ini.

72 Strange Building

Bangunan ini menjadi tumpuan pengunjung terutama pada waktu malam kerana keindahan seni bina tradisional yang unik dan menarik. Reka bentuk bangunan yang mendapat pencahayaan lampu di waktu malam menjadikannya begitu memukau pandangan. Bermula jam 6.30 petang bangunan ini mula disinari dengan pencahayaan berwarna kuning dan jingga.

Pelbagai persembahan kebudayaan tradisional (antara jam 18:00 hingga 22:35) dipersembahkan, termasuk paluan gendang, tarian melambai Tujia, seni bela diri jalanan, dan perarakan pengantin. Pengunjung berpeluang untuk mempelajari adat perkahwinan tradisional serta cara hidup masyarakat Tujia, menikmati masakan asli Tujia (pengunjung non Muslim), dan membeli cenderahati.

Berdasarkan Guinness World Record, bangunan ini dikenali sebagai rumah panggung tertinggi iaitu 72 Strange Buildings atau lebih dikenali sebagai 72 Wonder Towers. Bangunan ini menyajikan pengunjung dengan pelbagai festival yang menarik, pengalaman unik budaya Tujia dan juga pemandangan malam yang sangat indah dan menawan.

Hari ke2 – beraya di Zhangziajie

Qixing Mountain

Perjalanan hari ke-2 kami memakai Pakaian Raya untuk ambil mood Hari Raya di Zhangjiajie dan destinasi awal kami menaiki Kereta Kabel ke Qixing Mountain.

Sesampai di sini jemaah mengambil peluang abadikan kenangan bergambar di “eyes of the sky”…agak seriau bagi yang gayat dengan ketinggian. Dari sini kita boleh ambil pemandangan gunung-ganang di kawasan sekitar yang sememangnya cantik.

Melintasi laluan di lereng gunung seperti video di atas memerlukan keberanian….kita boleh saksikan keindahan kawasan pergunungan dari sini…dari kejauhan kelihatan Tianmen Mountain iaitu salah satu lokasi tumpuan pelancung jika datang ke sini.

Bolehlah bergaya bergambar acah-acah main piano yang disediakan di kawasan laluan lereng gunung di sini. Laluan kaca yang kami pijak kini agak kabur sedikit, andai kacanya masih jernih seperti baru pasti pemandangan di bawah akan lebih jelas dan terang…mungkin ada yang takut untuk melaluinya.

Hari ke3 ke Taman Negara Zhangjiajie

Kembara Muslim Ajwa di hari ke3 diteruskan dengan melawat Taman Negara Zhangjiajie iaitu dengan menaiki Bailong Elevetor setinggi 326 meter yang mengambil masa kurang dari 1 minit untuk sampai ke puncak.

Sebelum kami sampai di Bailong Elevator kami terpaksa menaiki anak-anak tangga terlebih dahulu….saya anggarkan lebih dari 150 anak tangga. Ada kemudahan lif disediakan tetapi ketika pengunjung terlalu ramai lif ini tidak digunakan…terpaksalah kami berjalan kaki menaiki anak tangga yang banyak ni.

Mengunjungi Taman Negara Zhangjiajie lebih mencabar kekuatan dan ketahanan fizikal berbanding kunjungan sebelum ini ke Taman Negara Wulong, Chongqing. Pengunjung terpaksa berjalan kaki menaiki dan menuruni anak tangga di sepanjang laluan Taman Negara ini.

Akan tetapi ianya berbaloi kerana dapat merakam banyak gambar-gambar pemandangan yang menarik. Ada juga pengunjung yang membawa Dron kerana ingin merakam pemandangan yang menarik di Taman Negara ni.

Untuk keluar di Taman Negara ini, kita kena memasuki Bailong elevator sekali lagi…jika sebelum ini naik maka kali ini lif ini turun pula…

bersambung…………………cerita pengalaman Hari ke4 sehingga selesai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top